抖阴社区

E M P A T P U L U H T U J U H

455 6 0
                                        

"Umi, tolong Ameer. Dia nak bunuh Ameer" Laung Ameer kuat. Selepas itu, ketawa dia pecah semula. Nasib baik semua tetamu sudah pulang. Tinggal ada keluarga Cik Aini dan Puan Sri Maria.

"Korang ni dah kenapa ? Macam budak-budak ! Malu lah sikit. Adam baru je kahwin, tak malu ke ?" Mikail yang baru sampai turut ketawa melihat Adam dan Ameer bergelut.

"Dia malukan Adam, umi. Ha, ambik kau !" Habis rambut Ameer kusut. Arrieya yang baru tiba bersama Puan Sri Maria terkaku melihat apa yang terjadi. Macam Tom and Jerry tapi version Adam and Ameer.

"Haih korang ni !" Cik Aini menghampiri kedua-dua anaknya yang sedang bergelut dan menarik telinga mereka kuat.

"Aduh aduh aduh"

"Aw umi, sakit"

Adu Adam dan Ameer serentak. Cik Aini tersenyum puas.

"Nak gaduh sangat kan. Macam anjing dengan kucing ! Kalah budak-budak tau !" Bebel Cik Aini lagi. Dalam hati, Dia tertanya-tanya jugak apa yang berlaku.

"Tak gaduh la umi. Gurau sikit je" Ujar Adam dengan mata terpejam menahan sakit ditelinga. Hanya orang yang pernah ditarik telinga mampu faham.

"Haah, umi. Lepas la umi. Putus jugak telinga Ameer ni" Adam mengangguk-angguk mengiyakan kata Ameer supaya dilepaskan. Arrieya masih melihat Adam menahan sakit. Dia tergelak kecil. Tanpa sengaja, Adam terpandang Arrieya yang gelakkan dia. Terus merah muka Adam.

"Umi, Rya tengok la. Malu Adam nanti, umi" Cik Aini menggeleng kepala melihat gelagat anak-anaknya. Dah besar tapi perangai hmm. Lambat-lambat Cik Aini melepaskan telinga Ameer dan Adam.

"Aduhh, nanti besar la telinga Adam" Adu Adam sambil menggosok-gosok telinganya yang baru dilepaskan. Ameer juga melakukan hal yang sama. Adam melangkah ke arah Arrieya dengan tangan yang masih memegang telinga.

"Sayang, tengok umi ni. Sakit telinga aku" Membulat mata Arrieya bila Adam berkata begitu. Suami dia ni tak tahu malu ke ? Depan mummy daddy ? Oh my god !

"Mengada ! hmph" Arrieya terus meninggalkan Adam disitu. Jangan ingat dia okey. Dah la tak bagi dia ikut jumpa Ameer tadi lepastu nak manja-manja. Tak faham ke aku ni dalam mood merajuk ? Menyampah la dapat suami tak memahami ni !

"Haih, Ni dah kenapa pulak ?" Kata Adam perlahan. Hanya dia yang mendengar. Dia masih terfikir-fikir sebab Arrieya merajuk.

"Ha, Adam. Merajuk la tu. Rya bagitahu mummy Adam tinggalkan dia sorang-sorang" Sapa Puan Sri Maria. Adam tersengih.

"Mana ada Adam tinggalkan Rya. Tadi Adam pergi jumpa Ameer je kejap. Tak tahu pulak Rya merajuk" Adam menggaru kepala yang tidak gatal. Dalam hati masih lagi menahan sabar. Ada ke dia cakap yang aku tinggalkan dia ? punya la baik aku bagitahu dia tadi.

"Biasa la tu, Adam. Nanti hari-hari Adam kena hadap perangai Rya yang satu ni. Kuat merajuk" Usik Puan Sri Maria lalu tergelak kecil.

"Rya tu nampak je macam tak pedulikan orang tapi dalam hati suka sangat merajuk. Tapi dia lebih suka pendam" Adam mengangguk sahaja.

"Kalau macam tu, Adam naik dulu lah. Nanti makin lama dia merajuk" Ujar Adam. Selesai meminta diri, dia melangkah ke arah Cik Aini dan Ameer.

"Umi tidur sini kan ?" Tanya Adam sepatah.

"Haah, Maria dan Amin yang beria-ria suruh um tidur sini malam ni. Tak sampai hati pulak umi nak tolak" Jawab Cik Aini. Adam tersenyum sebagai balasan.

"Hm, baguslah kalau umi tidur sini. Lagipun dah lewat ni" Adam memandang Ameer sekilas.

"Kau ? Bila nak balik ? Dah nak pukul 12 ni" Laju Ameer memandang jam di pergelangan tangannya.

"Kalau macam tu, aku balik dulu lah. Esok Ameer datang jemput umi" Cik Aini hanya mengangguk.

"By the way, congrats bro. Aku pergi dulu" Ameer menepuk bahu Adam beberapa kali. Adam menayang muka menyampah.

"Aku tak habis lagi dengan kau" Ameer hanya ketawa. Tak puas hati lagi budak ni.

"Suka hati kau. Ha, lagi satu ! Ni penting tau" Adam mengerutkan dahi.

"Apadia ?" Soal Adam. Ameer tersenyum nakal.

"Good luck first night !" Cepat-cepat Ameer blah dari situ. Diiringi ketawa yang tak henti-henti.

"Bodoh la kau ni !" Adam menahan sabar. Nak je aku baling selipar ni.

pap !

"Apa ni bodoh-bodoh ? Umi tak pernah ajar" Adam tersengih kesal.

"Ye la sorry umi" Cik Aini menggeleng kecil lalu menuju ke arah Puan Sri Maria.

"Bro ! Aku balik dulu lah" Ujar Mikail menyapa Adam.

"Okey, thank you sebab datang" Mikail mengangguk kecil sambil menunjukkan simbol ok.

"Tak ada hal la. Ha, all the best bro" Mikail menepuk-nepuk bahu Adam. Dia mempamerkan senyuman nakal. Ni dah kenapa pulak ? Senyuman jahat macam Ameer. Memang sah nak usik aku.

"Ha dah la. Aku tahu apa maksud kau and thanks" Mikail menghamburkan tawanya lalu memberi flying kiss kepada Adam sebelum keluar dari rumah.

HER | ADAM X ARRIEYATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang