[Completed]
Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana milk tapi cuba tengok muka aku.
Ada aku kisah ? HAHAHA
?Yoon Jaehyuk / Jaehyuk TREASURE's fanfic
@xxybaexx
? TREASURE SERIES ? 1
Start : 20...
Happy 1K ! 🎉 Thank u bagi sesiapa yang baca, aku sangat menghargainya! Disebabkan dah habis exam aku double update untuk korang 😘
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"Selamat pagi mak cik."
Omma yang dari tadi terbongkok-bongkok menanam pokok cilinya, cuba mencari dari mana datangnya suara yang kedengaran agak mesra.
"Siapa yang cakap dengan aku ni? Dengar suaranya, macam handsome je orang ni," bebelnya sendirian sebelum cepat-cepat menyudahkan proses penanaman cili kecil-kecilannya.
Omma menoleh ke belakang, atau lebih tepat ke arah pintu pagar rumahnya. Dia terkejut, penyodok tanah yang dipegangnya terlepas dari genggaman.
Jejaka yang dia memang tunggu-tunggu setiap pagi sudah muncul di depan mata. Haa, mesti korang boleh teka kan?
Haa, tak boleh teka? Isk isk
Memperkenalkan watak utama, Jaehyuk ! *baling confetti atas kepala Jae
Dia hanya tersengih di sebalik pintu pagar. Di tangannya terdapat satu bekas makanan.
Omma segera berlari ke arah pagar, ditariknya badan Jaehyuk lalu dibelek-beleknya dengan penuh kerisauan, seperti seorang ibu.
Memanglah dia ibu, tapi Jaehyuk itu bukan anaknya pun. Anak jiran je. Mungkin, bakal menantu ? Ahaks!
"Kenapa mak cik?" tanya Jaehyuk, hairan dengan perangai omma hari ni yang luar biasa peliknya.
Omma memandang tepat ke arah Jaehyuk. Ditiliknya wajah kacak Jaehyuk itu, seperti seorang inspektor melihat wajah penjenayah ketika sesi soal siasat.
"Kenapa dengan pipi kamu Jaehyuk?"
"Err, saya langgar tiang," kata Jaehyuk tersengih-sengih. Takkanlah nak cerita benda sebenar pula kan?
" YA TUHAN KENAPA BOLEH JADI CAMNI ISH ISH JAEHYUK KAMU KENA HATI-HATI!" katanya dengan suara yang lantang. Badan Jaehyuk digoyang-goyangkan, seakan ada alat yang vibrate yang dilekatkan di badannya.
"Omma! Omma buat apa tu?' jerit aku. Dari tadi aku tengok drama tak berbayar antara omma dengan Jaehyuk kat pagar rumah tu.
Gaya omma pada Jaehyuk buat aku rasa seperti dianak tirikan! Omma tak pernah pun buat macam tu kat aku isk isk aku jealous.
Okay omma nak sangat Jaehyuk tu kan ? Ambik ambik! Aku merajuk lari rumahlah macam ni.
"Ni haa Jaehyuk datang jemput kamu heheh," kata omma tersengih-sengih. Jaehyuk di sebelahnya melambai ke arah aku dengan senyuman yang ahhh korang tahulah kan macam mana.