Boleh pengsan aku tengok sebab KACAK SANGAT HAHAHHA
Aku berjalan ke arah mereka berdua. Mata dikecilkan. Aku hairan.
Yalah, semalam bukan main lagi panas demam dia, sampai mengigau sebut nama Aerin (okay aku sedih tau bila sebut benda ni!) hari ni elok pula.
"Kau... Dah okay ke?" tanya aku. Jaehyuk mengangguk angguk laju. Comel, macam budak-budak.
"Jom Haera! Nanti lambat," katanya laju lalu menarik tangan aku.
"Oh mak cik, omma saya suruh bagi ni pada mak cik." Dia menghulurkan bekas makanan yang dari tadi dia pegang.
Omma dengan mata bersinar-sinar menerima bekas makanan itu. Suka sangat tu.
"Wah baiknya bakal besan saya ni huehue," katanya lalu cepat-cepat masuk ke dalam rumah.
Aku sempat ya mendengar kata-kata omma aku itu. Aku sebagai anaknya pula yang malu gila kat situ.
Mana nak sorok muka aku daripada Jaehyuk huhuhu kenapalah aku dapat omma macam ni mmm
Keadaan menjadi awkward tiba-tiba. Aku pandang muka Jaehyuk, tersengih-sengih.
"Err maaf ya. Omma tu memang," kata aku perlahan.
Jaehyuk hanya gelak. "Takpelah saya tak kisah!" katanya lalu berlalu pergi.
"Eh Jae tunggu aku!"
-----
"Jaehyuk kau dah okay harini?" Tiba-tiba pula Jihoon datang ke meja kami berdua. Tersengih-sengih, ingat comel ke?
Okaylah memang comel tapi perangai tu mmm memang syaiton
TAK PASAL PASAL AKU KENA DENDA SEKALI EI MEMANG AKU DENDAM BETUL DENGAN SI SEPET NI
Jaehyuk buat thumbs up. Aku hanya menjeling Jihoon. Biar dia tahu aku masih tak puas hati lagi dengan dia grr
"Hahah kau marah lagi ke dengan aku Haera? Alah rilekslah kena kutip sampah je," kata Jihoon lalu angkat bahu. Ei dia cakap senanglah.
"Awak kena kutip sampah? Patutlah awak balik lambat semalam," kata Jaehyuk terkejut memandang muka aku. Aku masih muncung, marah dengan Jihoon.
"Hahah jangan risaulah Jae! Aku dah jaga Haera baik punya !" Jihoon buat tanda okay sebelum dia berlalu pergi ke tempatnya.
Aku mendengus. Jagalah sangat!
-----
Macam biasa, sekarang waktu rehat dan aku bersama Jaehyuk berjalan bersama-sama ke kafetaria.
Dan macam biasa juga, ramailah junior yang menegur Jaehyuk sebab you knowlah kan, dia memang popular kat sekolah ni. Kalau ada award pelajar paling popular, memang dialah calon yang paling layak ! Kalau ada buka undian, confirm aku undi trillion kali sampai dia menang hahahah
Sehinggalah ada dua orang pelajar perempuan berdiri betul-betul di hadapan kami berdua.
Okay mood aku hari ni sumpah baik sebab Jaehyuk datang sekolah hari ni, tapi nampaknya ada makhluk yang memang sengaja nak merosakkan mood baik aku.
" Hei perempuan ! Kau buat apa ha kat Yujin?" kata Heejung, kawan merangkap bodyguard tak berbayar Yujin dengan lantang dan kuat. Mina di sebelahnya berpeluk tubuh dan pandang aku dengan pandangan tajam, setajam pedang samurai.

ANDA SEDANG MEMBACA
? banana milk ? yoon jaehyuk
Fanfiction[Completed] Aku tahu memang aku tak tahu malu sebab bergaduh dengan seorang lelaki kerana sebotol banana milk tapi cuba tengok muka aku. Ada aku kisah ? HAHAHA ?Yoon Jaehyuk / Jaehyuk TREASURE's fanfic @xxybaexx ? TREASURE SERIES ? 1 Start : 20...
× 25 ×
Mula dari awal