抖阴社区

                                    

"Ehh bos mana ada.. Puji ikhlas ni.. Yelah rindu nak tengok bos gelak senyum.. Kitorang nak ceriakan bos je"

"Yelah pandai je kan korang nyakat bos korang yang handsome ni" puji diri sendiri nampak bos diorang ni.

"Bos handsome ke?"

Auto bahagian kaunter senyap dan pandang ke arah sumber suara.

Ahhh stafnya yang satu ni memang polos tapi kadang ii mulut tak ada reti nak bayar insurans.

"Pehal semua pandang aku? Aku tanya je".

Tanpa izin rakannya memukul kepalanya membuatkan yang lain sambung gelak sakan.

"Dah, saya duduk sini lama ii boleh gila.. Dah gi sambung buat kerja masing ii.. Ada customer lagi tu.."

"Baik bos !! Arahan segera dilaksanakan !!" tegas semua staf menyebut perkataan itu dengan serentak dan dapat tepukan gemuruh dari pelanggan lain.

Lelaki tersebut hanya tersenyum puas. Stafnya sangat bijak untuk buat dia senyum.

"Hyunjae"

"Yea saya bos ada apa?" tanya Hyunjae salah satu staf yang bekerja di bahagian kaunter.

"Saya nak keluar.. Kalau sampai dah malam sangat saya belum balik, awak tutup je kedai tak payah tunggu saya" ujar lelaki tersebut sebelum keluar dari kafe miliknya.

"Baik bos Minchan!"

>>•••<<

Lelaki tersebut iaitu Minchan selaku bos, berdiri di depan kafenya dan menatap pada bahagian nama kafe.

♢VeriVery's Cafe♢

Nama yang sengaja ia letak sebagai nama cafe. Mana tau dia boleh buatkan kafe ni jadi saksi pertemuan kembali dia dan rakan-rakannya.

"Aku rindu korang.. Aku harap kita jumpa dekat kafe ni.. Ini salah satunya bukti aku rindu dan sayang dekat korang" lirih Minchan dan mengangkat kaki pergi ke satu tempat.

>>•••<<

Minchan duduk di dekat taman yang ada bangku kosong. Taman ni sangat dekat dengan rumah sewa yang pernah dia dan kawan-kawannya duduk.

Taman ni lah yang ada simpan sedikit banyak kenangan.

Jogging.

Picnic.

Santai.

Main tag tag tag.

Ahh rindu nak main tag tag tag.

Minchan hanya lihat budak ii kecik seronok bermain tag tag tag dekat tengah ii taman.

Seronok main waktu petang ii macam ni.

"TAG !! hahahaha New jadi"

"Ahhh asyik aku je yang kena"

"Sapa suruh lembab"

Minchan melihat dan mendengarnya hanya tergelak kecik.

Fikirannya melayang seketika untuk buka kotak memori lamanya.

>>Flashback on<<

7 orang lelaki tampan yang memilik berlainan jenis warna rambut berjalan santai di tepi taman pada waktu petang.

Jalan beriringan sambil bernyanyi dan gelak ketawa.

"Ahhh hari yang di nanti ii kan hujung minggu ku akhirnya dapat juga keluar jalan ii" ujar Dongheon dan merentangi tangannya sambil hirup udara segar.

Memory || ?VeriVery? Where stories live. Discover now