抖阴社区

                                    

"Yea sayang, papa janji tapi Mina kena janji belajar rajin ii, jangan nakal ii dekat sekolah ok" ujar Yongseung mengelus lembut kepala anaknya dengan sayang.

"OK !! Mina janji" ujar Mina lalu salam tangan Yongseung dan cium kedua belah pipi Yongseung dan berlari masuk ke sekolah mendapatkan gurunya.

Yongseung tersenyum dengan tingkah anak perempuannya.

"Macam Minie" ujar Yongseung lirih sebelum sambung perjalanan le tempat kerjanya.

>>•••<<

"Selamat pagi.." ujar Yongseung masuk ke kelasnya.

Yongseung adalah pensyarah matematik di sebuah Universiti. Dan hari ini adalah minggu exam matematik.

"Well everyone is ready? If already, I will distribute the question paper.. Answer time is 2 hours ... Jika sudah siap 30 minit sebelum masa tamat awak dibenarkan keluar dari dewan kuliah dengan syarat mesti jawab semua soalan tak ada tertinggal dan mesti hantar sebelum keluar.. Siapa yang tertangkap meniru atau beri jawapan kertas awak akan ditarik.. FAHAM !!"

"FAHAM SIR !!".

Sepanjang exam berjalan, Yongseung hanya memantau pelajarnya memastikan tak ada seorang pun yang meniru.

30 minit masa terakhir sudah ada beberapa orang pelajar keluar kerana sudah siap.

Yongseung orangnya sangat peka dan teliti. Sebelum ia benarkan pelajarnya keluar, ia akan check satu persatu helaian muka surat untuk pastikan semuanya dijawab meskipun Yongseung menghembuskan nafasnya pelan kerana ada beberapa jawapan yang salah tapi sekurang-kurangnya pelajarnya sudah cuba.

"Baiklah masa menjawab dah habis, pastikan nama dah ditulis.. Pastikan tiap helaian diisi jawapan.. Kalau semua dah settle boleh hantar sekarang dan boleh keluar" ujar Yongseung berdiri di depan mejanya dan terus duduk setelah pelajar beratur hantar kertas soalan.

Setelah siap kemas segala harta bendanya, Yongseung terus balik ke ruangannya untuk rehat setengah jam sebelum melanjutkan kelas keduanya.

>>•••<<

Waktu dah pukul 1.10 pm. Masanya untuk ambik buah hati di pra sekolah.

Yongseung menegmas barangannya dan pergi ke tempat parking kereta. Tak lupa untuk pergi ke kedai mainan untuk tunaikan janji si puteri kecil.

>>•••<<

Yongseung yang sedang mencari rubik cube yang baru untuk anaknya tak sengaja tertangkap sebuah perbualan.

"Hyung!! Tadi hyung dah janjikan kalau Keonhee pergi sekolah, hyung akan belikan bebola cheese.. Tapi kenapa kita dekat kedai mainan pulak." ujar lelaki yang masih pakai baju sekolah menengah kepada hyungnya.

"Hahaha maaf hyung lupa, nanti kita pergi beli bebola cheese lepas hyung belikan mainan untuk Xion tapi nanti jangan amik banyak sangat mahal wooo harga dah naik." ujar hyung kepada Keonhee.

Yongseung dapat lihat bahagianya Keonhee bila hyungnya nak belikan bebola cheese.

'Minie, aku jumpa ramai yang sama sifat dengan kau akhir ii ni.. Adakah ni petanda tak lama lagi aku akan jumpa kau?' ujar Yongseung dalam hati.

Yongseung sambung mencari rubik cube untuk anak perempuannya sebelum ambik anaknya di pra sekolah.

>>•••<<

"Papa.. Lubik balu Mina mana?" tanya Mina yang baru masuk kereta dibantu oleh Yongseung terus menuntut janji papanya.

"Hahaha laju je kan tuntut dengan papa" tawa pelan Yongseung dengan gelagat anaknya yang sangat ingat dengan janji orang.

Memory || ?VeriVery? Where stories live. Discover now