Scarlet sedang menikmati sarapannya dengan tenang. Sendirian.
"Hai, Scarlet." tegur seorang wanita berambut biru cair dari belakang kaunter.
"Hai, Yulia."
"Aku lupa nak minta maaf untuk kelakuan aku semalam."
"Yang tu kau kena minta maaf kat Ashley. Bukan aku." jawab Scarlet acuh tak acuh.
"Haha.. Ya.. Betul.."
"Memangnya.. Kenapa kau buat macam tu?" tanya Scarlet sambil memandang Yulia.
"Kebiasaan lama kadang-kadang susah nak hilang. Haha."
"Maksud kau?" Tanya Scarlet sambil menaikkan keningnya.
Yulia memberikan satu senyuman
"Kau nak dengar cerita aku tak?"
"..... ok.."
"Um.... Aku ni sebenarnya datang dari Astela."
"Astela?"
Yulia mengangguk.
Astela, ibu negara untuk Sevalon. Astela juga ialah tempat Ashley sedang berangkat untuk menjalankan misinya sejak semalam.
"Aku ni sebenarnya anak yatim sejak dari kecik. Aku tak pernah kenal ibu atau ayah aku sendiri."
Scarlet terkejut mendengar cerita Yulia. Sedangkan Yulia hanya bercerita tanpa rasa sakit. Agaknya dia sudah lama terima nasib hidupnya.
"Memandangkan Astela tu ibu negara, ramai penduduk, pedagang dan bahkan orang asing kat sana. Jadi, tempat tu agak bahaya untuk orang tak bekeluarga macam aku.
Dan aku, seorang perempuan dan tak ada magik yang kuat, kenalah berusaha sebaik mungkin untuk bertahan hidup.
Kau dapat agak tak, macam mana aku bertahan hidup kat Astela?"
"....... tak." jawab Scarlet perlahan.
"Aku kena goda lelaki-lelaki tua kat sana."
"!!!."
"Jangan risau, aku tak tidur dengan diorang. Aku cuma goda lelaki yang mabuk teruk, dan curi duit diorang je." Yulia tertawa. Tapi jelas rasa sakit dimukanya.
'Of course. Aku bukan satu-satunya yang ada masa lalu gelap.' Fikir Scarlet.
"Macam mana pula kau sampai sini?"
"Dave tangkap aku, dan tawarkan aku untuk bekerja dengan dia. Kat restoran ni.
Dan lepas beberapa tahun bekerja dengan dia.. Kitorang kawin." kali ini senyuman gembira terpapar diwajah Yulia, membuatkan Scarlet turut gembira.
"Kau gembira ke?" tanya Scarlet.
"Tentu lah... Bella tu bukti kebahagiaan kitorang."
"Baguslah." Scarlet memberi senyuman kecil.
Mereka berdua berbual-bual kosong. Sehinggalah satu suara menegur mereka.
"Dah jadi kawan ke?"
Scarlet menoleh kebelakang melihat orang yang baru sahaja bersuara.
"Hai, Dave."
"Hai, Scarlet."
"Dah siap ke ronda?" tanya Yulia kepada suaminya itu.
"Dah. Lepasni aku nak pergi jumpa Trystan untuk lapor. Nak ikut, Scarlet?"
Scarlet mengangguk dan mengikuti Dave untuk ke menara Trystan. Yulia melambaikan tangan kepada mereka dan dijawab manis oleh Dave.
Scarlet merasa cemburu.
'Boleh ke aku gembira macam diorang?' fikirnya.
Sepanjang mereka berjalan, Dave dan Scarlet saling berbual.
"Oh ya, Scarlet. Kau nak kerja kat restoran aku tak?" tanya Dave.
"Hm? Kerja apa?"
"Cuma jaga restoran, ambil pesanan dan hantar makanan pelanggan. Waktu malam je."
"Memangnya kau kenapa?"
"Selalunya aku meronda pagi dengan petang je. Jadi, waktu siang Yulia yang jaga restoran, malam pula dia rehat dan aku yang jaga.
Tapi sebab Ash dah keluar pergi buat misi, tugas meronda siang ke malam jadi tugas aku la."
"Oh.. Boleh juga. Aku pun nanti akan rasa bosan sebab Ashley dah takde."
"Okay. Selesai lah masalah aku."
Mereka berdua tiba di menara Trystan. Dave terus melapor ke Trystan sedangkan Scarlet pula terus menuju padang rumput untuk memulakan latihannya -dengan bantuan Lillian-
_______________
Sebulan telah berlalu, namun Ashley masih belum pulang dari misinya. Scarlet pula telah selesai akan latihannya magiknya.
Sekarang, dia sudah boleh buka tutup pintu domain magik dia sesuka hati. Bukan itu sahaja, dia bahkan boleh hadkan bilangan magik yang keluar dan masuk.
Sudah tentu latihannya agak susah diminggu pertama. Bahkan Lillian dan Trystan selalu dikejutkan oleh Scarlet yang menikam dirinya sendiri, apabila magik yang masuk kedalam badannya tak terkawal.
Dia juga telah mengumpulkan syiling perak (mata wang untuk dunia ni- emas, perak, gangsa) yang cukup banyak ketika bekerja di restoran Dave.
Dalam masa sebulan itu juga, Ashley tidak memberi kabar tentang dirinya kepada Scarlet. Hanya surat yang berupa laporan untuk Trystan yang dihantar burung magik darinya, menjadi satu-satunya bukti yang dia masih hidup. Membuatkan Scarlet sakit hati.
Scarlet, yang tamat latihan magiknya, telah membaca puluhan buku yang berada didalam menara Trystan dengan alasan ingin membantunya mencari maklumat.
Tapi Scarlet hanya memperoleh maklumat yang lain daripada apa yang dicarinya.
Dia dapat tahu, dunia ini bukannya sahaja didiami oleh manusia, tapi ada juga yang bukan manusia, seperti raksasa, naga, beast kin, dan makhluk mitos. Scarlet tidak tahu akan kewujudan mereka selama ini, kerana Villon telah dilindungi oleh magik pelindung yang dibuat oleh Trystan sendiri. Scarlet tertanya-tanya sehebat apa Trystan itu.
Bukan itu sahaja, Scarlet juga tahu tentang hierarki di Sevalon. Dimana yang paling berkuasa sudah tentunya kerabat diraja. Diikuti oleh golongan bangsawan, rakyat jelata dan yang paling dibawah dan paling dipandang rendah, ialah hamba atau pelarian.
Istana diraja berada di Astela, ibu negara Sevalon. Keluarga kerabat diraja pada masa itu adalah Raja sendiri tanpa Permaisuri. Juga Puteri Mahkota yang merupakan anak pertama dan Putera Mahkota yang akan mewarisi takhta.
'Kenapa bukan anak pertama yang mewarisi takhta?' Scarlet pernah bertanya soalan ini kepada Trystan.
"Puteri Mahkota lahir dari gundik sedangkan Putera Mahkota lahir dari permaisuri." ialah jawapan dari Trystan.
Dan yang paling menarik minat Scarlet ialah, sejarah negara Sevalone.
Lebih 30 tahun lepas, Sevalon telah berperang dengan negara jiran, Gloria. Perang itu telah berlaku selama 2 tahun dan telah mengorbankan banyak nyawa, sama ada tentera Sevalon sendiri dan juga nyawa penduduk Sevalon yang tak bersalah.
Kemenangan diperoleh Sevalon, kerana Raja Gloria telah dibunuh oleh Putera Mahkota yang sekarang merupakan Raja Sevalon. Namun Sevalon masih mengalami banyak kerugian samaada harta negara dan juga pahlawan. Bahkan beberapa keluarga bangsawan telah kehilangan nama mereka akibat kehilangan pewaris serta harta.
'Sejarah negara sendiri aku malas nak baca, sejarah negara orang lain pula aku minat..'
Banyak-banyak buku yang Scarlet baca, tiada satupun yang menceritakan tentang perpindahan dimensi sama seperti situasinya.
Dave pula telah melaksanakan tugas rondaannya setiap hari dari pagi hingga ke malam. Setiap hari juga dia ke menara Trystan untuk melapor.
Dalam masa sebulan ketika dia meronda, dia telah melapor banyak kes penduduk Villon yang hilang. Trystan kata pada aku...
"Sejak sepuluh tahun terakhir ni, banyak kes hilang. Bukan di Villon sahaja, tapi diseluruh negeri di Sevalone. Tapi selalunya hanya satu atau dua sebulan.
Tapi dalam masa sebulan terakhir ni, bilangan yang hilang menaik mendadak. Bahkan dalam laporan Ashley, kota lain pun alami masalah yang sama."
Sudah tentu ianya buatkan Scarlet risau. Dia juga syak yang semua ini mungkin dilakukan oleh makhluk bukan manusia, tapi Trystan kata tiada satu jejak pun dari makhluk bukan manusia yang dijumpai.
"Apa yang dah berlaku kat Sevalon?"
_________________
-Yulia Astra (26)
-Isteri Dave, Ibu Bella