Beberapa hari lalu, Scarlet telah meminta izin Trystan untuk membantu Dave dalam meronda kota Villon, kerana dia merasa membaca buku tidak boleh membantu banyak.
Dave akan meronda luar dan dalam pagar Villon manakala Scarlet hanya meronda sekitar sahaja.
Scarlet berjalan dengan aman sambil melihat sekitarnya. Sesekali dia melambaikan tangannya kearah penduduk yang melambaikan tangan kearahnya.
Ramai penduduk Villon yang dah kenal Scarlet. Bagi mereka Scarlet ialah kedua tercantik di Villon selepas Yulia Astra.
"Hei, Scarlet."
"#¥¥*¥;#!!!" (*dia tak mencarut)
Dave tiba-tiba sahaja muncul dihadapan matanya. Scarlet hampir sahaja menampar wajah tampan Dave. Untung dia boleh menahan tangannya.
"Haih~ Biasakan la diri kau tu.."
"Boleh ke ada orang terbiasa kalau tiba-tiba ada muka kat depan muka diorang?"
Kuasa Dave, teleportasi, membolehkan Dave bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain. Tapi had kuasanya hanya dari dan ke tempat yang dia tahu sahaja. Walaupun begitu, Scarlet masih kagum akan kuasa Dave.
'Dave, teleportasi . Lillian, penyembuhan. Apa pula kuasa Trystan dengan Ashley? (Power: Teleportation and Healing)
Yang aku tahu Ashley boleh rasa aura magik orang lain, tapi tu je ke kuasa dia? Aku pun tak pernah nampak dia guna pedang besar dia tu.'
"Macam mana rondaan kau? Ada jumpa apa-apa ke?"
"Takde. Cuma banyak keluarga yang masih sedih kehilangan keluarga diorang, tapi diorang masih teruskan kehidupan diorang macam biasa."
"Biasalah tu. Rakyat jelata macam kita ni kena berusaha setiap hari untuk teruskan hidup. Lain lah dengan bangsawan yang memang dah penuh dengan harta."
"Hm..."
"Apa pun, sebab pagi ni takde kes, aku balik dulu. Nanti petang aku ronda lagi."
"Okay."
Dave langsung menghilangkan dirinya selepas melambaikan tangan. Tanpa membuang masa, Scarlet menyambung berjalan-jalan.
Scarlet tiba di salah satu pintu pagar yang melindungi Villon. Di pintu itu jugalah dimana dia melihat Ashley berangkat pergi ke Astela. Rasa sedih mula menjalar dihatinya.
'Aku mula rasa sunyi.'
Dia memusingkan badannya, berniat untuk kembali kemenara Trystan. Sebelum dia mendengar namanya dari jauh.
"Scarlet!!"
"!!" Scarlet melihat kearah hutan dihadapan pintu pagar. Seketika dia nampak satu lelaki yang berlari kearahnya sambil melambaikan tangan.
"Scarleeet~"
"Ashley?" Scarlet pun berlari kearahnya.
"Scarlet~ Aku dah ba- Uhuk."
Satu flying kick sempurna diberikan tepat diperut Ashley.
"E-eh? Ah? Scarlet?"
Scarlet menggenggam kolar baju Ashley. Matanya menatap Ashley tajam.
"Oh.. Berani kau balik tanpa kabar, eh.. Lepas lebih satu bulan kau pergi dan tak bagi apa-apa kabar."
"Ahh.. Tu.. Ah- Maaf?" peluh mengalir dimuka Ashley melihat Scarlet yang sedang marah.
"Tiada ampun bagi mu."
PAM
____________
"Trystan!" Jerit Scarlet seiring membuka pintu menara.
"Ah, kau dah balik....
Eh~?"
"Perlu ke kau pandang aku macam tu?" Ujar Ashley melihat muka Trystan yang tak menyambut kepulangannya.
"Macam apa? Ni muka biasa aku.." Jawab Trystan acuh tak acuh.
"Ok.. Aku minta maaf sebab tak bagi apa-apa kabar tentang aku. Cukup la.. Scarlet dah hukum aku dah.. Huhu."
Trystan melihat Ashley yang merah dikedua pipinya. Bahkan masih jelas bekas tangan Scarlet. Dia puas.
"Ah! Ashley dah balik ke?" Lillian baru sahaja muncul dari dapur membawa sedulang kuih. Dia melihat Ashley dan Scarlet yang dah siap duduk diatas sofa.
"Ala.. Kuih yang aku buat sikit la pula." Muka Lillian berubah sedih (dibuat sedih).
"Takpe, Lillian. Dia balik tak bagi kabar apa-apa. Tak payah bagi kuih buatan kau." Jawap Scarlet.
"Ugh.." Keluh Ashley.
"Apa pun.. Macam mana dengan misi kau?" Tanya Trystan. Mukanya terus berubah serius. Termasuklah Ashley.
"Sama macam dalam laporan aku, pelakunya masih tak dikenal pasti. Tapi semua Hero bahkan Duke Rochaze sendiri, rasa pelakunya ialah Raja Sevalon."
"Raja Sevalon? Kau jangan bergurau, Ashley.."
"Tapi kenapa Raja?" tanya Scarlet.
"Ashley dan Duke Rochaze terkenal akan kuasa magik diorang yang kuat. Dan dia berjaya lepas dari orang yang ada kuasa magik kuat macam diorang, maksudnya dia tu miliki magik yang jauh lebih kuat.
Satu-satunya yang ada magik lebih kuat cuma keluarga diraja je." jawap Trystan.
Muka mereka semua berubah kelam. Kecuali Scarlet.
"Kalau korang semua dah yakin dengan pelakunya, kenapa tak terus ambil tindakan? Kalau korang bekerjasama mungkin boleh kalahkan dia.."
Ashley melihat Scarlet lama sebelum menjawap.
"Tak sesenang tu. Kita takde bukti yang kukuh. Menuduh keluarga diraja tanpa bukti ialah perbuatan khianat. Silap langkah, kepala kita yang akan dipenggal."
"Ah... Maaf."
Scarlet lupa. Didunia lamanya, memang keluarga dia yang terkuat, jadi dia tak ada masalah untuk mengambil tindakan. Tapi sekarang dia berada didunia lain, dimana ada yang lebih kuat darinya.
Ashley tersenyum sekilas melihat Scarlet. Tangannya menggapai Scarlet dan membelai rambutnya.
"Takpe."
Ashley bangun dari duduknya dan melihat Scarlet.
"Ikut aku." katanya. Scarlet pun mengikuti Ashley yang menuju ke padang rumput disebelah menara Trystan.
"Ada apa?" tanya Scarlet apabila Ashley berhenti berjalan.
"Dari tadi aku sedar, aura magik dalam badan kau jauh lagi kuat dari sebelum ni. Apa yang kau dah buat sebulan ni?"
"Aku serap kuasa magik yang ada kat sekitar aku."
"Serap magik?"
Scarlet mengangguk.
"Jadi kuasa kau ialah... penyerapan magik?" (power: Magic Absorption)
"??.. Ah- macam tu lah kot."
"Kau boleh kawal ke magik dalam badan kau?"
"Boleh. Aku pun boleh hadkan yang masuk dan keluar."
"Hm.. Kalau serap magik dari orang lain?"
"!!" Scarlet sedar tatapan Ashley yang mula serius melihatnya.
"Aku.... tak pernah terfikir pasal tu."
'Tipu. Aku dah pernah cuba kat Lillian. Cuma dia tak perasan.' Scarlet yang pakar dalam mengawal emosinya dapat menipu Ashley.
"Okay.. Cuba serang aku. Aku nak uji kekuatan kau."
"Eh? Seriuslah?"
"Ya.
"Um.. Ok.."
Scarlet menghalakan tangannya kearah Ashley..
'Magik angin yang aku serap setiap hari.'
Dia mengeluarkan angin kuat dari tangannya.
Ashley terkejut. Namun dengan cepat dia menarik pedangnya. Dengan satu libasan, satu magik air muncul dan melindunginya dari magik angin Scarlet.
"!!"
Tiba-tiba Scarlet berada dihadapannya. Dia telah menggunakan magik angin untuk membuatkannya terbang mendekati Ashley.
'Magik api yang aku serap waktu masak.'
Dengan menggunakan tangan kanannya dia mengeluarkan api dan mensasarkan muka Ashley.
Ashley dengan cepat menangkap tangan Scarlet dan mengangkat tangannya.
BOOM
Api besar dari tangan Scarlet meletup keudara. Namun Scarlet tak menyerah. Tangan kirinya pula terus mensasarkan muka Ashley.
'Magik air yang aku serap waktu hujan.'
Air terpancut dari tangan Scarlet dan membasahi seluruh badan Ashley. Ashley pun terus melepaskan Scarlet akibat terkejut dengan air yang muncul tiba-tiba.
Scarlet memutar badannya dan mengangkat kaki kanannya tinggi, menendang Ashley dibahagian kanannya. Menggunakan kuasa anginnya, tendangannya memiliki banyak kekuatan. Namun dengan mudah, Ashley menggenggam kakinya.
"Oh, jadi kau boleh keluarkan magik dari kaki juga?" tanya Ashley sambil menyeringai.
"Haha"
Scarlet menggunakan magik angin dari kaki kirinya, membuatkan dia melayang. Dengan cepat dia melingkarkan kakinya dileher Ashley.
"Eh? Scarlet? !!?"
Menggunakan berat badannya, Scarlet menjatuhkan badannya. Membuatkan Ashley turut terjatuh. Namun sebelum badannya tiba ke tanah, dia melepaskan kakinya dan melompat menjauhi Ashley.
Ashley tumbang. Pedangnya terlontar disebelahnya.
"Aku menang ke?" tanya Scarlet sambil mendekati Ashley yang masih terbaring atas tanah.
"Ya. Kau menang. Tahniah." Ashley tertawa.
"..........
Kenapa kau tak guna kuasa kau?"
"Apa maksud kau? Aku guna la tadi."
"Sekali. Selebihnya kau cuma guna tangan kau je..."
"............"
"Kenapa kau berlembut dengan aku?"
"Aku cuma nak uji kau je.. Bukannya nak lawan kau.
Tapi kau bagus juga.. Guna seluruh badan kau untuk lawan, bukan setakat magik." kata Ashley. Dia bangun dan duduk disebelah Scarlet.
"Sebab dari dulu aku memang berlawan dengan badan aku je."
"Oh.. Ye la.."
"Hahaha"
Ashley tersenyum melihat Scarlet yang tertawa lepas. Wajah Scarlet juga jauh kelihatan lebih berseri dari kali pertama dia mengenal Scarlet.