抖阴社区

METANOIA [C]

By yuyun309

28.2K 2.7K 112

Kisah seorang gadis malang yang hidup dalam penuh penderitaan, kesakitan dan kekosongan. Tanpa kasih sayang... More

Chapter 1
Chapter 2 - Scarlet
Chapter 3 - Like father, like daughter
Chapter 4
Chapter 5 - The color of Scarlet
Chapter 6 - Darkness
Chapter 7 - Stranger's place
Chapter 8
Chapter 9
Chapter 10 - Scarlet and Magic
Chapter 11
Their Styles
Chapter 12
Chapter 13
Chapter 14
Chapter 15
Chapter 16
Chapter 17
Chapter 18
Chapter 19
Chapter 20
Chapter 21
Chapter 23
Chapter 24
Chapter 25
Chapter 26
Chapter 27
Chapter 28
Chapter 29
Chapter 30
Chapter 31: It's a 'GoodBye'
Chapter 32
Chapter 33
Chapter 34
Chapter 35
Chapter 36
Chapter 37
Chapter 38
Extra - Lillian Maigness
Extra - Lillian Maigness (2)
Extra - Yulia Astra
Extra - Scarlet

Chapter 22

575 62 2
By yuyun309

ZAPP

Ashley dan Scarlet muncul disebuah tempat yang berdekatan dengan sebuah kota.

Mereka berdua meneruskan perjalanan menuju kesebuah kota yang lebih besar dari Villon.

"Tempat apa ni?" Tanya Scarlet melihat kota yang agak meriah itu.

"Kota Vantum. Villon dan Vantum tu antara kota yang ada kat negeri Artan."

"Oh.. Tapi beza juga Vantum dengan Villon eh."

"Ah.. Vantum lebih maju sebab kat sini penduduknya banyak dan pemerintah kat sini agak bagus."

"Pemerintah? Kat Villon ada pemerintah juga ke?"

"Takde. Sebab Villon cuma kota kecil jadi tak ada pemerintah.. Cuma ada Trystan sebagai ketua kota."

"Eh? Trystan ketua kota?"

"Ya. Sebab tu la dia susahkan diri dia untuk pasang magik pelindung untuk Villon."

"Oh.. Betul la.."

"Dah, tak payah fikir sangat. Jom beli makanan dulu."

Mereka berdua berjalan menerusi kota yang agak sibuk itu mencari-cari gerai makanan yang akan menjadi bekal dalam perjalanan mereka.

Setelah membeli beberapa buah dan air, mereka menyambung berjalan melalui kota Vantum.

Selepas 3 jam berjalan, akhirnya mereka melepasi kota Vantum. Dihadapan mereka sekarang ialah hutan yang akan membawa mereka ke negeri lain.

Mereka berjalan melalui hutan itu. Sambil itu, mereka juga saling berbual.

"Kenapa kita kena pakai macam ni sebenarnya?" Tanya Scarlet sambil menunjuk mantelnya.

"Sebab aku tak nak orang perasan aku."

"............! Oh! Sebab kau terkenal diseluruh Sevalon, betul tak?"

"Mana kau tahu?"

"Trystan bagitahu semalam."

"Oh... Yela."

"Aku sebenarnya nak tahu.. Apa kuasa kau dengan Trystan sebenarnya?" tanya Scarlet

"Eh? Kenapa kau nak tahu tiba-tiba?"

"Saje... Dave, teleport, Lillian, penyembuhan, tapi aku tak tahu kau dengan Trystan punya."

"Oh- Kalau Trystan aku tak pasti sebab dia boleh buat banyak benda dengan magik dia..

Kalau aku, kuasa aku kawal elemen." (Power: Elemental Control)

"Kawal elemen?" Scarlet terkedu.

"Ye. Sebenarnya elemen api dan air je. Dan biasanya aku cuma guna air. Macam ni..."

Ashley menunjukkan tangan kanannya, lalu muncul air yang dihasilkan oleh magik. Ashley menggerak-gerakkan tangannya, dan air yang berada ditangannya itu melayang-layang mengikut pergerakan tangan Ashley.

"Oh, Wow."

'Patutlah semalam baju dia kering walaupun aku dah basahkan.'

"Kau tak nampak terkejut pun?" tanya Ashley.

"Aku dah nampak banyak benda dalam dunia ni."

"Oh- Hahaha."

"Jadi, cuma Yulia je yang takde kuasa kan?"

"Dia ada lah.."

"Eh? Tapi aku tak pernah nampak dia guna magik pun?"

"Yang tu sebab Yulia sendiri tak tahu yang dia ada kuasa."

"Dia tak tahu?"

"Ya. Kuasa dia sebenarnya magik pesona (Skill: Charm Magic). Kuasa dia boleh buatkan orang suka kat dia."

"Kalau macam tu.. Kau dengan Dave...?

"Tak tak.. Kuasa macam tu tak berkesan untuk orang yang lebih kuat dari dia, macam aku dengan Dave.

Maksudnya, Dave dengan Yulia memang mencintai satu sama lain."

"Mencintai satu sama lain, eh.."

".........." Ashley melihat Scarlet yang menundukkan kepalanya.

"Kau ada orang yang kau suka ke?" tanya Ashley.

"Eh? Ah- tak ada.. Cuma kalau tunang... Pernah ada lah.."

"Tunang? Macam mana kau boleh bertunang dengan dia kalau kau tak sukakan dia?"

"Keluarga kitorang jodohkan aku dengan dia untuk tambah kuasa.."

"Hm.. Kebiasaan keluarga bangsawan eh.."

"Ashley pula.. Ada ke orang yang kau suka?"

Ashley tak menjawap. Dia menoleh dan melihat tepat kemata hitam Scarlet. Membuatkan Scarlet terkejut.

"Tak.. Takde." jawapnya dengan senyuman.

"Oh-"

5 jam berlalu namun mereka masih belum tiba di penghujung hutan. Dan matahari sudahpun terbenam.

"Kita berhenti sini dulu lah."

"Kat tengah-tengah hutan ni?"

"Ya. Kita masih kena rehat kalau nak sambung perjalanan esok."

"Oh.. Ok."

Mereka berdua mencari beberapa ranting kayu dan membuat unggun api menggunakan kuasa Ashley.

"Kau tidur lah dulu. Aku akan jaga." kata Ashley.

"Eh? Tak perlu lah. Tidur je la sekali."

"Kau tahu kan dunia ni ada raksasa?"

"Ah- tahu.... Tapi kau pun perlu rehat juga."

"Takpe. Aku boleh je kalau tak tidur tiga hari pun."

"Tapi....

Ah!- apa kata kau tidur dulu?"

"Huh?"

"Sebab sekarang masih belum larut malam, jadi aku tak rasa akan ada raksasa. Kau boleh tidur dan aku jaga. Dah larut malam nanti, boleh ganti."

'Tapi harga diri aku sebagai lelaki...'

"Hah~ oklah.. Memandangkan aku boleh rasa aura magik.. Rasanya takde hal kalau kita tidur sekali."

"Kau masih guna kuasa kau walaupun tengah tidur?"

Ashley hanya tersenyum sebagai jawapan dan terus membaringkan dirinya atas kain yang dah dihamparkan diatas tanah.

"Ah-" Scarlet melihat Ashley dengan tatapan tak percaya.
______________

Matahari baru sahaja terbit dan Scarlet sudah dikejutkan dengan longgokan raksasa yang mati dihadapannya.

"Kau tak tidur langsung ke?"

"Aku tidur." jawap Ashley polos.

Mereka menyambung perjalanan ke kota seterusnya.

"Kita kat mana ni?" tanya Scarlet melihat sebuah kota yang besar namun kelihatan terbiar.

Bangunannya kelihatan lusuh dan boleh musnah bila-bila masa. Tanahnya kering bahkan tak banyak tumbuhan hijau kelihatan.

"Negeri Dapta."

"Dapta..."

"Tempat asal Lillian."

"Eh?"

"Trystan jumpa Lillian kat sini. Dan bawa dia ke Villon.

Dulunya negeri ni dijadikan markas waktu perang dengan empayar sebelah. Bila Sevalon menang, negeri ni dijadikan kota untuk orang-orang yang kehilangan keluarga mereka dalam perang."

"Tapi kenapa tempat ni nampak bahaya?"

"Sebab ianya paling dekat dengan sempadan antara Sevalon dan Gloria, jadi banyak orang asing yang datang dan duduk sini secara haram."

"Dan tak diambil tindakan?"

"Kota ni dah lama dibiarkan selepas perang, jadi takde bangsawan yang sudi untuk memerintah kota ni."

"Teruknya."

Mereka berdua berjalan menyusuri kota itu. Beberapa penduduk melihat mereka berdua dengan niat tak baik. Ashley dan Scarlet sedar, namun mengabaikannya selagi mereka tak diancam.

Scarlet melihat ramai lagi penduduk yang tinggal diatas jalan. Bahkan ada mayat yang ditinggalkan dicelah-celah bangunan. Banyak juga kanak-kanak yang kelihatan kurus kering dan tak bermaya.

TAP

Scarlet tiba-tiba sahaja menggenggam satu tangan anak kecil yang berjalan disebelahnya.

"Mencuri tu tak elok, budak".

Tatapan tajam Scarlet membuatkan budak lelaki itu ketakutan dan terus meminta tolong.

"Hei, apa kau buat dengan budak kecil, hah?" marah salah satu lelaki disekitar.

"Dia baru je curi kantung saya." jawap Scarlet lalu mengambil kantung yang dipegang budak itu.

"Hahh? Ada bukti ke yang tu kantung kau? Entah-entah kau yang curi dari dia dan kau nak salahkan dia."

Semakin lama makin banyak penduduk yang marah, membuatkan Scarlet kerisauan.

'Tak guna.'

"Tu..." Malang bagi Scarlet, dia tak mampu menjawap.

"Sini, budak." lelaki yang marah tadi memanggil budak yang digenggam tangannya. Budak itu pun terus lari kearah yang memanggilnya setelah merampas kantung Scarlet. Scarlet pula hanya diam melihat budak itu pergi.

"Jom, Scarlet." Ashley menggenggam tangan Scarlet dan membawa dia pergi.

Akhirnya Scarlet dan Ashley berada di hujung negeri Dapta, namun Scarlet masih kelihatan sedih.

"Maaf sebab tak boleh bela kau waktu kantung kau diambil." Ashley cuba untuk menceriakan Scarlet.

"Aku tak sedih sebab tu. Duit dalam kantung tu tak banyak pun."

"Dah tu?"

"Budak tu dalam bahaya." mata Scarlet berubah marah.

"Apa.. maksud kau?"

"Budak tu bekerja untuk lelaki yang marah kita tadi.

Aku perasan tangan budak tadi ada bekas merah macam dah dilibas. Dan bila dia lari ke lelaki tadi, dia nampak ketakutan."

"Ah- aku perasan lelaki tu ikut kita sejak kita masuk Dapta. Ingatkan dia yang nak apa-apakan kita. Rupanya dia guna budak kecil tak bersalah." Ashley menggenggam penumbuknya.

"Tak boleh ke kita tolong dia? Aku yakin lelaki tu akan rampas duit aku dari budak tu."

"Kalau kau tolong dia pun... Benda ni memang dah biasa kat Dapta."

Scarlet terkedu. Sedih. Ashley yang melihat pula turut miris hatinya. Ashley mengambil tangan Scarlet dan menggenggamnya dengan lembut.

"Scarlet, aku akan ubah tempat ni.. Boleh kau percayakan aku?"

Scarlet melihat mata biru Ashley. Matanya bersinar dan penuh tekad.

"Okay." Scarlet mengeratkan genggaman tangannya di tangan Ashley.

Continue Reading

You'll Also Like

2.9K 529 16
FANTASY/ ROMANCE/ MANWHA Sebuah kerajaan haruslah mempunyai seorang pemimpin yang berkuasa, bukan itu sahaja dia juga haruslah berfikiran terbuka, me...
570K 44K 86
White Guardian.. Dua patah perkataan itu membuatkan Irene tidak percaya akan kewujudan mereka. Mana mungkin dia mahu percaya? jika dia masih kanak-ka...
11.3K 81 13
mengisahkan tentang Fadlan dan tunangnya ika..
4.9K 570 29
Sungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. ...