ถถา๕ษ็ว๘

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)

By AnjellHomosapien

180K 4.8K 556

Ini hanyalah sample. Hanya ada beberapa bab sahaja. Kombo Heroin terdiri daripada dua ebook: 1. His Name Is L... More

~ HIS NAME IS LUCCA~
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
~ BUKAN PILIHAN PERTAMA~
PROLOG
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8

BAB 9

6K 153 20
By AnjellHomosapien

BAB 9

BUNYI erangan perlahan itu buatkan aku terjaga. Datang dari sebelahku. Lalu aku membuka mataku. Dekoraasi bilik asing menjamah panda-ngan tapi agak familiar. Bukan bilik aku tapi aku juga cukup kenal dengan bilik itu. Bilik Adri.

Lantas apa yang jadi semalam kembali menjelma. Aku dapat mengingatinya satu persatu, dengan penuh terperinci. Mana mungkin aku dapat lupa saat aku menjadi milik lelaki yang paling aku cinta. Semuanya indah.

Sehinggalah..

"Apa yang you buat atas katil I?" Suara yang sedikit keras dan penuh curiga datang dari sebelahku.

Aku menoleh ke arahnya. Adri sedang berwajah serius sambil memandangku. Dia nampak begitu kacak sekali dengan rambut bilik tidurnya. Namun, telingaku yang cekap menangkap soalannya tadi buatkan aku lupa semuanya. Dan aku rasa ada satu bendera amaran sedang berkibar.

Dia tak ingat?

"Are you naked? Did we just sleep together?" Mata Adri meluas. Matanya melorot pada tubuhku dan tubuhnya sendiri yang masih ditutup selimut tebal itu. Dan wajahnya bagaikan hilang darah bila sedar tiada seurat benang pun pada tubuh kami.

Dia betul-betul tak ingat!

Adri pula terus menjauhiku. Melompat turun dari katil dan menyarung boxernya. Kemudian dia memandangku. Matanya men-cerlung garang. Pandangannya buatkan aku rasa diintimidasi. Rasa mahu mengecilkan diri. Lantas aku menarik selimut tebal itu untuk menutup tubuhku itu.

Adri mundar-mandir di tepi katil. Sesekali meraup rambutnya. Aku pasti mengagumi tubuh cantiknya yang terdedah itu kalaulah dia tak punya aura gelap di sekelilingnya. Penuh ketegangan. Bagaikan tunggu masa untuk meletup.

Aku rasa tak sedap hati.

"Kenapa you boleh ada dalam bilik I? Macam mana kita boleh tidur bersama?"

"You tak ingat?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"No. I tak ingat langsung. My brain is foggy." Dan dia diam sebentar. Bagaikan berfikir lagi.

Kemudian, dia menyambung lagi.

"Apa yang you buat dekat I? You bagi I apa-apa ke? Did you drug me and force me to sleep with you? Was it your trick?"

"What?" Perlahan suaraku. Mata sendiri meluas gara-gara tidak percaya. Sungguh tidak menyangka dengan tuduhan Adri itu. Sekeji itukah tanggapan Adri kepadaku?

Aku terluka.

"It must be drug or something. Sebab I tak ingat langsung apa yang dah jadi semalam!" Suara Adri penuh rasa kecewa. Dia merenggut kasar rambutnya.

Dan bila Adri cakap macam tu, aku juga cuba mengingat kembali apa yang jadi semalam. Aku juga syak sebegitu sebelum aku tewas dengan godaan dan pujuk rayunya. Memang tak mampu berfikir dengan tangan dan bibir Adri yang sentiasa bergerak di serata tubuhku semalam.

Makan malam tiada apa-apa yang pelik. Menu hanya mengikut apa yang ditempah di hotel. Dalam perjalanan pulang, Adri sakit kepala. Dan dia terus ambil ubat tahan sakit di dalam kereta.

Terkaku.

Mungkinkah? Kalau diikutkan, perangai Adri mula berubah aneh setelah tiba di rumah. Tapi, takkanlah Keyra sanggup buat aku macam ni?

Dia.. tak akan.. kan? Aku sendiri jadi kurang yakin.

"I paksa you ke semalam, Mel?" Soalan Adri itu menerbangkan segala hipotesisku. Kembali memandangnya. Dia masih serius.

Aku telan liur. Sebab sebaik saja aku mendengar soalan Adri itu, yang terlintas dalam kepalaku adalah bisikan dan pujuk rayunya supaya aku menyerah semalam. Itu bukanlah paksaan.

Sayangnya.. Adri lupakan semua itu!

Geleng kepala.

"Then you patut tolak I, Mel. Kenapa you tak tolak I? Kalau tak, semua ni tak akan jadi!" marah Adri. Dia menyesal!

Dan bila aku diam, dia menyambung lagi.

"Simple. Sebab you memang nak I tidur dengan you, kan?"

Kata-katanya itu memetik sesuatu dalam diriku. Aku rasa marah! Dia seolah-olah mencampakkan segala kesalahan atas bahuku saja.

"Of course I want to sleep with you. I love you!" balasku lantang.

"But I don't love you! Us.. sleeping together is not in our agreement, Mel. I dah cakap dulu. I tak nak tidur dengan you. I'm not ready."

Hatiku tergores dengan kata-kata itu. Dia tak teragak-agak langsung! Pendiriannya masih sama.

Dan aku di sini menjadi seorang yang bodoh, menganggap apa yang kami lakukan semalam adalah sesuatu yang istimewa. Hancur sudah memori indah kami semalam. Kata-katanya itu akan meninggalkan parut kekal dalam hatiku.

"God.. why women have to play dirty?" Dia menggumam perlahan. Penuh kecewa. Dia bagaikan dalam dunia sendiri, mungkin juga bukan untuk aku dengar.

Tapi aku sempat mendengarnya. Aku tak tahu apa maksudnya, tapi yang aku tahu aku juga termasuk dalam kategori itu. Rasa hatiku dihenyak lagi. Pantas air mata mula bertakung.

"You make me feel like a whore!" Aku tak sedar aku sudah menangis ketika mengungkapkannya.

Tubuh Adri nampak sedikit mengeras. Dia menoleh ke arahku.

"You tak akan pernah terima I sebagai isteri you, kan?" Lirih suaraku bertanya.

"Don't bother. I know my place!" potongku cepat-cepat bila nampak Adri membuka mulut. Aku tak mahu tahu jawapannya. Mendengar dia mengeyakan sungguh menyakitkan. Jadi, aku akan selamatkan hatiku kali ini.

"I tahu I tak akan pernah dapat menandingi tempat Dara dalam hati you. Who am I kidding? You dedicated a song to her. I am just no one." Aku ketawa hambar setelah itu. Bukan niat mahu mengungkit, tapi rasa hatiku tak boleh ditahan lagi.

Aku sungguh kecewa.

"I pernah nampak you pegang gambar you dan Dara dalam studio you, Adri. You rindukan dia.No wonder you wrote a song for her." Aku membongkarkan rahsia yang hanya aku yang tahu.

Adri nampak serba-salah. Dia melarikan pandangannya.

Jadi, tuduhanku itu memang tepat! Rasa sesuatu menikam tepat di dada.

"Mel.."

"Did you or did you not dedicate the song to her, Adri?" Aku bertanyanya. Ya.. aku memang sudah tahu. Tapi mendengar dia mengeyakannya memberikan kepuasan pada hatiku.

Meskipun menyakitkan!

"I did." Dia mengaku. "But.."

"No buts needed. You did and it's done. I understand. You must be really missing her," potongku. 'Tapi' itu cumalah frasa untuk mengukuhkan sebuah alasan. Menafikan sebuah realiti.

Do not sugarcoat things!

"You ingat I tak ada perasaan ke? Mampu senyum bila suami I nyanyikan lagu untuk perempuan lain. Nak dia tahu betapa you masih cintakan dia, masih harapkan dia. You think I'll be okay?" ungkitku lagi.

"Perlu ke I doa supaya Dara bercerai dengan suaminya nanti, supaya dia boleh balik pada you? You must be ecstatic then."

Aku mahu meluah rasa. Alang-alang dah keluar, aku mahu habiskan semua. Adri perlu tahu tentang hati aku yang terluka. Aku tak mampu memendam lagi.

"Mel, you jangan macam ni! Bukan tu yang I nak."

Aku kesat air mataku yang masih lagi mengalir. Walaupun mungkin usahaku itu sia-sia kerana mataku kini bagaikan paip bocor. Aku tak sanggup lagi berada satu ruang dengan Adri. Perlahan-lahan aku mengensot ke tepi katil.

"Mel, let's me explain!" Aku melihat Adri mengelilingi katil itu untuk datang ke arahku yang berada bertentangan dengannya.

Aku hanya geleng kepala. Aku enggan mendengar apa-apa lagi. Hati aku terlalu sakit sekarang ini. Apa yang Adri bakal katakan tak mampu merawat lukaku itu. Jadi, tiada gunanya kalau aku mendengarnya sekarang. Tetap aku tolak semuanya. Tunggulah bila aku dah okey nanti.

Terasa lenganku dipegang Adri, tapi cepat-cepat aku merentapnya.

"Jangan sentuh I!" tengkingku.

Adri nampak terkejut. Mungkin sepanjang perkenalan kami, aku tak pernah marah padanya. Aku adalah Tengku Melisa yang penuh lembut dan sofistikated. Aku tak pernah naik suara dengan-nya. Sekarang pun aku rasa bersalah dengannya. Lebih-lebih lagi dia adalah suamiku, syurgaku.

Namun, sakit di hati mampu buatkan aku tepis segala pemikiran itu. Aku juga manusia biasa.

"Please.. don't touch me! I tak nak dekat dengan you." Nada suaraku lebih lembut dan merayu.

Aku pusingkan tubuh untuk membe-lakanginya. Mencapai pakaianku. Cepat-cepat sarungkan ke tubuh. Langsung tak kupedulikan mata Adri yang sedang melihat tubuhku itu. Aku dah tak peduli! Lagipun, semuanya dia dah tengok semalam. Malah, lebih dari itu!

Bila dah siap, aku pusingkan tubuh untuk memandangnya. Dia masih lagi melihat tepat ke arahku. Kening lebatnya berkerut-kerut. Seolah-olah dia juga punya konflik dengan diri sendiri.

"I tak bagi you apa-apa atau cuba perangkap you untuk tidur dengan I. I tak tahu kenapa you jadi macam tu semalam. Tapi, mungkin memang salah I sebab tak halang you. You mungkin tak sedar, tapi I sedar. Sebab tu I nak minta maaf, Adri. I minta maaf kalau you rasa I ambil kesempatan dengan you."

I just want to be your wife for once.

Tiba-tiba laju air mataku, lalu aku kesat dengan belakang tapak tangan. Dan kini aku dapat menjadikannya kenyataan, tapi ada harga pula yang harus dibayar. Hatiku dipijak-pijak.

"I tahu I bukan isteri yang sempurna untuk you. I tahu I banyak kekurangan. I tak mampu nak jadi Dara, rebut hati you. I tak tahu I ada peluang ke tak dengan you sebenarnya." Aku telan liur setelah itu. Tiba-tiba aku rasa kurang yakin. Tiba-tiba aku rasa patah semangat.

Aku ingat selama ini hubungan kami makin membaik. Rupa-rupanya masih belum. Akhirnya kembali kepada tampuk yang lama.

"You're not even trying, Adri. Now you tell me. Do we have a chance?" Mata basahku menentang matanya. Redup dan rasa bersalah. Dia harus tahu, pilihan dalam tangannya sebenarnya.

Diam.

"Kalau you rasa kita tak ada peluang, maybe we can.." Tak sanggup aku sudahkannya. Aku sendiri tak mahu! Aku sayang dan cintakannya.

Terlalu awal untuk mengalah!

"Apa maksud you, Mel?" Serius nada suara Adri ketika bertanya. Aku tahu Adri tahu maksudku sebenarnya. Sebab aku nampak dia telan liur setelah itu. Matanya juga bergetar sesuatu. Tapi aku terlalu penat untuk mentafsirkannya.

Hanya mampu geleng kepala. Berharap dia lupakan saja.

"I'm sorry for everything." Tanpa membuang masa, terus aku berlari keluar setelah itu.



Ebook hanya boleh dibeli melalui laman web sahaja. Untuk pembelian, sila ke https://wasep.me/sinuraz-enterprise

Link ada dikongsi di profile wattpad.

Continue Reading

You'll Also Like

1M 25.2K 23
[TERBIT ยฉ FEARIE CREATION PUBLICATION] "Awak ni sombonglah. Saya dah cakap terima kasih, cuba awak balas 'sama-sama kasih'. Tenang sikit telinga saya...
215K 594 55
Kisah benar dari aku. Aku - seorang asshole. Titik
3.8M 204K 71
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesia...
273K 20.8K 23
Siri Permata #1 (Gemstone Series #1) An Arranged marriage. A revenge. Ini adalah kisah Nickolai D'Ambrusio x Serafina/Sapphire Varano.