Belle membawa bakul ke arah bahagian sayuran. Timbunan kubis napa menjadi sasaran, tangannya memilih kubis yang masih segar. Satu per satu bahan untuk buat kimchi jiggae muncul di fikirannya. Adakah dia pandai masak?
Sudah tentu tidak.
Ini semua demi memujuk anak Kim yang sedang muncung sedepa di rumah. Dah 3 hari dia tak bercakap dengannya. Habis segala pujukan dia tak mahu. Felix kongsi rahsia makanan kegemaran Skylar, jadi dikerahkan tulang empat kerat ini demi semangkuk kimchi jiggae.
Setelah dipilih terus masuk dalam bakul. Gadis itu berpindah ke tempat lain mencari bahan yang seterusnya.
"gochujang.." bisik Belle meliar mencari di rak jualan.
Belle mendongak lalu menangkap gochujang di atas kepalanya. Dia berdesis seiring menyumpah dalam hati. Gadis itu mula mengjengketkan kaki mencapai gochujang namun ada tangan lain bantu menurunkannya.
"susah betul nak ambil.. nah..lain kali bawak tangga senang." ujarnya terselit ayat perli.
Belle menoleh melihat Skylar disebelahnya bersama hoodie walaupun separuh wajahnya dilitupi topeng, gadis itu tahu dia baru bangun tidur. Belle ambil barang tadi dari tangan lelaki itu dan dimasukkan dalam bakul.
"kalau awak ikut.. bukan setakat tangga, bangku pun saya tak pandang.. saya ade namjachigu yang tinggi-"
Skylar terus melepasi gadis itu tanpa mendengar ayat chia-chia Belle. Belle buat muka pasrah. Terus dia mengejar jejak lelaki itu.
"sky nak beli ape? Kenapa tak pesan kat saya tadi?" soal Belle.
Skylar hanya diam sambil melihat pelbagai snek dihadapannya.
"kalau macam tu saya balik dengan awak eh?" Soal Belle lagi.
"kalau tak boleh?" jawab dingin Skylar tanpa memandang.
Belle tersentak dengan jawapan yang keluar dari mulut lelaki itu.dia dipalau sebegitu rupa hanya kerana rapat dengan Sam, kawan karibnya sendiri.
"apa salah saya? Takkan dengan sam pun-"
"memang salah walaupun dengan sam." potong Skylar menjeling sekilas pada Belle.
Belle terdiam lagi.
"maaf."
Skylar pergi tanpa endahkan apa yang dikata okeh gadis itu. Hilang sahaja figuranya, mata Belle mula membahang. Cepat-cepat, dia mengusap wajah dengan hujung bajunya dan menghela nafas.
"takpe..kita teruskan plan kita, Belle! Kita tak boleh jadi lemah!" bisiknya menguatkan hati yang rapuh.
Usai segala bahan dibeli, Belle menapaki keluar dari pasar raya dengan menjinjing plastik beg dikedua belah tangannya. Belum sempat, Belle mahu menahan teksi ada figura menghalang pandangannya. Plastik yang sarat dengan barang ditangan juga diambil olehnya.
"eh, sky.."
Tak sudah habis ayat, lelaki itu menonong pergi ke parkir kereta. Belle lambat-laun mengikut arah lelaki itu. Dia pun pelik merajuk pun ya, tapi ambil berat juga ya.
+
Skylar mendaratkan barang pasar raya di meja kaunter dan menghilangkan diri ke bilik permainannya. Sejak akhir-akhir ini, lelaki itu kembali aktif dalam dunia permainan video. Belle pun tak mahu menghalang hobinya. Mungkin boleh jadi satu asbab hilangkan tekanan lepas kerja.
Belle hanya menghantar Skylar dengan pandangan kosong. kardigan knitwear yang tersarung dilepaskan lalu lempar ke sofa. Rambutnya disimpul sambil kaki menuju ke dapur.
Harap apa yang diharapkan menjadi kenyataaan.
Bahan terakhir iaitu potongan tofu dibaringkan atas masakan dan dibiarkan selama 15 minit.
+
Belle menjenguk Skylar didalam bilik dengan hajat mahu mengajak lelaki itu makan bersama. Gadis itu sempat bersihkan diri dan menukar baju juga sengaja menyembur wangiannya. Wangian citrus segar dengan sedikit not vanilla sesekali menangkap deria bau lelaki buat dirinya tak keruan. Malangnya, ego lelaki ini sikit pun tak mahu mengalah.
"skylar.." seru Belle dari daun pintu.
Walaupun telinga terpasang headphone, suara gadis itu masih didengari. Lelaki itu biarkan panggilan itu berlalu dan fokus terhadap permainan di layar komputer.
"ish, keras kepala betul. Kau ignore aku eh.. kau tunggu hehe.." belle mula menunjukkan belang.
Bella mendekati Skylar yang ralit dengan permainannya. Tapak tangan lelaki itu ditarik menarik perhatian lelaki itu. Ternyata lelaki itu melirik padanya.
"Skylar, jomlah makan. Belle masak kimchi jinggae tau.." ajak Belle lagi sambil mengusap belakang tangan Skylar.
Skylar menarik tangan menolak tawaran gadis itu. Lelaki itu cuba menjual mahal.
"Pergilah makan dulu. Tak lapar." Alasan Skylar.
Belle mula tarik muka. Dia sudah tak tahan sabar lagi. Kerusi lelaki itu pula ditarik menghadapnya juga bahu kerusi itu dipegang. Mereka berlawan pandangan. Keadaan itu terasa tegang buat Skylar memegang bahu kerusi kuat. Jarak antara wajah mereka hanya seinci boleh buat lelaki semakin goyah.
"Last, tolong iyakan kata Belle like always you did. After this, i never talk to you again as you want." Kata Belle.
Gadis itu menjauhkan diri dan keluar dari bilik. Skylar menghembus nafas lega dengan tangannya di dada. Jantungnya masih berdegup laju dekkan cubaan Belle memujuk tadi.
"Kau memang sengajakan, Belle. Tunggu turn aku pulak." Skylar bingkas bangun.
+
Skylar menghirup sup kimchi itu. Lidah lelaki itu mula menerima rasa masakan Belle. Gadis itu juga menunggu komen dari Skylar.
'eh, macam mana boleh sedap pulak dia masak belum pernah dia ketang ketung kat dapur..'
Skylar menjeling sekilas wajah Belle sebelum bersuara.
"Bolehlah." Skylar berbasa-basi.
Senyuman Belle mulai mengendur dengan komen lelaki itu. Dia juga mula menjamah tanpa banyak bunyi. Dari riak wajahnya jelas dia sudah putus asa.
Belle cepat-cepat habiskan makanannya dan membasuh pinggan. Dia mula meninggalkan dapur tapi Skylar laju bangun menghalang pemergian gadis itu.
"I surrender. Let me go home."
"No."
"Fuck. Off." Aura dingin Belle mula ditonjol.
Skylar berdesis dengan sengihan. Lelaki itu mula melangkah ke hadapan buat Belle berundur.
"Kasar sungguh mulut, sayang."
"Apa yang awak nak ha? I did everything."
"That is the price."
"For what?! Ark-"
Skylar terus mengangkat tubuh genit Belle lalu didaratkan atas meja makan. Belle terdiam menahan malu. Skylar mendongak menyelami mata hazel gadisnya.
"Untuk hati saya yang sakit. Ini semua.." matanya menjeling ke arah makanan di meja.
"Tak cukup nak pujuk. Im not that easy man."sambung lelaki itu.
"Then what you want me to do?" Soal Belle.
"No way back home for you tonight."
//tbc//
BWOYA IGE ARGHHHHHHH !
well im back 😭