抖阴社区

饾悜饾悶饾悵饾惓饾悮: 饾悡饾悮饾悿饾悵饾悽饾惈 饾悩饾悮...

By _erish_

19K 470 7

"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu" Khadeeja Marrysa, seorang gadis lepasan SPM yang dibesar... More

INTRO
PROLOG I
PROLOG II
BAB 1
BAB 2
BAB 3
BAB 4
BAB 5
BAB 6
BAB 7
BAB 8
BAB 9
BAB 10
BAB 11
BAB 12
BAB 13
BAB 14
BAB 15
BAB 16
BAB 17
BAB 18
BAB 19
BAB 20
BAB 21
BAB 22
BAB 23
BAB 24
BAB 25
BAB 26
BAB 27
BAB 28
BAB 29
BAB 30
BAB 31
BAB 32
BAB 33
BAB 34
BAB 35
BAB 36
BAB 37
BAB 38
BAB 39
BAB 40
BAB 41
BAB 42
BAB 43
BAB 44
BAB 45
BAB 46
BAB 47
BAB 48
BAB 49
BAB 50
EPILOG II
EPILOG III

EPILOG I

626 7 0
By _erish_

MASA KINI

KEHILANGAN orang yang tersayang itu perit. Tipulah jika Redza mampu tersenyum, sedangkan dia menyalahkan takdir dalam hal itu. Tapi dia tak sedar... Kehilangan Khadeeja, Tuhan masih hadiahkan dia anak kembar yang manja dengannya. Dia lepaskan peluang untuk menjaga mereka semasa mereka bayi tapi apabila mereka sudah sebesar ini, biarlah dia menjaga sehingga mereka sendiri memilih untuk tinggalkan Redza kerana rumah tangga yang bakal dibina suatu hari nanti.

"Kau tak nak kahwin?"

Soalan yang diajukan membuat Redza langsung tidak beralih mata dari memandang anak-anaknya yang sibuk menghiburkan diri bermain permainan di dalam pusat membeli-belah itu.

"Soalan apa kau bagi ni?" Redza ketawa kecil dan Haidar masih memandangnya lama.

"Aku serious ni, Ja. Kau tak nak kahwin? Bagi anak-anak kau rasa kasih sayang seorang ibu."

Redza menggeleng perlahan dengan gaya memeluk tubuh. "Akulah ibu, akulah ayah, akulah sahabat dorang. Aku taknak sakiti Deeja. Dan aku tak jumpa kebahagiaan aku dekat orang lain."

"Tapi, Ja..."

"Aku kena kuat untuk anak-anak aku, Dar. Tak ada perempuan lain yang boleh ganti Deeja dalam hati aku. Tak akan ada..."

Haidar tepuk bahu Redza perlahan. Kepala Redza tertoleh memandang sahabatnya di sebelah, serta-merta mengoyakkan senyuman Haidar.

"Terima kasih sebab pernah bahagiakan adik aku. Terima kasih sebab pernah jaga adik aku dan didik dia jadi isteri solehah. Terima kasih sebab kau memilih untuk setia dengan dia sehingga akhir hayat kau."

"Aku memang tunggu jawapan tu. Tak sangka memang kau pun memilih untuk setia dengan bidadari kau."

Redza ketawa kecil dan angguk laju. Ya, dia memilih untuk meletakkan sepenuhnya tanggungjawab pada Khalisya dan Khalid. Dia tak mahu beristeri lagi, dia tak mahu buang masa mencari cinta. Walaupun umur masih muda, dia memilih untuk setia pada Khadeeja. Kerana suatu hari nanti, dia mahu hidup bahagia dengan Khadeeja sekali lagi.

Dia kembali memandang anak-anaknya yang setia diawasi oleh Najwa. Mereka sibuk sangat memberontak tadi nak main permainan ni. Bila tak kasi, menangis pula. Tak apa lah, Redza. Selagi boleh tunaikan hasrat mereka, maka tunaikan lah.

'Sayang, anak-anak kita semakin membesar. Tolong jadi saksi abang menjaga dan mendidik anak-anak kita ya? Terima kasih sebab bagi anugerah terindah pada abang. Deeja dan anak-anak adalah anugerah terindah abang.'

Dia tersenyum manis memandang Khalid dan Khalisya yang berlari-lari mengejar antara satu sama lain. Haih, orang sibuk main gelongsor, dia sibuk lari-lari. Hyper betul!

"Takdir yang paling indah apabila kita menjadi satu."

"Kita?" Dia mendengar suara seorang perempuan yang berdiri berdekatan dengannya membalas.

Apabila dia beralih mata memandang mereka, sosok tubuh yang sama. Pasangan secocok dan kelihatan seperti suami isteri. Cukup untuk dikatakan, itu adalah Redza dan Khadeeja. Dia sedang berada di alam fantasinya, berimaginasi dia sedang memeluk Khadeeja dengan penuh kebanggaan memandang anak-anaknya yang sibuk bermain dengan riang di dalam.

Mereka berpelukan memandang Khalid dan Khalisya serta-merta bibir Redza mengungkapkan hal itu. Khadeeja sudah mendongak memandang encik suami apabila dia masih tak dapat capai apa yang cuba dimaksudkan Redza.

"Iyalah, kita. Takdir yang terindah apabila kita... Menjadi satu." Dikucup kepala Khadeeja dengan penuh kasih sayang membuatkan Khadeeja peluk pinggang Redza lebih erat.

"Kita... Abang dan Deeja."

Continue Reading

You'll Also Like

489 7 31
MAHLIGAI BAHAGIA BY AANISS MAISARAH (COMPLETE) Kisah percintaan antara Hayyan Harith dan Zarith Sofea. Namun, sebelum cinta mereka berputik Zarith So...
1.1M 26.8K 86
[LIT ROMANCE BOOK WINNER] [THE GREAT LIT WRITER WINNER] Highest Rank:- #16 in Romance [13.4.18] #14 in Romance [23.4.18] Pertemuan antara seorang g...
1.4M 47.8K 102
Bertahun lamanya kisah cinta mereka terlerai. Angkara pilihan seorang wanita bernama Erisha bersama insan lain. Erisha membuangnya. Erisha mengkhian...
21.2K 1.1K 35
Aulia Natasha Aurenza,seorang gadis yang boleh dikatakan sebagai pembawa malang di dalam kehidupan.Dia telah dibenci oleh ibu kandungnya sendiri.Namu...