[COMPLETED] The Bride Change...

By SuamikuKacakGila27

477K 38K 2.2K

"Luhan! Kenapa awak pergi tinggalkan saya pada hari majlis bersejarah kita?! Saya tak mampu hadapi dugaan ni... More

♥ 1장 ♥
♥ 2장 ♥
♥ 3장 ♥
♥ 4장 ♥
♥ 5장 ♥
♥ 6장 ♥
♥ 7장 ♥
♥ 8장 ♥
♥ 9장 ♥
♥ 10장 ♥
♥ 11장 ♥
♥ 12장 ♥
♥ 13장 ♥
♥ 14장 ♥
♥ 15장 ♥
♥ 16장 ♥
♥ 17장 ♥
♥ 18장 ♥
♥ 20장 ♥
♥ 21장 ♥
♥ 22장 ♥
♥ 23장 ♥
♥ 24장 ♥
♥ 25장 ♥
♥ 26장 ♥
♥ 27장 ♥
♥ 28장 ♥
♥ 29장 ♥
♥ 30장 ♥
♥ 31장 ♥
♥ 32장 ♥
♥ 33장 ♥
♥ 34장 ♥
♥ 35장 ♥
♥ 36장 ♥
♥ 37장 ♥
♥ 38장 ♥
♥ 39장 ♥
♥ 40장 ♥
♥ 41장 ♥
♥ 42장 ♥
♥ 43장 ♥
♥ 44장 ♥
♥ 45장 ♥
♥ 46장 ♥
♥ 47장 ♥
♥ 48장 ♥
♥ 49장 ♥
♥ 50장 ♥
♥ 51장 ♥
♥ 52장 ♥
♥ 53장 ♥
♥ 54장 ♥
♥ 55장 ♥
♥♥ 56장 ♥♥ THE ENDING OF BRIDE CHANGE ♥♥ 56장 ♥♥
Kebahagian Milik Kita... (Speacial Chapter)

♥ 19장 ♥

9.5K 693 34
By SuamikuKacakGila27

"Sehun... saya nak tanya ni." Jin Hye berkata tanpa memandang wajah Sehun yang sedang menyuap makanan ke dalam mulut. Sehun menyedut jus Avokado yang dipesannya tadi sebelum menopang dagu memandang si isteri yang berada di hadapan matanya.

"Apa dia? Tanyalah..."

"Emm... Hyeri tu... siapa?"

Sehun tergamam. Dia terkebil-kebil sebentar, cuba untuk mentafsir, memproses setiap patah kata Jin Hye tadi di telinganya. Apa yang perlu dia jawab? Patut ke dia jujur? Ya, dia patut jujur kerana kini, hatinya sudah melekat dengan Jin Hye. Takkan nak selindung lagi? Sedangkan Jin Hye berhak tahu kisah lalunya.

"Lee Hyeri tu... ex-girlfriend saya dulu. Masa sekolah menengah."

Jin Hye terdiam sejenak. Ex-girlfriend? Bekas teman wanita? Bekas... yeoja chingu. Semua benda tu sama kut. Jadi... memang betullah.

"Ohh..."

"Kenapa tanya?" Sehun menyoal lagi dan dibalas dengan gelengan kepala Jin Hye.

"Cemburu?"

"Hah?" Apakah? Jin Hye tersenyum senget mendengar perkataan itu. Adakah dia cemburu? Entahlah. Tak tahu. Dia sendiri pun tak pasti sama ada dia cemburu atau tidak. Tapi dia tak boleh nak tahan perasan melihat Hyeri memeluk Sehun tadi. Tu yang buat dia hairan tu. Siapa Hyeri sebenarnya. Rupa-rupanya... bekas kekasih. Patulah...

"Mana tahu... tanya tu ada makna..."

"Kenapa awak berpisah dengan dia?" Soal Jin Hye. Dia akan tanya selagi dia tidak penat. Dia mahu tahu setiap sudut kisah Sehun. Habis tu bila lagi dia hendak tanya? Esok lusa, takut lupa. Dah rugi.

"Emm... sebab... keluarga."

"Keluarga? Omma dengan appa?" Jin Hye menduga dan tidak sangka Sehun mengangguk. Semakin berminat Jin Hye hendak tahu hal yang seterusnya.

"Kenapa? Omma dengan appa tak suka ke?"

"Sebab?"

"Sayang ni kenapa? Nak tahu sangat? Nanti saya cerita..."

"Sekarang!" Jin Hye menepuk perlahan meja yang mereka duduki. Tidaklah kuat mana. Cukup buat Sehun mengeluh pendek.

"Boleh tak.. kalau kita makan dulu? Saya tak nak kita rosakkan hari ni, sebab perempuan tu." Kata Sehun dengan wajahnya yang tegang dan suara yang dingin. Jin Hye terkejut sedikit. Dia faham dengan keadaan lelaki tersebut. 

"Okey. Sorry tanya tadi. Nak tahu je."

"It's so okay, sayang. Don't worry..."

Setelah pulang dari Lotte, Jin Hye dan Sehun masuk ke bilik masing-masing. Tetapi... sejak mereka berbaik, Sehun rajin 'turun padang' di bilik Jin Hye yang hanya bersebelahan itu. Dipisahkan dengan dinding sahaja. Tu pun jika Sehun buat onar, Jin Hye dapat mendengarnya meskipun sayup-sayup sahaja.

Masa berlalu dengan pantas. Tup, tup, pukul 9 malam sudah. Pada waktu itu, Jin Hye berada di bilik, sedang menilik skrin iPadnya. Dia melawat laman sesawang jawatan kosong yang ada. Dia bosan berada di rumah. Sebab itulah hatinya berura-ura untuk bekerja. Tidak kiralah kerja apa. Sementara menanti surat tawaran sambung belajarnya tiba, dia mahu bekerja dulu. Mengisi masa yang ada daripada duduk di rumah, melebarkan punggung. Sehun tidak payah cakaplah. Banyak sungguh kerjanya. Sewaktu mereka tiba di rumah tadi, Jade setiausaha Sehun sudah menelefon lagi bahawa ada seseorang hendek menemuinya. Klien biasanya. Yelah, Sehun seorang ahli perniagaan. Ayah Sehun hanya membantu apa yang patut sahaja kerana selok-belok syarikat itu sudah menjadi bahan hafalannya sejak dulu lagi.

"Sayang..." Jin Hye tahu siapa yang memanggil perkataan itu. Sehun. Lelaki itu semakin lama semakin galak memanggilnya dengan perkataan itu dan dia pula, menerima sahaja. Terkejut juga pada mulanya tetapi lama-kelamaan, dia dapat juga menyesuaikan diri. Lagipun... dia mula sayangkan Sehun. Tak salah rasanya jika dia juga turut cuba mencintai Sehun, sama seperti Luhan.

"Ya..." Jin Hye menegakkan tubuh yang terbongkok merenung skrin iPad. Sehun yang baru selesai mandi tadi masuk ke dalam biliknya dengan tuala yang masih di pinggang. Tubuhnya hanya disarungkan T shirt tidak berlengan sahaja. Cukup sekali menjadikan Sehun betul-betul kacak plus seksi di mata Jin Hye. Hakhak!!!

"Buat apa? Tak keluar bilik dari tadi..." tegurnya lalu tanpa menanti lama, katil Jin Hye menjadi sasaran punggung untuk dilabuhkan. Rambutnya yang masih lembab dikuakkan ke belakang. Dia mendekati Jin Hye daripada belakang. Dagu tanpa segan diletakkan di atas bahu Jin Hye dan mata fokus pada skrin iPad isterinya itu.

Jin Hye cuba untuk menahan geli nafas Sehun menampar batang lehernya kerana dia betul-betul sensitif di bahagian itu. 

"Jawatan kosong?" 

Jin Hye tersedar. Lantas segera dia mengangguk. Kedengaran Sehun mengeluh perlahan. Jin Hye mengerutkan dahinya.

"Kenapa?"

"Awak nak kerjalah ni?"

"Haah. Kenapa?"

Sehun memuncung. Jin Hye tergelak kecil melihat kecomelan si suami yang sengaja minta pancung kepala itu. Dalam banyak-banyak benda pada personaliti Sehun, yang paling buat dia hendak bunuh Sehun dengan pedang samurai adalah wajahnya ketika dalam keadaan senyum. Senang cakap, selain daripada poker dia tu. Itu yang buat dia betul-betul melting.

"Kalau tak payah kerja tak boleh? Duduk rumah, masak, tengok TV, tunggu saya balik. Tak payahlah nak kerja-kerja segala." Kata Sehun. Ada bunyi menghalang di situ. Tanda tidak mengizinkan Jin Hye bekerja.

"Hmm... tapi saya bosan dekat rum..."

"Bosan? Habis dah kita berdua je kat dalam rumah ni. Tak ada orang lain. Lainlah kalau ada anak ke apa kan?" Kata Sehun lagi dan dengan manjanya tangan itu melingkar manja di pinggang ramping Jin Hye manakala wajahnya disembamkan ke leher gadis itu. Entah kenapa... tiba-tiba sahaja nafsunya bergelocak lain macam.

Jin Hye seakan terkena renjatan elektrik sebanyak 30000 Voltan. Dahlah tak boleh nak tafsir ayat terakhir Sehun, dengan tangan nakal ini lagi. Oh my... 

"Sehun... saya sensitif dekat leher..." Jin Hye cuba untuk menolak kepala Sehun menjauhi lehernya tetapi gagal. Jantungnya berdegup dengan pantas sekali. Seperti Husin Bolt berlari 4 kali 1000 meter. 

"Sensitif dekat leher? Let's I test you..." Sehun berkata-kata di batang leher Jin Hye. Jin Hye tidak mampu menahan geli nafas kasar Sehun menampar lehernya sehingga dia terbaring di atas dada Sehun. Matanya terpejam menahan geli tersebut. Namun... dia sedar kelakuan Sehun lain macam. Dia dapat merasakan yang Sehun mula mengucup kasar lehernya dan cuba untuk mendekatkan tubuh ke arahnya. 

"Sehun... stop it." Jin Hye menolak dada Sehun dan berjaya akhirnya. Sehun terpaksa meskipun dia tahu.... dia terlebih pula. Dia tidak dapat mengawal gelocak nafsu kerana baginya, Jin Hye nampak menggoda pada malam ini.

  Jin Hye meraup wajah berkali-kali. Malu pun ada sebenarnya. Tidak pernah dia menghadapi situasi tersebut.  Rasa hendak terkeluar jantung dari badan.

"Sorry..." Sehun mengucapkan kata maaf apabila terpandang leher Jin Hye ketika gadis itu menyanggulkan rambut yang tadinya terurai teruk.

"Hah?"

Sehun mengarahkan jari telunjuk ke lehernya sendiri. Jin Hye memegang batang lehernya.

"Kenapa?"

Sehun senyum kecil. Dia menarik tangan Jin Hye supaya mendekatinya yang sedang berbaring itu lalu membisik perlahan.

"Ada love bite."

Serta-merta mata Jin Hye membulat besar. Wha... what?! Lo... love bite?! Jin Hye menegakkan tubuhnya. Dia memandang wajah Sehun yang sedang tersenyum nakal itu dengan perasaan ingin mencantas rambut itu sehingga botak licin.

PAKKK!!!

"Aduhh!"

"Nanti tak hilang macam mana?!!" Jin Hye menjerit geram setelah menampar bahu itu dengan kuat. Mengaduh Sehun dibuatnya sehingga merengkut kesakitan. Macam nak gila dia dibuatnya ditampar Jin Hye di bahu. Adududuhhh!!!

"Biarlah dia tak hilang. Saya nak buat penuh kat kawasan tu."

"Yahh!!! Gatal!"

"Dengan isteri saya je." Sehun masih mampu bergurau walaupun telah menerima satu lagi tamparan di tempat yang sama tadi.

"Gatal! Gatal! Gatal! Keluarlah sana!!! Oh Sehun!" Jin Hye tertekan. Dia menekup leher kanannya yang terdapat kesan lebam akibat kerja Sehun tadi. Dia tidak tahu pula yang Sehun berani mengambil tindakan seberani itu.

"Yah..." Sehun menarik Jin Hye supaya berbaring di sebelahnya. Jin Hye yang tidak bersedia dengan keadaan tersebut terbaring di atas lengan Sehun tetapi kedudukannya lebih tinggi daripada lelaki itu.

"Awak nak apa?!" Jin Hye cuba untuk menjauhi namun Sehun lebih cekap. Dipeluk erat tubuh kecil itu ke dalam pelukannya menyebabkan Jin Hye tidak mampu bergerak. Kakinya dikunci dengan kaki lelaki itu sehingga dia seperti lumpuh separuh badan.

"Saya nak awak. You look so... hot tonight..." Sehun ketawa kecil di hujung ayat. Dia sengaja menyakat Jin Hye. Suka melihat wajah si isteri memerah menahan malu dan geli. 

"Awak ni dah kenapa?!" Jin Hye sanggup menangis di situ. Sumpah, dia seperti hendak karate sahaja manusia di hadapannya ini. Sehun mendekatkan wajahnya di leher Jin Hye lagi. Disebabkan tangan Jin Hye sudah terkunci, mudah sahaja Sehun menekupkan wajahnya di situ. Jin Hye memejamkan matanya rapat dan membiarkan kelakuan Sehun. Entah kenapa, dia seperti termakan dengan permainan suaminya sendiri. 

Jin Hye merasakan yang kelakuan Sehun semakin lama semakin kasar. Nafasnya juga bergelocak kasar dan berat. Bibir itu naik ke wajahnya pula. Matanya terbuntang luas apabila bibir basah Sehun mendarat di bibirnya yang terlindung dengan pelembap bibir.

"Orange? Or... strawberi? I think..." Sehun kembali mengucup bibir Jin Hye selepas mengucapkan ayat yang membuatkan Jin Hye seperti hendak menangis. Kenapa dengan Sehun malam ini?! Kenapa perlakuannya seperti minta pelempang berdozen-dozen?!

"Sehun... I can't breath..." kucupan terlepas tetapi kembali turun ke leher. Jin Hye tidak boleh duduk diam apabila dia dapat merasakan telapak tangan Sehun masuk ke dalam bajunya dan mengusap pinggangnya perlahan. Sebelum terjadi apa-apa berlaku, lebih baik dia bertindak dahulu.

"Sehun... I need toilet. Please... let me go." Jin Hye terpaksa menolak tubuh Sehun dengan kasar sehingga wajahnya terlepas dari lehernya. Jin Hye kini kembali bernafas dengan teratur. Dia membetulkan bajunya yang tersingkap menampakkan perutnya yang terdedah itu. 

"Nanti datang sini balik." Pesan Sehun yang dalam masa yang sama, kecewa juga kerana Jin Hye perlu ke tandas. Dia tidak mahu terburu-buru dan memaksa.

"Buat apa?"

"Sambung 'kerja' tadi..." jawab Sehun selamba. Jin Hye yang mendengar kata-kata itu geram lalu mengambil bantal dan baling tepat kena di wajah kacak Sehun. Lalu, tanpa memikirkan apa yang akan terjadi nanti, Jin Hye berlari pantas keluar dari bilik. Sehun tersentak.

"Yahh!!! Jin Hye! Jangan lari!!!" Sehun bangkit dari perbaringan lantas mengejar isterinya yang melarikan diri itu. Jika hati sudah diulit rasa bahagia, nasi hangus pun ditelan sedap. Tetapi... mampukah kebahagian ini akan kekal? Ataupun mungkin... ada lebah yang akan datang menghisap manisnya madu hubungan ini?


Bersambung...

Hohoho... mian kepada pembaca kanak-kanak comel. Ada scene 18+ sikit pula. Tapi tak apa, anda boleh skip sebab sy menaip dalam keadaan... amatlah geli-geleman tahap gaban. Uishh.. macm mne tu. Hahahah.. so.. enjoy kay? See you guys soon... 




Continue Reading

You'll Also Like

830K 44.6K 63
"Aku Tak Akan Lepaskan Kau. Kau Pergilah Lari Ke Mana Yang Kau Nak..." -Kai- "Aku Bukan Anak Patung, Yang Boleh Memuaskan Nafsu Serakah Kau Setiap Ma...
3K 216 14
{ 2nd Fanfiction } 3 tahun menunggu cahaya mata , akhirnya Chorong mengalah. Dia tidak mahu lagi lelaki itu mengharap padanya. Pn Kim , eomma pada Ju...
1.7K 144 13
{ 1st Fanfiction } Kerana satu ikatan , mereka dipertemukan dalam perjumpaan yang tidak tersangka. Si lelaki yang masih dengan dendamnya dan si gadis...
271K 20.3K 70
Terlepas dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Baru saja dia lepaskan diri dari perogol, dia dicengkam oleh mafia bertaraf international. Kemuncu...