Hyeri menyandarkan tubuh di kerusi sementara menunggu jurumekap menyentuh wajahnya. Sebagai seorang model, dia harus bersedia dengan apa pun keadaan. Kadang-kala permintaan orang luar memperagakan pakaian agak merimaskan dan cerewet. Tetapi dia harus sabar. Sementara menunggu itu, dia terfikirkan Sehun.
"Dia dah kahwin..." Hyeri menggigit jari sendiri. Sudah menjadi tabiat, setiap kali dia dalam keresahan, ibu jari menjadi mangsa gigitannya.
"Tapi kenapa wife dia nampak naif? Langsung... langsung tak sesuai. Sepatutnya aku yang ada di tempat dia." Hyeri mula hilang kawalan. Hatinya mula bertukar kepada devil. Jika sebelum ini, hatinya angel, tetapi sekarang sudah bertukar. Bertahun dia cuba untuk melupakan lelaki itu, tetapi gagal. Lagi-lagi ketika Sehun tersalah mendail nombor dulu. Lagilah dia nekad untuk menjejak lelaki itu. Hatinya dari dulu tidak pernah berubah. Dia masih cinta. Masih sayang.
"Saya cintakan awak, Oh Sehun..."
"Hah?!"
Hyeri tersentak apabila rakannya, Soora menepuk bahunya daripada belakang. Hyeri mengurut dada perlahan.
"Kau sebut nama siapa tadi? Sehun?" Soora melabuhkan punggungnya di kerusi sebelah lagi. Jurusolek Soora sedang berbual dengan pengurusnya. Dia juga sedang menanti wajahnya disolek.
"Hah? Mana... mana ada." Bukan Hyeri tidak mahu jujur, tetapi dia tidak mahu Soora membebel banyak kali kerana asyik mengingatkan Sehun sahaja.
"Elehh... nak menipu aku konon. Aku dengarlah. Belum pekak lagi. Oh Sehun! Kau masih harapkan dia ke, Hyeri?" Duga Soora dengan suara yang agak lantang menyebabkan pengurusnya dan Hyeri serta jurumekap mereka berdua memandang Soora. Hyeri menepuk bahu Soora kuat, sehingga mengaduh gadis itu dibuatnya.
"Sakitlah!"
"Kau tu yang cakap kuat-kuat kenapa?! Dah tahu manager tak suka kita diulit kontroversi, yang pergi cakap kuat-kuat kenapa?" Marah Hyeri geram.
"Ha tahu pun. Yang kau pergi ingatkan si Sehun tu kenapa? Hyeri, dalam kontrak dulu, dah tertulis yang kita tak boleh kahwin selagi... tarikh kontrak tak habis. So, kalau tak boleh kahwin, maknanya manager tak nak kita ada couple. Sebab apa? Nanti nama syarikat pemodelan ni, tercemar. Wei, tolonglah, aku tahu ini memang berat untuk kau tapi tolonglah... lupakan Sehun untuk kerjaya kita. Mungkin Sehun dah ada pengganti kau. Siapa tahukan?" Kata Soora tetapi kali ini suaranya perlahan sedikit. Hyeri tersentak. Ayat kedua terakhir Soora menyentapkan hatinya. Memang benar... Sehun sudah ada penggantinya.
"Betul dah. Sehun dah ada pengganti." Kata Hyeri lalu menunduk. Soora menoleh ke kanan memandang Hyeri.
"Ha tengok? Masin mulut aku. Dia dah ada pengganti kau. Dulu, waktu sekolah tu, aku dah cakap kat kau, jangan berharap sangat kat dia. Kau tak nak dengar. Manalah tahu, Sehun tu dah ada orang lain ke. Dia terpaksa couple dengan kau sebab kesian je. Dia tak sukakan kau pun. Tengok mata pun aku dah tahu dah."
"Kau nak sakitkan hati aku ke, atau kau nak sebelahkan Sehun dari aku?" Hyeri benar-benar terasa dengan kata-kata Soora yang agak pedas itu. Hyeri menegakkan tubuh melihat Soora yang selamba sahaja itu.
"Dah memang betulkan? Dulu, waktu sekolah, seboleh-boleh kau suruh Minhyuk dekatkan kau dengan Sehun sedangkan Minhyuk yang sukakan kau, kau tak pandang pula. Bila Minhyuk dan berjaya buat kau dengan Sehun couple dan hot satu sekolah, kau lupakan dia pula. And yang buat aku tak boleh terima bila Sehun hilangkan diri dengan kawan-kawan dia, kau cari Minhyuk pula untuk dengar luahan kau. Selama ni kau ke mana? Kau lupakan diakan masa kau tengah hangat bercinta dengan Sehun. Hyeri, cuba kau fikir balik, kau ni kejam ke tidak kat dia?"
Hyeri terdiam akhirnya. Ya, betul. Semua apa yang Soora katakan benar segala. Sewaktu sekolah, egonya tinggi. Dia akan buat apa sahaja untuk dapatkan Sehun dan menjadikan lelaki itu teman lelaki istimewanya. Tetapi... dia menggunakan cara yang salah. Dia sanggup mempergunakan lelaki lain, yakni lelaki yang sudah lama menaruh harapan dengannya untuk merapatkan hubungannya dengan Sehun. Apabila lelaki yang bernama Minhyuk itu berjaya sesuai dengan permintaannya, dia lupakan jasa lelaki itu serta-merta dan berbahagia dengan Sehun. Apabila Sehun dan rakan-rakannya yang lain menghilangkan diri, Hyeri pula terhegeh-hegeh kembali pada Minhyuk. Permainannya jelas menunjukkan bahawa dia seorang yang pentingkan diri.
"Err... miss, let's I touch up your face." Jurumekap Hyeri memecahkan lamunan. Hyeri tersentak dan memandang jurumekap itu melalui cermin besar yang ada di hadapannya kini sebelum matanya terarah kepada Soora.
"O... okey." Hyeri membetulkan duduknya, bersedia untuk didandan.
"Ingat Hyeri... Sehun bukan untuk kau."
****
Sehun memandang Chanyeol, Kai dan Baekhyun yang berada di hadapan matanya ini silih-berganti. Dengan kaki disilang, tangan memeluk tubuh, cukup menunjukkan bahawa Sehun kelihatan kacak pada tengahari ini.
"Jadi... kau dengan Jin Hye ke majlis Jade? Kira dah settle lah ni?" Soal Chanyeol meminta kepastian buat kali yang ke... kelima sebenarnya.
Sehun mengangguk dengan penuh sabar. Rasa macam nak cungkil je biji mata Chanyeol, Kai dan Baekhyun itu kerana lagi tadi asyik memandangnya dengan pandangan kurang yakin.
"Kau dah tak nak, simpan lagi rahsia perkahwinan ekspres kau ni?" Kai pula menyoal dan seperti tadi, Sehun mengangguk juga, malas-malas.
"Dan kau... akan buat pengumuman rasmi, yang kau dah berkahwin dengan Seo Jin Hye? Macam tu?" Baekhyun menanya dengan soalan yang berlainan tetapi sudah diulang banyak kali. Sehun menarik nafas dan mengangguk.
"Kau tak menyesal?!!" Chanyeol, Kai dan Baekhyun menanya serentak dan cukup membuatkan Sehun tertekan tahap beruk makan belacan.
"Ya!!! Aku akan buat semua tu. Berapa kali nak ulang?! Berapa kali nak jawab?! Berapa kali nak..."
"Sampai aku yakin yang kau sebenarnya dah jatuh cinta dengan Jin Hye..." potong Chanyeol, Kai dan Baekhyun serentak menyebabkan Sehun betul-betul dalam keadaan bengang. Dia memegang dahi. Susah kalau ada kawan macam ni. Boleh biul kepala otak dibuatnya.
"Jadi betullah kau dah jatuh sayang dekat Jin Hye?" Tanya Kai seraya melonggarkan tali lehernya. Rimas.
"Perlu ke ulang soalan yang sama?" Sehun malas hendak menjawab. Bukan apa, seganlah! Asyik tanya sahaja. Sudahlah mereka di restoran. Buat malu je kalau orang dengar perbualan mereka ini.
"Bukan ulang, nak kepastian je pun. Buatnya kau ni terkena sampuk ke apa kan?" Kai ketawa bersama dua rakan yang lain. Mereka bab membahan Sehun, memang jadi.
"Baguslah kalau kau dah sedar, Sehun. Sampai bila lagi kau nak diamkan perkahwinan ni. Aku rasa... baik kau pergi honeymoon. Yelah, kau kan asyik kerja, kerja, kerja. Sesekali kau luangkan masa dengan Jin Hye. Dapatlah tenangkan fikiran kau sikitkan. Sambil-sambil tu, manalah tahu aku, Kai dengan Yeol dapat anak buah pula..." Baekhyun menyenggol bahu Kai menyebabkan Kai ketawa. Chanyeol yang sedang menyedut minuman pun ikut tersenyum juga. Sehun? Naik merah muka kena sakat dengan tiga kawannya ini.
"Tengoklah macam mana nanti. Aku sekarang tengah fikir pasal baju. Itu hari aku ajak dia pergi Lotte, cari baju untuk majlis Jade, dia tak pilih. Sebab..." Sehun menarik nafas panjang.
"Sebab?" Chanyeol menanti kata-kata yang seterusnya.
"Kitorang terjumpa Hyeri sebelum ke butik. Mood aku keluat, mood dia ke sungai. Ni tengah kelam-kabut cari sesuai dengan tema majlis Jade tu nanti." Kata Sehun sekali gus membuka pula topik Hyeri menyebabkan tiga rakan baiknya itu terdiam sejenak. Cuba memproses dengan lebih jauh setiap ungkapan yang Sehun keluarkan.
"Wait... who's? Hyeri? Macam pernah deng..."
"Kai! Hyerilah! Yeol... aku ingat. Dia dulu yang tergilakan kau tu kan? Minhyuk sukakan dia, tapi dia lari ke kau. Betul tak?" Sergah Baekhyun menyebabkan mulut Kai dan Chanyeol berbentuk 'O'. Mula faham dah.
"Ya. Dialah."
"Dia nak apa? Maksud aku, masa kau dengan Jin Hye kat Lotte."
"Dia panggil nama akulah. Aku mula-mula tak dapat nak cam tapi bila dia kenalkan dia tu Hyeri, baru aku ingat." Kata Sehun ringkas. Langsung tidak berminat hendak memanjangkan perkenalan singkat Hyeri kepada Kai, Chanyeol dan Baekhyun yang sudah pun kenal siapa gadis itu sebenarnya.
"Ohh... sebab tu kau dengan Jin Hye terbantut segala-galanya?" Teka Chanyeol dan dijawab dengan anggukan Sehun. Sehun mengeluh pendek. Bila mengingatkan Hyeri, dia menyampah pula. Ketika sekolah menengah dahulu, sewaktu dia dan rakan-rakannya yang lain dipindahkan ke sekolah lain, dia betul-betul lega. Tidak sangka pula, boleh terserempak setelah umur meningkat naik.
"Kau patut hati-hati, Sehun. Dia tu sanggup buat apa je untuk nak dapatkan kau. Masa sekolah dulu, dia gunakan Minhyuk untuk dekat dengan kau. Tak mustahil, dia boleh guna cara yang lain, tapi lebih kejam dari dulu untuk dapatkan kau semula. Dari cara kau cakap kat kitorang pun, aku yakin yang dia cuba untuk nakkan kau semula." Kata Baekhyun panjang lebar. Sehun terdiam. Dia memandang Baekhyun yang seperti mempunyai kuasa luar biasa ini yakni boleh membaca fikirannya pula. Memang itu pun yang dia fikirkan. Hyeri sanggup buat apa sahaja untuk bahagia. Lebih-lebih lagi dia sudah beristeri.
"Ya. Jin Hye. Kau kena cerita semua benda ni pada dia biar tak ada salah faham. Kalau tak, aku takut nanti hubungan kau dengan Jin Hye pula yang goyah." Tambah Kai dan dianggukkan Baekhyun dan Chanyeol. Sehun masih diam. Dia menunduk memandang kaki. Adakah telahan tiga rakannya itu benar sama sekali?
"Aku... aku tak nak hubungan aku dengan Jin Hye rosak sebab dia..."
"And move onlah... jangan diamkan diri. Kau cuba rebut kepercayaan Jin Hye. Jangan sampai Hyeri 'sentuh' Jin Hye. Aku tahu, Hyeri takkan duduk diam. Dia akan cuba selagi dia tak give up." Kata Chanyeol pula menyebabkan Sehun semakin gerun. Terasa mahu mengikat Jin Hye di rumah sahaja. Dia betul-betul bimbang jika Hyeri menganggu isterinya itu.
"Tak apa... kau perlahan-lahan. Jangan terburu-buru. Terangkan pada Jin Hye elok-elok yang Hyeri dulu bekas kau dan sekarang kau dengan dia dah tak ada apa-apa. Yakinkan dia, Sehun." Kai memberi semangat kepada si kawan yang betul-betul perlukan semangat yang berkobar. Beginilah. Begini... dah macam drama Melayu. Bila tengah bahagia, mulalah ada konflik yang hadir. Bukan setakat drama, di dalam novel-novel dan fanfiction juga sama.
"Aku dah rasa macam kat dalam drama..." Sehun ketawa. Chanyeol, Kai dan Baekhyun juga tergelak sama.
"Ini bukan setakat drama, filem dua jam dah!" Mereka ketawa lagi.
"By the way... alang-alang kau tak beli baju lagi untuk majlis Jade, apa kata kalau kita pergi sama-sama?" Cadang Chanyeol setelah agak lama mereka berbual kosong. Sehun menegakkan tubuh. Begitu juga dua yang lain.
"Maksud?"
"Esok pagikan cuti. Kita ke butik sama-sama. Aku akan bawa partner aku. Baekhyun, Kai? How?" Cadang Chanyeol dengan penuh bersemangat.
"Okey je." Jawab mereka serentak, termasuk Sehun sekali.
"Kalau macam tu, esok pagi kita jumpa kat sinilah. Deal?"
"De..."
"Wait guys... can I join together?"
Mereka menoleh ke arah suara tersebut sebelum mata masing-masing membulat.
"Hye... Hyeri?"
Hyeri hanya senyum sahaja.
W H A T S A P P G R O U P
KimKai88: Aku tak sangka yang Hyeri tu cousin jauh Jade.
YeollieChan61: Itu aku tak kisah, yang aku kisah sekarang, kenapa dia nak ikut kita pula pergi cari baju ke sana? Tak sukalah wei! Semak!
SehunOh07: Kau rimas, aku lagilah panas. Tolonglah wei... dia nak datang majlis Jade tu, datanglah, tapi please, aku tak nak dia join kita ke butik esok. Kau Whatsapp dia Kai. Baekhyunn!!!
BaekhyunnieBaek: Ada ni ha... malaslah. Sehun, inilah masanya kau tunjukkan kemanisan kau dengan Jin Hye. Baru dia tahu langit dengan bumi tu jauhnya macam mana...
SehunOh07: -.-
YeollieChan61: Betul apa yang Baek cakapkan tu. Biarlah dia pergi. Kau bolehlah buat 'tayangan perdana' kat dia yang kau dengan Hyeri memang suka sama suka. Biar dia bengang!
KimKai88: Setuju!
SehunOh07: Kau bertiga ada je nak menghasut aku benda jahatkan?
KimKai88: Hei, pakcik! Berterima kasihlah sikit dengan kawan kau yang kacak ni sebab bagi cadangan bernas tu...
BaekhyunnieBaek: Entah tu. Swing kang xD
YeollieChan61: Sudahlah tu. Aku nak off sekejap. Nak makan lapar.
SehunOh07: Kau satu rumahkan dengan pakcik dua orang tu -.-
BaekhyunnieBaek: Kau macam tak tahu, Hun... Yeol kan mengada~~
YeollieChan61: Peaceee!!!
"Sehunnie!!!" Jin Hye menyergah Sehun dengan panggilan manja itu menyebabkan Sehun terkejut tetapi dalam masa yang sama dia tersenyum. Jin Hye melabuhkan punggungnya di atas katil Sehun. Dia sebenarnya hendak mengajak Sehun makan. Tu yang masuk ke dalam bilik ini.
"Yaa..."
"Jom... makan." Jin Hye memaut lengan suaminya itu.
"Kejap. Saya nak terangkan sesuatu ni. Pasal Hyeri."
Dahi Jin Hye berkerut. "Pasal Hyeri? Kenapa?"
Sehun memandang Hyeri dengan wajah yang tenang.
Bersambung...
Hohoho... hari ni rajin pulakkk.... sebab idea makin lama makin mengalir. Huhuhu... so enjoy kay? Hakhakk