Suasana di padang lapang Gallowglass kelihatan meriah. Lycans, Vlademir dan Merlin duduk di meja juri sambil memerhati peserta pertarungan peringkat akhir. Gadis-gadis bunian memberi sorakan pada jejaka idaman.
Aku menarik nafas panjang dan menghembusnya perlahan-lahan. Suasana begini buatkan aku terasa gemuruh. Sekilas pandang, aku ternampak ayah sedang memerhati aku bersama ibu.
'AERYZ! YOU CAN DO IT!! MAKE ME PROUD!' Ibu memekik lantang. Aku tersengih mendengar laungan semangat yang dia lontarkan.
Gadis bertelinga arnab berjalan ke tengah padang lapang. Dia menoleh ke arah kiri dan kanan...
'Next contestant... AERYZ AIDEN versus NOAH LEONIDAS...' Si gadis memekik kuat. Aku mengorak langkah ke depan. Noah juga berjalan ke depan sambil tersenyum...
Pedang atuk aku genggam erat. Aku dan Noah berbalas pandangan...
'Aeryz.. Good luck...' Noah berkata selamba. Aku tersengih...
'I'm.gonna beat you into pulp, Noah...'
'What? Kau masih berdendam sebab aku berkawan dengan Euryca...?' Dia menyoal sinis. Aku menggosok batang hidung...
'Heh, tak kisahlah pasal tu..' Aku membalas. Noah tersenyum...
'Pertarungan ni cuma ada satu rule! Jika salah seorang dari kamu tercampak keluar dari padang lapang, kamu dikira kalah! Juri yang akan mengadili pertarungan kali ni...Si lagenda, Lycanstrophes, The great One, Merlin and The King of Arastosa, Vlademir Scovish!' Si gadis arnab membuka kata aluan. Aku dan Noah memeluk tubuh mendengar kata-katanya...
'Aeryz Aiden...! Are you ready...?' Gadis arnab menyoal seraya menoleh ke arah aku. Aku bersedia lalu mengangguk perlahan...
'Noah Leonidas...! Are you ready...?' Gadis arnab menyoal Noah pula. Noah mengangguk dan bersedia untuk bertempur...
Gadis arnab berjalan ke sisi. Memberi ruang luas untuk kami bertarung. Aku dan Noah memerhati tajam di antara satu sama lain...
Relaks, Aeryz...Relaks...
You can win this...
'FIGHT!!'
Noah terus meluru ke arah aku sebaik sahaja perlawanan bermula! Aku tersentak dengan langkah pertama dia!
ZUPPPPP!!
ZAAPPPPPP!!
PAKKKK!!!
Aku menepis tetakan Noah dengan pedang! Dia terus berasak tanpa memberi peluang! Aku bingkas tunduk ke bawah seraya berlari ke sisi apabila bilah pedangnya dilibas ke atas!
BAKKKK!!
BOKKK!!
Dua tumbukan aku mengenai pinggang dan dada Noah! Dia pantas menyusun langkah untuk menstabilkan diri! Pedang dipacakkan ke tanah!
'You're good, Aeryz!!'
'Yeah!' Aku membalas kata-katanya seraya memecut ke arah dia sepantas kilat! Noah menarik pedangnya dari tanah dan menahan tetakan padu aku!
SKREEETCHHH!!
Noah terseret ke belakang! Aku menyerang tanpa memberi peluang untuk dia membalas! Aku akan buat ayah bangga!
PANGGG!!
PONGGG!!
TANGGG!!
Kami berbalas tetakan! Orang ramai memerhati teruja pertarungan kami! Lycans memeluk tubuh menyaksikan pertempuran aku dan Noah...!
'HIARGGGG!!' Aku memekik seraya memusingkan badan! Noah mengelak tendangan aku!
BAKKKKK!!
Tapak kakinya melekap ke dada! Aku terhumban ke belakang! Aku membuat pusingan lipat dan kembali menstabilkan diri!
Fuh...Nyaris-nyaris aku tercampak keluar dari gelanggang...
Noah menghunus pedang ke arah aku yang termengah-mengah! Senyuman sinis terukir di bibir...
'Aeryz... Lets make a deal...'
'What...!?'
'Jika aku menang, izinkan aku cium Euryca...'
Aku tersentak mendengar kata-katanya! Pandangan aku beralih pada Euryca yang berada di sebelah kanan. Dia menggigit jari melihat pertarungan aku...
He wanna kiss my sis..!?
Like fuck he would!
'JANGAN SENTUH ADIK AKU!!' Aku menengking kuat seraya menyerbu ke arah Noah! Dia tersengih sinis!!
PANGGGG!!
PONGGG!!
TANGGGG!!
Bilah pedang menghasilkan percikan api setiap kali ia bertembung! Aku dan Noah berbalas serangan! Fuck! Aku tak boleh kalah!
ZUPPPPP!!
Aku tersentak apabila Noah menghilangkan diri tetiba! Damn it! He use magic!?
BAKKK!!
BOKKKK!!
PRAKKK!!
Tumbukan bertubi-tubi menghentam perut aku! Aku mengetap gigi menahan sakit! Aku terseret ke belakang! FUCK! HE'S FAST AS SHIT!
BOKKKKKK!!
Tumbukan kuat Noah membuatkan aku hilang keseimbangan diri dan tercampak ke belakang! Dengan pantas aku memusingkan badan dan memacakkan pedang ke tanah!
'WIND FORCE!!'
Noah menghala tapak tangannya ke arah aku. Aku tidak dapat berbuat apa-apa...
I know...
I defeated...
Orang ramai terpegun melihat aku terhumban keluar dari gelanggang. Suasana sepi seketika. Lycans terus bangun dari kerusi dan memerhati aku...
Noah menyisip pedangnya ke pinggang dan memerhati aku. Ayah menekup dahi melihat aku tewas...
'THE WINNER IS NOAH LEONIDAS...!!' Gadis arnab mengistiharkan pemenang kepada penonton. Noah tersenyum bangga...
Damn it...
Aku tertunduk malu....
The sons of Aiden...The Grandson of Lycans...
Tewas...
****
'Awak hebat...Saya bangga, Aeryz...'
'Hebat? I got beaten like a pussy!'
'Aeryz... You're strong wolf...Just like your father...' Arria berkata lembut sambil membersihkan luka di pipi aku. Aku hanya mendiamkan diri...
'Aeryz...'
Aku bingkas mendongak ke depan. Ayah datang bersama atuk. Mereka tersenyum kepadaku. Aku tertunduk segan...
Hurmm... Aku tak sekuat mereka... Aiden dan Lycans... Kedua-duanya lagenda.. Tumpaskan Deathwing... They are hero...Not like me... A fucking loser...
'Hebat perlawanan tadi...' Ayah berkata seraya duduk di sebelah aku. Arria tersenyum mendengar kata-katanya.
'Hebat...? Noah menang, ayah...Aeryz tak sehebat ayah...Tak sehebat atuk...' Aku membalas lemah. Ayah mengusap lembut rambut aku...
'Kemenangan bukan segalanya, Aeryz.. Kalah itu mengajar kita supaya jadi lebih kuat...' Atuk berkata tenang. Aku menongkat dagu...
'Hurmmm..I wanna win...'
'Aeryz...'
'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata aku...
'Hurmmm...Aiden, Arria... Tolong keluar dari sini... Aku nak bersembang berdua dengan Aeryz...' Lycans berkata perlahan. Aiden dan Arria mengangguk kemudian keluar dari pondok kayu...
Lycans duduk di sebelah aku. Aku tidak mengendahkan dia...
'Kenapa ni..? Aeryz malu...?' Lycans menyoal seraya mengusap belakang aku. Aku mengangguk...
'Hurmm... Aeryz nak jadi lagenda...?'
'Ya... I know...Its imposibble...Aeryz tak sekuat atuk...' Aku membalas perlahan. Lycans tersenyum...
'Atuk juga lemah dulu... Its not easy to be a legend...'
'Apa maksud atuk...?'
'You wanna know my story...? How i become a legendary hunter...?' Dia berkata seraya mengukir senyuman sekali lagi.
'Yes... Tell me, Lycans...'