Sudah 3 sejak kejadian malam itu berlaku, Wei sentiasa mengelak daripada Yumi. Setiap kali Yumi masuk ke dalam kelas pastu Wei lari ikut pintu belakang, setiap kali terserempak di mana-mana tempat, pasti Wei menggunakan jalan lain. Wei totally mengelak dari Yumi. Yumi pula tak putus asa, cuba bercakap dengan Wei namun tidak pernah berjaya.
Hari ini, Yumi comel mengenakan pakaian serba biru, reben kecil di kepala dibetulkan di hadapan cermin di dalam tandas. Setelah yakin dengan penampilannya, Yumi keluar dari tandas.
"Cikgu Han!"
Tersentak Yumi di muka pintu tandas. "Wei" kata Yumi memandang Wei yang tiba-tiba datang menegurnya.
"kita perlu bercakap"
♡
"Cikgu Han, apa perasan cikgu pada Jungkook?" Soal Wei. Dirinya berdiri membelakangi Yumi.
Diam.
Wei mengeluh, Yumi tak pernah beri jawapan yang meyakinkan setiap kali ditanya soal perasaanya. Wei semakin meragui kasih sayang Yumi terhadapnya. Kesimpulan yang dia dapat buat sekarang ialah Yumi tidak cintakannya sepenuh hati.
"Cikgu Han perlu ke kita tamatkan hubungan kita?" Soal Wei sambil menoleh memandang Yumi. Merah matanya menahan sebak. Yumi yang dari tadi tunduk terus mengangkat kepalanya. Terkejut dengan soalan Wei namun dia sudah mengagak ini yang akan dikemukakan Wei.
"Saya tak main-main, saya sukakan cikgu. Tak mudah saya nak buka hati saya untuk seorang perempuan sebab Omma saya pun takde dalam hati saya, yang ada hanya cikgu sorang. Tapi nampaknya cikgu tak hargai saya mcm saya hargai cikgu" Tegas suara Wei. Yumi menggigit bibir menahan sebak.
"Wei saya sukakan awak tapi... susah saya nak pupuk perasaan cinta sebab awak anak murid saya dan-"
"Boleh tak berhenti cakap pasal hubungan anak murid dan cikgu?" Kata-kata Yumi dipotong Wei. Yumi terdiam.
"Saya pergi dulu" Tanpa sempat Yumi berkata apa apa Wei terus beredar meninggal Yumi di padang sekolah.
Setitis demi setitis air mata jatuh ke pipi Yumi.
"Maafkan saya Lee Wei"
♡
Jung Yein keluar dari bilik guru, setelah pergi berbual dengan adiknya, Jungkook dan Jiae. Dia perlu ke pejabat pengetua untuk mengambil dompetnya yang hilang pada minggu lepas.
Dalam perjalanan dia ke bilik pengetua, dia ternampak Yumi. Adik iparnya sedang bercakap dengan seorang pelajar.
"Apa diaorang bincangkan?" Kaki Yein perlahan-lahan menuruni tangga dan ke kawasan padang.
"Boleh tak berhenti cakap pasal hubungan anak murid dan cikgu?" Pelajar lelaki itu separuh menengking Han Yumi. Jiae mengerutkan dahinya.
"Apa hubungan diaorang?" Yein bermonolog sendiri. Apabila pelajar lelaki tadi datang kearahnya dia cepat-cepat menyorok di dalam bilik stor.
Macam pernah dilihat pelajar lelaki itu sebelum ni. Apabila meyakini yang pelajar itu sudah jauh, Yein keluar dari stor tersebut. Yumi sedang menangis sambil terduduk di tepi padang. Dia tersenyum sinis.
"Caught red-handed Han Yumi"
♡
Pengetua Yoongi bersedia bersama telinga Kim Mingyu. Saat Yein masuk ke dalam bilik pengetua. Mingyu sedang mengerang kesakitan.
"Pengetua..lepaslah telinga saya nak tercabut dah ni" Mingyu mengadu minta dilepaskan. Setelah menjalani beberapa soal siasat barulah Mingyu mengaku yang memang dia yang mengambil dompet itu.
"Diam, tak padan dengan tak cerdik. Mencuri pulak" Semakin kuat telinga Mingyu ditarik apabila Yoongi tunduk ke bawah untuk mengambil dompet Yein yang berada di dalam lacinya.
Yein pula hanya memeluk tubuh memandang Mingyu atas bawah, "Rupa kacak macam orang cerdik tapi pencuri", Kata Yein sambil mengambil dompetnya dari tangan Yoongi.
"Bukan saya yang curi, Lee Wei yang curi, saya guna je duit dalam tu. Salahkan dia" Akhirnya Mingyu memberitahu perkara sebenar.
"Wei? Panggil dia sekarang!"
♡
Wei tidur di dalam kelas, Meja Mingyu kosong kerana dipanggil pengetua. Baru sahaja matanya ingin dilelapkan kedengaran pintu kelas diketuk. Ah lantaklah, malas dia nak ambil peduli siapa yang datang.
"Pengetua Teragung, Min Yoongi mengarahkan Lee Wei datang menghadapnya"
Suara Jeons Ainin, pengawas sekolah yang macam anjenk suruhan Yoongi bersuara. Wei hanya menggaru kepalanya rimas. Ni mesti si Mingyu ni dah mula nak salahkan aku. Wei mahu tak mahu terus berdiri dan keluar dari kelas mengekori Ainin yang berkaca mata ke bilik pengetua.
Pintu bilik Yoongi ditendang menggunakan kakinya, sambil dia berjalan masuk ke dalam.
"Ha kamu! Pesalah sebenar kes hilang dompet ya" Yoongi mula menghempas meja. Sememangnya menghempas meja adalah hobinya.
"Apa?" Soal Wei malas. Terdapat seorang perempuan yang berdiri di sebelah Mingyu. Mungkin pemilik dompet yang dia jumpa tempoh hari.
"Kamu yang curi dompet Puan Jeon kan?!" Sekali lagi meja dihempas.
"Tak, saya jumpa. Dia tercicir kat tengah jalan lepas tu saya ambillah. Ingatkan kaya sangat sampai dompet pun lalai tercicirkan" Sindir Wei sambil menjeling wanita itu.
"Jangan biadap ya Lee Wei!" Yoongi memberi amaran.
"Rotan!" Yoongi menjerit. Ainin pula terkedek kedek datang bersama rotan seperti anjing membawa tulang lalu diserahkan pada Yoongi.
"Tangan....pakkkk!!!"
Bergema bunyi rotan di dalam bilik pengetua. Semua pelajar yang lalu lalang turut gerun dengan apa yang mereka dengar. Seram.
♡
Wei duduk di atas kerusi di bawah pokok sambil menyapu tapak tangannya yang berbirat akibat penangan rotan Min Yoongi. Di dalam hatinya berjuta caci maki di hadiahkan pada Yoongi.
Tiba-tiba sebotol minyak gamat disuakan di mukanya. Wei mengangkat kepalanya.
"Huh?" Wei mengangkat keningnya tanda soal.
"Sapu dengan minyak ni, confirm cepat lega" Yein duduk di sisi Wei.
"Puan ni kenapa? Ada yang masih tak puas hati dengan saya?" Soal Wei sambil memandang perempuan dalam lingkungan 30-an itu atas bawah.
"Ani.. cuma nak tanya pasal hubungan kau dengan Han Yumi" Soal Jiae sambil tersenyum sinis. Niatnya untuk membuatkan Yumi dan Jungkook bercerai semakin menjadi kenyataan.
♡
Yumi membuka pintu rumahnya. Sebaik sahaja pintu dibuka terkejut dia kerana lampu rumah sudah dinyalakan.
"Siapa tu?" Soal Yumi sambil berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu. Beg galasnya diletakkan di atas sofa. Dia perlahan-lahan masuk ke dalam biliknya pula.
Susuk tubuh manusia yang hanya bertuala paras pinggang keluar dari bilik air.
"Arhhhhhh" Yumi menjerit sambil menutup matanya. "Cikgu Jeon kenapa masuk rumah saya ni!!" Yumi menyoal sambil berlari keluar ke ruang tamu. Malu sungguh!
"Rumah Wonwoo paip air pecah, aku datang sini nak mandi" Kata Jungkook sambil menggosok rambutnya yang basah. Yumi membuka sedikit matanya untuk memastikan Jungkook dah pakai baju namun salah. Jungkook turut keluar dari biliknya dengan kain tuala.
"Cikgu pergilah pakai baju" Suruh Yumi. Segan untuk tengok badan Jungkook.
Jungkook tersengih sebelum berjalan mendekati Yumi. Tangan Yumi yang menutup matanya dialihkan. Namun Yumi masih memejamkan matanya.
"Buka mata"
"Taknak! Cikgu pakai baju dulu lah!"
"Macamlah kau tak pernah tengok"
"Taknak jugak!"
Jungkook menggulingkan matanya sebelum dia tersenyum sinis setelah mendapat satu akal. Tangan Yumi yang masih dalam genggamannya diletakkan di dadanya membuatkan Yumi terus menjerit.
"Cikgu apa ni!" Yumi cuba mengalihkan tangannya daripada dada Jungkook yang masih basah kerana baru sudah mandi.
"Listen to my heartbeat song and I'm gonna play it" Jungkook berbisik penuh menggoda di telinga Han Yumi.
"Dapat rasa degupan jantung aku?"
Yumi menganggukkan kepalanya. Dia masih kaku tak mampu berkata apa-apa.
"Ianya sebab kau"
Wajah Yumi mula berona merah. Cepat-cepat tangannya dialihkan dari dada Jungkook.
"Okay.. saya tak faham... er saya bersihkan diri ddu..dulu" Sepantas kilat Yumi berlari masuk ke dalam biliknya+ pintu dikunci. Jungkook tersenyum melihat Yumi gelabah. Comel!
♡♥♡
#ohjeonsappreciationpost
Bangang apa tah anjenk tu suruh aku letak hashtag tu -..-
tah papew chapter ni HAHAHAHA KBYE
#AntiYein!!!!!
#YeinNoob!!!!