Crush

By NurulHuda015

1.3M 42.4K 1.6K

Crush. Satu demi satu fitnah muncul hanya kerana dia menyimpan rasa terhadap seseorang-seseorang yang membuat... More

P R O L O G
CRUSH 01•
CRUSH 02•
CRUSH 03•
CRUSH 04•
CRUSH 05•
CRUSH 06•
CRUSH 07•
CRUSH 08
CRUSH 09•
CRUSH 10•
CRUSH 11•
CRUSH 12•
CRUSH 13•
CRUSH 14•
CRUSH 15•
CRUSH 16•
CRUSH 17•
CRUSH 18•
CRUSH 19•
CRUSH 20•
CRUSH 21•
CRUSH 22•
CRUSH 23•
CRUSH 24•
CRUSH 25•
CRUSH 26•
CRUSH 27•
CRUSH 29•
CRUSH 30•
CRUSH 31•
CRUSH 32•
CRUSH 33•
CRUSH 34•
CRUSH 35•
CRUSH 36•
CRUSH 37•
CRUSH 38•
CRUSH 39•
CRUSH 40•
CRUSH 41•
CRUSH 42•
CRUSH 43•
CRUSH 44•
CRUSH 45•
CRUSH 46•
CRUSH 47•
CRUSH 48•
CRUSH 49•
CRUSH 50•
CRUSH 51•
CRUSH 52•
CRUSH 53•
CRUSH 54•
CRUSH 55•
CRUSH 56•
CRUSH 57•
CRUSH 58•
E P I L O G
KTH

CRUSH 28•

19.8K 651 24
By NurulHuda015

"Assalamualaikum."

Hazim melangkah masuk ke dalam rumah dengan wajah yang sedikit letih. Langkahnya perlahan menuju ke ruang tamu. Di sofa, Hasya duduk diam sambil memandang televisyen, namun Hazim tahu mata itu sekadar menatap kosong, tidak betul-betul menonton. Sejak enam tahun lepas, wajah itu jarang dihiasi senyuman, dan ketawanya seakan sudah hilang.

"Abang dah balik?" suara lembut Puan Hani menyapa.

Hazim mengangguk sambil melepaskan keluhan perlahan.

"Siapa hantar? Kereta abang mana?"

"Kereta abang rosak, Fakrul yang hantar abang tadi," jawab Hazim perlahan sambil menanggalkan jam tangannya.

Puan Hani mengangguk sebelum matanya beralih kepada Hasya. "Hasya, kek yang mama suruh simpan tadi ada tak?"

Hasya hanya mengangguk tanpa berkata apa-apa. Dia bingkas bangun menuju ke dapur.

Hazim yang memerhati mengeluh kecil. Dia faham, adiknya masih sukar membuka hati. Puan Hani juga menarik nafas panjang sebelum bersuara dengan nada perlahan, "Hasya, jangan macam ni. Apa nak jadi nanti kalau dah ada suami, layan suami pun begini?"

Hasya masih diam, tapi tubuhnya sedikit menegang. Hazim hanya mampu memandang mamanya tanpa jawapan.

"Mama," panggil Hazim akhirnya.

"Ya?"

"Hujung minggu ni mama free?"

"Ya, kenapa?"

"Ada tetamu nak datang… nanti Hazim cerita. Hazim nak naik mandi kejap."

"Okey, Hazim."

Secawan milo yang masih berasap diletakkan di hadapan Hazim. Dia tersenyum kecil memandang Hasya yang duduk bersila di sofa, kembali menatap televisyen.

"Okey tak hari ni?" soalnya perlahan.

Hasya hanya mengangguk sedikit.

"Dah nak siap novel?"

"Belum lagi," jawab Hasya ringkas sambil menyuap keropok Super Ring ke dalam mulutnya.

Hazim memerhatikan adiknya sebelum menarik nafas dalam. "Adik, abang nak tanya sesuatu boleh?"

"Apa?"

"Adik tak nak kahwin?"

Hasya tersentak sedikit sebelum memandang Hazim. "Abang tak nak?" soalan dibalas dengan soalan.

"Abang tanya adik ni."

"Adik nak kahwin kalau lelaki tu boleh terima adik."

"Terima?"

"Maksud adik, dia tahu adik ni macam mana dan dia boleh terima adik."

Hazim mengangguk perlahan. Dia faham apa yang dimaksudkan oleh adiknya. Luka lama Hasya masih membekas.

"Adik, lelaki kalau dia cinta, kalau dia sayang, dia dah tak pandang masa silam." Hazim mengusap rambut hitam Hasya dengan lembut.

"Tapi, ada sesetengah lelaki dia berkahwin hanya sebab 'itu'. Kalau isteri dia dah tak suci, dia ceraikan."

Hazim mengetap bibir. Dia tahu adiknya takut. "Jadi, adik nak kahwin lah kan?"

Hasya hanya mengangguk perlahan.

"Kawan abang sukakan adik. Dia nak masuk meminang hujung minggu ni."

"HAH?" Mata Hasya membulat.

"Betul ke kawan abang? Bukan ke kawan abang Farran je?"

Hazim tersenyum nipis. "Abang dah kerja lah dik. Dia dah lama perhatikan adik."

"Bunyi macam menyeramkan je," gumam Hasya.

"Jadi, terima tak?"

Hasya terdiam seketika sebelum bersuara, "Hm, tanya mama. Kalau mama bagi, Hasya terima lah."

Hazim tersenyum lega. "Boleh, tapi adik tak boleh berjumpa dengan dia. Adik hanya boleh bertemu masa akad nikah nanti."

"Abang, adik pun nak tengok juga dia. Kang dengan perut boroi, berjanggut, entah-entah suami orang!"

Hazim tergelak. "Aip, kawan abang ni segak, sekali pandang macam Remy Ishak."

"Iya ke?"

"Iya."

"Okey, approve."

Puan Zana mengeluarkan cincin dari beg tangannya. Hasya hanya menghulurkan jarinya, membiarkan wanita itu menyarungkan cincin tersebut.

"Ni cincin risik ya? Kiranya Hasya ni milik anak ibu."

Hasya tersenyum kecil, walaupun hatinya masih berdebar.

"Terima kasih ibu sebab sudi jadikan Hasya bakal menantu."

"Sama-sama, sayang. Jangan toleh ke belakang lagi ya? Ibu janji yang anak ibu akan bahagiakan Hasya."

Puan Zana memeluk erat Hasya, dan gadis itu hanya tersenyum dalam pelukan bakal ibu mertuanya.

Di sudut lain, Farran sedang menikmati makanan sambil memerhati Hasya yang kelihatan termenung.

"Kau asyik termenung, tak suka ke?" soal Aida yang duduk bersebelahan Hazim.

"Abang, siapa dia? Adik rasa tak sedap hati lah," kata Hasya perlahan.

Farran dan Hazim saling berpandangan sebelum Farran tersengih. "Ah, nak pergi tandas kejap!" Dia cepat-cepat melarikan diri sebelum Hazim sempat bersuara.

Hazim mengetap bibir. Tak guna, senang je dia larikan diri!

Di luar rumah, Farran mengetuk cermin kereta Audi R8 yang terparkir di bahagian tepi. Fakrul membuka kunci, dan Farran terus masuk.

"Nah." Farran menyerahkan sepinggan nasi berlauk dan segelas air sirap kepada Fakrul.

"Thanks weh," kata Fakrul sambil tersengih.

"Orang tak bagi datang, gelenya nak datang juga."

Fakrul ketawa kecil. "Ui, sejak jadi tunang orang Kelantan ni terus pandai cakap Kelantan ek?"

Farran tersenyum bangga. "Makanlah, aku larikan diri tadi. Si Hasya tu menyoal pula, biar padan muka Hazim nak menjawabnya."

Pintu kereta bahagian belakang tiba-tiba dibuka. Wajah Hazim yang berpeluh kelihatan sebelum suara ketawa mereka bergema.

"Berpeluh bhai!"

"Kau lari macam tu je ek? Nasiblah si Azlin tu pandai cover, sempat aku lari."

"Korang kahwin dua bulan lagi, aih takut aku."

"Apahal pula? Jealous ke kita orang dah kahwin?" balas Farran.

"Tak lah gila, Hasya tu mesti marah dekat aku nanti." Hazim mengeluh.

"Kau taknak kahwin ke, Zim?" soal Fakrul.

"Entah, tak ada orang nak dekat aku."

"Aida?"

Hazim terdiam. "Alah lambat lagi, aku anggap dia macam adik je."

Fakrul dan Farran saling berpandangan sebelum ketawa. "Ya lah tu, nanti jadi bini pula!"

Continue Reading

You'll Also Like

28.3K 666 43
he's my series 1 Muhammad Nur Irfan~Nurul Ain Muhammad Nur Irfan, seorang jejaka yang tinggi lampai dan mempunyai wajah yang tampan. makan tiang buda...
250K 11.5K 51
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu keja...
6.6K 575 30
Janji atau setia? Janji hanya sebuah ikrar yang terlafaz, sementara setia adalah keteguhan dengan permainan hati. Yang mana lebih mudah untuk dilaks...
3.1M 175K 64
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ...