抖阴社区 - by Ashikinmm ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss 抖阴社区 - Discover a World of Unlimited Stories 抖阴社区 - by Ashikinmm https://static.wattpad.com/be/image/logo.gif?v=1757084402 ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss Je Suis AURORA (WIP)/762477941-je-suis-aurora-wip-write-me-like-the-sea-blue?utm_source=rssAshikinmm / 6 pages
Kita bertemu dengan seorang kekasih. Dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita jauh ke dalam kenangannya sepanjang penggembaraanya ke pelbagai bandar dan mengenalkan kita kepada watak-watak yang menyentuh hatinya. Seb...Kita bertemu dengan seorang kekasih. Dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita jauh ke dalam kenangannya sepanjang penggembaraanya ke pelbagai bandar dan mengenalkan kita kepada watak-watak yang menyentuh hatinya. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang pencinta yang cuba mencari tempatnya dalam manusia-manusia lain yang berhasrat sama.

Start Reading
Je Suis AURORA (WIP)

Kamu Bandar Yang Takkan Pernah Hilang (WIP)/354806121-kamu-bandar-yang-takkan-pernah-hilang-wip-bab-1?utm_source=rssAshikinmm / 6 pages
Kita bertemu dengan Sophie, graduan seni bina di Sydney yang bertemu Yusuf, seorang jurugambar astronomi yang menjelajah berpuluh bandar di dunia dalam transit perjalanan ke New Zealand. Kita menelusuri kehidupan kedua-duanya yang bertemu dalam pe...Kita bertemu dengan Sophie, graduan seni bina di Sydney yang bertemu Yusuf, seorang jurugambar astronomi yang menjelajah berpuluh bandar di dunia dalam transit perjalanan ke New Zealand. Kita menelusuri kehidupan kedua-duanya yang bertemu dalam penentuan perjalanan masa di antara persimpangan kehidupan. Sophie membesar tanpa kehadiran figura ibu dan bapa. Dia dibesarkan oleh keluarga angkat manakala Yusuf kehilangan ibu bapanya dalam sebuah kemalangan dan dibesarkan oleh atuknya. Kedua-duanya berpendapat bahawa identiti terhasil bukan dari bagaimana seseorang dibesarkan tapi di sebalik pengalaman itu. Pekerjaan utama kita adalah mencari kekuatan dalam diri sendiri dan mencari manusia-manusia lain yang berpemikiran seiras untuk menambah kekuatan dalam mengharungi hidup. Selain saat-saat indah di setiap tempat menarik di Sydney, kita juga melalui pemikiran Sophie yang cintakan bangunan dan seni geometri cenderung kepada hal-hal dunia manakala Yusuf yang lebih cenderung kepada penulisan dan fotografi astronomi yang cenderung kepada perihal rahsia alam semesta yang belum kita ketahui. What happens when a lost astrophotographer meets Wisdom of the Stars in Sydney?

Start Reading
Kamu Bandar Yang Takkan Pernah Hilang (WIP)

KEJORA [Published]/1189698550-kejora-published-peraduan-siapakah-kejora?utm_source=rssAshikinmm / 1 page
Kita bertemu dengan sebutir bidadari pengasuh yang berumah di lautan. Namanya KEJORA dan sifatnya sentiasa penuh cahaya gemilang. Dia membawa kita masuk ke puisi-puisinya, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang dia mengasuh a...Kita bertemu dengan sebutir bidadari pengasuh yang berumah di lautan. Namanya KEJORA dan sifatnya sentiasa penuh cahaya gemilang. Dia membawa kita masuk ke puisi-puisinya, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang dia mengasuh arah untuk para kelasi dan sesiapapun yang mahu menggembara melalui jalan laut. KEJORA bertemu telalu banyak manusia tetapi ada tiga watak utama dalam ceritanya iaitu Bintang Raja, Merah dan AURORA. Bintang Raja adalah seorang raja yang pernah menjadi penyayang tetapi kecewa kerana sifat-sifat kelasi yang sentiasa mencari harta di lautan untuk kepentingan sendiri. Dia menjadi pemarah, pendendam dan sering membawa ribut petir. Hidupnya kemudian berpaksikan tanggungjawabnya untuk menyimpan rahsia dasar lautan dan dia tak pedulikan apa pun termasuklah mengorbankan para kelasi. Merah adalah seorang kelasi yang sedang hilang arahnya dalam pelayarannya. Dia kehilangan bapanya yang sangat dia sayangi dan kerana itu, dia takut untuk pulang ke darat. Daratan mengingatkannya kepada memori-memori indah yang telah berhenti dan padanya yang telah menjadi seorang yatim, dia mahu terus berlayar seorang dalam kegelapan. AURORA adalah seorang wanita yang berumah di tepi pantai. Kecantikannya membuatkan dia terkenal di seluruh daerah tempat tinggalnya. Sifatnya penuh kelembutan, penuh adat dan berbudi pekerti. Kejadian malang berlaku padanya saat maruahnya dicemari perbuatan noda. Pengalaman itu membuatkan dia merasakan yang hidupnya telah padam dan menjadi hitam. Himpunan Puisi KEJORA sarat dengan percubannya memahami kemelut watak-watak utamanya. Cahayanya kadangkala menjadi rapuh dan perwatakkannya juga dipengaruhi persekitaran getir, kemarahan, kekecewaan dan putus asa, tapi tetap dia membisik harapan melalui mimpi, falsafah dan cetusan konflik antara memori dan peredaran masa.

Start Reading
KEJORA [Published]

SUNSET1989 [Published]/712562189-sunset1989-published-sunset-hala?utm_source=rssAshikinmm / 3 pages
A series of imagined cosmos and conversations; and a tribute for seniman-seniman.A series of imagined cosmos and conversations; and a tribute for seniman-seniman.

Start Reading
SUNSET1989 [Published]

Pabila Pesawat Bertemu Bulan [Published]/573462904-pabila-pesawat-bertemu-bulan-published-1?utm_source=rssAshikinmm / 2 pages
Kita bertemu dengan Arya, seorang penulis berbakat yang menjadi terkenal di serata dunia selepas memenangi anugerah sastera di Perancis dan Aman, seorang pemuzik yang menjadi lagenda selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. ...Kita bertemu dengan Arya, seorang penulis berbakat yang menjadi terkenal di serata dunia selepas memenangi anugerah sastera di Perancis dan Aman, seorang pemuzik yang menjadi lagenda selepas terlibat dalam kemalangan yang hampir meragut nyawanya. Arya mempunyai masalah kemurungan dan keinginan membunuh diri selepas gagal menangani masalah hidup dalam kemahsyuran. Aman sudah lali ditinggalkan sebatang kara dan menjadikan muzik sebagai penongkah untuk terus hidup dan pada satu hari yang tidak disangka, mereka berdua dipertemukan takdir di Paris. Sebuah novel tentang insan-insan seni yang mengilhamkan satu sama lain dalam karya agung.

Start Reading
Pabila Pesawat Bertemu Bulan [Published]

Mimpi Mimpi Nomad [Published]/477425593-mimpi-mimpi-nomad-published-po%C3%A9sie?utm_source=rssAshikinmm / 8 pages
Kita bertemu dengan seorang pengembara. Dia membawa kita bertemu watak-watak yang dia temui sepanjang pencariannya dalam mencari sebab kewujudan dan kemanusiaan. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang pengembara yang sentiasa mencari ce...Kita bertemu dengan seorang pengembara. Dia membawa kita bertemu watak-watak yang dia temui sepanjang pencariannya dalam mencari sebab kewujudan dan kemanusiaan. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang pengembara yang sentiasa mencari cerita dan kebenaran dalam setiap pelusuk yang diteroka. (In memory of Bruce Chatwin) *No. 1 bestseller under Terbitan Langit at #PBAKL2018 Now available for tele-orders at: : +60 14 2686 381

Start Reading
Mimpi Mimpi Nomad [Published]

Si Romantik Yang Sudah Mati [Published]/330886855-si-romantik-yang-sudah-mati-published-te-amo?utm_source=rssAshikinmm / 6 pages
Kita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentiment...Kita bertemu dengan seorang wanita, dia pencerita dan dia tidak memberitahu kita namanya. Dia membawa kita ke seluruh dunia, mengenalkan kita kepada watak-watak yang dia temui sepanjang kembaranya, ceritanya melankolik, tapi tidak pernah sentimental. Sebuah novel dalam bentuk fragmen tentang seorang wanita yang cuba mencari tempatnya di dunia ini. *No. 2 bestseller at romanbuku.com and 9th under Penerbitan Roman at PBAKL2018 Now available at nearby MPH, Kinokuniya, bookstores and romanbuku.com

Start Reading
Si Romantik Yang Sudah Mati [Published]