¶¶ÒõÉçÇø - by __syhadh ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss ¶¶ÒõÉçÇø - Discover a World of Unlimited Stories ¶¶ÒõÉçÇø - by __syhadh https://static.wattpad.com/be/image/logo.gif?v=1753474060 ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [SU]/1552344294-sebelum-awan-menangis-lagi-su-prolog?utm_source=rss__syhadh / 41 pages
ï·½ - SYUHADAH 13th book Mencari makna hidup dalam keadaan dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian sememangnya tidak mudah. Jelas sekali hidupnya tidak pernah merasai nikmat yang indah seperti insan lain. Kasih sayang? Sejak kecil, hanya kak...ï·½ - SYUHADAH 13th book Mencari makna hidup dalam keadaan dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian sememangnya tidak mudah. Jelas sekali hidupnya tidak pernah merasai nikmat yang indah seperti insan lain. Kasih sayang? Sejak kecil, hanya kakaknya yang sentiasa menanam rasa itu. Hendak mengharapkan ibu dan ayah, mereka cuma tahu melayani ketagihan terhadap bahan terlarang setiap hari. Sahabat? Ia bahkan tidak pernah wujud dalam hidupnya walau sekali. Kemiskinan dan prestasi pembelajarannya yang sering merosot membuatkan tiada seorang pun ingin mendekati dan memahami nasibnya. Malah, mereka lebih gemar menambah rasa rendah dirinya dengan mengejek dan menghina keadaannya yang tidak seberapa. "Lepas ini Affan usaha lagi. Kakak nak tengok Affan berjaya." Cara untuk berfikir positif juga dia tidak tahu. Setiap kali keputusan peperiksaan keluar, hanya ayat yang sama akan keluar dari mulut. "Affan bodoh." Sehingga si kakak juga kadangkala menyerah kalah untuk memberi nasihat kepadanya lagi. Pada saat-saat dia memerlukan, diri itu diuji lagi dengan kenyataan yang lebih memilukan. Kehilangan insan yang menjadi sumber kekuatannya mengundang kehadiran rasa putus harapan dalam hidup. Dia buntu. Dia lelah. Kerana dia juga manusia yang ingin merasai nikmat gembira. "Kau berambus dari rumah aku!" "Suami tak guna!" Terimalah, SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI. AMARAN! Terdapat penggunaan bahasa yang kesat dan unsur-unsur penyalahgunaan dadah. Harap maklum. START: 22 JUN 2025 END: idk ;)

Start Reading
SEBELUM AWAN MENANGIS LAGI [SU]

NIV-1 [SU]/1555728628-niv-1-su-penafian-dan-amaran?utm_source=rss__syhadh / 18 pages
ï·½ - SYUHADAH 14th book Apabila senyuman menjadi penawar terakhir untuk dunia yang sedang nazak. Malaysia pada tahun 2100. Bermulanya Perang Virus Ke-4 (PV-4) yang menyebabkan satu demi satu tubuh manusia rebah dalam diam dan mati perlahan-laha...ï·½ - SYUHADAH 14th book Apabila senyuman menjadi penawar terakhir untuk dunia yang sedang nazak. Malaysia pada tahun 2100. Bermulanya Perang Virus Ke-4 (PV-4) yang menyebabkan satu demi satu tubuh manusia rebah dalam diam dan mati perlahan-lahan. NIV-1. Virus neurologi ciptaan manusia yang merupakan senjata rahsia negara. Tetapi senjata ini berpaling arah dan menyerang rakyat sendiri. "Kawthar... kau pilih untuk jadi baik. Tapi dunia ini tidak memilih yang baik untuk menang." Muncul pula seorang anak kecil yang dilahirkan sebagai anak kepada seorang saintis paling genius dalam negara, namun hidupnya tidak menjanjikan kebahagiaan. Bahkan dimulakan dengan tangisan dan kematian. Sepanjang hidup, dia hanya dikelilingi dengan penghinaan dan kebencian. Membaca dan menulis? Dia tidak tahu. Faham apa yang berlaku sekeliling? Juga tidak. Yang dia tahu, bila dia dipukul, dia akan senyum. Dan dia akan menganggap mereka sebagai 'kawan'. Kadang-kadang, dia mengukir senyuman sambil air matanya turun perlahan-lahan ke pipi. Masyarakat sering menuduhnya gila dan mengatakan bahawa dia merupakan bala yang diturunkan kepada keluarganya. "Budak tak betul!" "Dia tak layak masuk dalam masjid ini. Bawa malang saja!" Mereka menghinanya. Mereka mengejeknya bodoh dan tidak waras. Sedangkan dunia tidak tahu, dalam tubuh lemah itulah tersembunyi penawar bagi virus paling kejam dalam sejarah peradaban manusia. Dan ketika dunia hampir nazak, mereka akhirnya mencari semula apa yang mereka pernah buang. Iaitu seorang anak cacat yang tidak tahu cara untuk membenci. "Aku dikurniakan ilmu oleh Allah untuk memberi manfaat, bukan untuk membuat kehancuran." Terimalah, NIV-1. Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 2 JULAI 2025 END: idk ;)

Start Reading
NIV-1 [SU]

LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C]/1529504803-lasykar-ilmi-3-faeeq-ali-c-peta-gapura-ilmi-dan?utm_source=rss__syhadh / 129 pages
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadira...LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ - SYUHADAH 12th BOOK Enam tahun selepas peperangan yang menggugat kesejahteraan Gapura Ilmi, pasukan tentera mereka diminta untuk digerakkan ke negara Deir Ar-Rahmah yang pada ketika itu sedang bergolak dengan kehadiran negara Cempaka sebagai dalang bagi peperangan tersebut. "Tugas ini agak berisiko." Firaz, yang pada ketika itu baru sahaja pulang dari bumi Mekah seusai menunaikan ibadah umrah bersama isterinya langsung diarahkan untuk mengetuai misi di sana. "Abang tak mohon cuti rehat ke?" "Tak perlulah. Ini kan amanah yang harus digalas untuk menyelamatkan umat." Terpaksa meninggalkan keempat insan tercinta dalam tempoh berbulan-bulan lamanya. Dan dia pulang membawa haruman yang membanggakan seluruh negara. "Ayah... jomlah main sama-sama dengan Faeeq." Anak bongsu daripada tiga beradik itu terdedah dengan kesepian sejak usianya empat tahun. Segala-galanya berubah sekelip mata. "Tolong jangan beritahu Abang Farhan." Kehilangan demi kehilangan yang menyesak jiwa terus membuatkan diri mereka jatuh. Namun, perjuangan harus diteruskan. Setiap nyawa yang hilang mesti digantikan. "Ayah sayang anak-anak ayah ini. Janganlah sedih." Setiap darah yang tumpah harus dituntut. "Bukan mudah untuk ubati rindu, Faeeq." Dia pikul tanggungjawab yang berat. Dan tanggungjawab itulah yang digantikan dengan kejayaan yang tidak disangka-sangka. "Yang hebat tak akan selamanya di atas dan musuh tak akan selamanya tangkas." Terimalah, LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI. Start: 2 APRIL 2025 End: 21 JUN 2025

Start Reading
LASYKAR ILMI 3: FAEEQ ALI [C]

DIARI HATI ALIF [BAKAL TERBIT]/1448859397-diari-hati-alif-bakal-terbit-gambar-alif-%E2%99%A1?utm_source=rss__syhadh / 1 page
ï·½ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adan...ï·½ - SYUHADAH 1st BOOK Membesar sebagai anak sulung memang tidak mudah. Sentiasa tersakiti, diberi penekanan dan tidak diberi perhatian penuh. Perit. Ya, itulah yang dirasai oleh Alif Zahari. Namun, dia masih bersabar kerana dia yakin, akan adanya cahaya di penghujungnya. "Alif, ayah suruh kamu jaga adik. Bukan suruh kamu keluar pergi main! Kamu sedar sikit yang kamu itu dah besar, tak usah lagi pergi main dengan budak-budak degil dekat luar itu!" "Nasib baik adik kamu tu tak jatuh dalam parit. Kalau tidak, malam ini, kamu jangan masuk rumah!" Tidak bersalah, tapi dipersalahkan. "Ibu ni tak habis-habis dengan Arif tu! Arif tu dah mati, ibu. Dah mat-..." "Mulut kamu tu jangan kurang ajar sangat ya, Alif! Arwah adik kamu baru saja meninggal! Kamu ni memang tak ada perasaan betul!" Demi keluarga, dia sanggup berkorban nyawa. Demi cinta, dia sanggup terluka. Demi menagih secebis kasih sayang, dia sanggup melupakan segala impian. Demi meraih cinta Tuhan, dia sanggup mengubah kehidupan. Dia insan biasa, namun terpaksa menanggung beban luar biasa. Terimalah, Diari Hati Alif. Watak yang ada dalam kisah ini tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 4 APRIL 2023 END: 28 JUN 2023

Start Reading
DIARI HATI ALIF [BAKAL TERBIT]

SAIF AL-ASWAD [C]/1524881783-saif-al-aswad-c-sa-prolog?utm_source=rss__syhadh / 109 pages
ï·½ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir mengh...ï·½ - SYUHADAH 11th BOOK Di tanah Al-Aswad, di mana angin padang pasir berbisik tentang sejarah dan lautan berkilau dengan kekayaan alam, pernah berdiri seorang pahlawan agung - Muhammad Saif Furqan. Seorang panglima yang bukan sekadar mahir menghunus pedang, tetapi juga tajam akalnya dalam merancang strategi. Dalam medan perang, dia menari bersama bayang-bayang musuh, pedangnya membelah keangkuhan orang tamak yang ingin merobek kekayaan tanah airnya. Namun, sebagaimana mentari tetap tenggelam di ufuk senja, begitu juga nasibnya. Satu kesalahan, atau mungkin satu pengkhianatan, telah meragut segala-galanya. Daripada seorang wira, namanya kini menjadi cela dalam sejarah bangsanya. Hukuman dijatuhkan tanpa bicara yang adil. Dia dicampak jauh dari tanah yang pernah dipertahankannya dahulu. "Benar, kebenaran itu pahit. Mudah sangat ditutup dengan manis-manis kepalsuan." Dengan kehormatan yang tercalar, dia merantau ke Bait al-Hilal. Kini, dia hanyalah seorang nelayan yang berperang dengan lautan, seorang peniaga ikan di Bazar Jelata, hidup tanpa darjat, tanpa bayang-bayang masa lalu. Tangannya yang dahulu menggenggam pedang kini hanya mengikat jala, fikirannya yang dahulu menyusun strategi perang kini sekadar menimbang harga tangkapan hariannya. Namun, takdir masih belum selesai mengukir kisahnya. Dalam keasingan, dia bertemu seorang wanita yang mengetuk pintu hatinya yang sudah tertutup. Rasa cintanya mulai mekar bak mawar di taman. "Saya sanggup terima segalanya tentang awak." "Masa silam saya tak seindah yang awak sangka, sayang." Tetapi sejarah tidak pernah benar-benar terpadam. Api dalam jiwanya hanya menanti angin untuk kembali membakar. Dan akhirnya, angin itu datang dari istana yang pernah menghukumnya. "Tiada lagi yang layak selain anakanda." Namun, yang hebat takkan selamanya di atas. Dan musuh, takkan selamanya kalah. "Kau akan mati di tangan aku, Saif!" "Nyawa itu milik Tuhan." Terimalah, SAIF AL-ASWAD. Start: 13 MAC 2025 End: 27 APRIL 2025

Start Reading
SAIF AL-ASWAD [C]

AKU HANYA PINJAMAN [C]/1520121001-aku-hanya-pinjaman-c-ahp-prolog?utm_source=rss__syhadh / 81 pages
ï·½ Cover by: @reiir- - SYUHADAH 10th BOOK Mengisahkan Mujahid, seorang bekas tentera yang dulunya berpangkat leftenan kolonel kini berkhidmat sebagai pembunuh upahan. Identitinya tidak diketahui sesiapa waima orang yang mengupahnya. Dia benar-...ï·½ Cover by: @reiir- - SYUHADAH 10th BOOK Mengisahkan Mujahid, seorang bekas tentera yang dulunya berpangkat leftenan kolonel kini berkhidmat sebagai pembunuh upahan. Identitinya tidak diketahui sesiapa waima orang yang mengupahnya. Dia benar-benar misteri. Setiap kali menerima panggilan, namanya akan bertukar. Bahkan, bayangannya juga tidak kelihatan. "Kau tak perlu tanya aku di mana. Sebab aku... boleh muncul bila-bila masa." Kisah silamnya membuatkan dia memilih jalan itu, namun... meski tenggelam di dalam lembah kegelapan, cahaya pasti muncul jua di penghujungnya. "Tak perlu bersembunyi lagi, anak muda. Kemarilah. Saya tahu kamu di situ." "Saya cuma pendosa yang hina." Senyumannya juga tiada yang tahu bagaimana ia melengkung. "Abang ini selalu balik lambat." "Abang kerja ini... untuk adik juga." Dia tahu bahawa diri itu mendapat hasil yang haram setiap kali kerjanya dilaksanakan. Dan ia tidak pernah diberi kepada keluarga, kerana dia tidak mahu insan yang dia sayangi turut sama menikmati hasil yang jijik. "Saya tahu nyawa saya hanyalah sebagai pinjaman dari Allah untuk menjadi pelindung tuan. Dan ia saya lakukan supaya dapat tebus dosa-dosa lampau saya." Terimalah, AKU HANYA PINJAMAN. AMARAN! - Cerita ini mengandungi unsur-unsur keganasan dan pembunuhan. - Juga terdapat banyak penggunaan kata-kata kesat. - Cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Segala isu-isu sensitif melibatkan politik dan agama hanyalah rekaan semata-mata. START: 22 FEBRUARI 2025 END: 10 APRIL 2025

Start Reading
AKU HANYA PINJAMAN [C]

HUD 2 [C]/1515630007-hud-2-c-bab-1?utm_source=rss__syhadh / 80 pages
ï·½ - SYUHADAH 9th BOOK Fikirnya, kehidupan akan sedikit berubah setelah bergelar pelajar asrama, rupanya semakin banyak dugaan melanda bak ribut di tengah samudera. Mujurlah ada insan-insan yang baik di sekeliling menjadi pemangkin semangatnya un...ï·½ - SYUHADAH 9th BOOK Fikirnya, kehidupan akan sedikit berubah setelah bergelar pelajar asrama, rupanya semakin banyak dugaan melanda bak ribut di tengah samudera. Mujurlah ada insan-insan yang baik di sekeliling menjadi pemangkin semangatnya untuk bangkit. "Kalau dia orang buli Hud lagi, beritahu kami semua." Meskipun begitu, langit tak selalunya cerah dan hidup tak selalunya indah. Diuji dengan kehilangan membuatnya jatuh di dasar lautan kesedihan. "Kenapa... kenapa semua tinggalkan Hud?" Keadaan itu menyebabkan dia terpaksa menanggung sakit sendirian - seperti kebiasaannya. Semakin usia menginjak dewasa, semakin dia dipertemukan dengan pelbagai ujian. Namun, di sebalik ujian yang menimpa, hikmah itu pasti berada di penghujungnya. Setinggi mana pun gunung penderitaan, bahagia itu pasti akan muncul jua. "Saya kagum dengan awak. Dan awak antara punca saya berubah ke jalan ini." Hud Hazwan. Insan biasa yang tidak pernah mengenal erti putus asa walaupun kadangkala ia hadir. Insan yang hadapi segalanya dengan tabah. Insan yang dihina kerana kecacatan, namun dia tidak pernah menganggap kekurangan itu sebagai perencat kekuatannya. "Ayah menyesal, along. Ayah minta maaf." "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 2. START: 4 FEBRUARI 2025 END: 23 MAC 2025

Start Reading
HUD 2 [C]

HUD 1 [C]/1512795102-hud-1-c-puisi-%E1%B4%96%CC%88?utm_source=rss__syhadh / 67 pages
ï·½ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah u...ï·½ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 7th BOOK MUHAMMAD HUD HAZWAN. Sememangnya tidak mudah hidup sebagai orang kurang upaya. Meskipun hanya sedikit kecacatan yang dialami, dugaan yang menerpa diri lebih berat. Redha. Satu kalimah yang mudah untuk disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan. Sakit. Tetapi dia yakin, bahawa Allah SWT akan memancarkan sinar kebahagiaan buatnya suatu hari nanti. Layanan kasih sayang daripada ibu bapa juga tidak dia rasai. Adik-beradik juga tidak mahu menerima kekurangannya. Hanya caci maki, penghinaan dan kebencian yang mengiringi hayatnya. "Ayah, Hud takut... sejuk." "Kau ada bilik, kan? Berambus pergi bilik kau sana!" Insan yang sepatutnya melindungi juga memberikannya layanan buruk. Apatah lagi ibu yang melahirkan. Hendak menangis juga tidak berguna. Dia sudah kekeringan air mata. Dia sudah lali dengan segala ujian yang menimpa diri. Di sekolah juga dia keseorangan. Hendak berkawan tiada yang sudi, tetapi ejekan pula yang dia terima setiap hari. "Hud cacat." "OKU! Cacat!" Sabar sajalah yang dia mampu buat masa itu. Remuk di kalbu sudah tidak dihiraukan lagi. "Esok mungkin lebih indah." Terimalah, HUD 1. - Sebahagian daripada cerita ini adalah berdasarkan kisah benar manakala sebahagian lagi cumalah rekaan penulis semata-mata. - Nama watak yang terdapat di dalam cerita ini tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. - Semoga kisah ini dapat dijadikan iktibar oleh semua pembaca. START: 20 DISEMBER 2024 END: 4 FEBRUARI 2025

Start Reading
HUD 1 [C]

LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C]/1456037905-lasykar-ilmi-2-firaz-uthman-c-peta-gapura-ilmi-dan?utm_source=rss__syhadh / 92 pages
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula m...LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 6th BOOK 15 tahun telah berlalu. Perintah gencatan senjata juga sudah tamat. Ia menimbulkan keseronokan pada pemerintah Jentayu Emas, King Alex. Pembesar-pembesar Gapura Ilmi mula mengatur strategi bagi memastikan tentera Jentayu Emas tidak berani untuk membuat kerosakan di bumi kutub khanah dunia itu. Bermula pada hari pertama perintah gencatan senjata itu tamat, seluruh Gapura Ilmi dikawal ketat. Sempadan negara ditutup. Pasukan-pasukan tentera elit diarahkan berjaga di perairan dan sempadan sebagai persediaan untuk segala kemungkinan. Firaz juga tidak terkecuali. Namun, disebabkan dia seorang anggota komando, dia telah dipilih untuk mengetuai pasukan keselamatan di bahagian sempadan. Terpaksa meninggalkan keluarga. Duduk di kawasan berbahaya - bagai menunggu ajal menjemput pulang bertemu dengan-Nya. Lama-kelamaan, Jentayu Emas semakin bermaharajalela. Kemusnahan berlaku di merata tempat. Dentuman bom menghiasi ruang atmosfera negara itu. Butir-butir peluru menghujani udarakasa - mencari tubuh untuk meragut nyawa. Mayat-mayat insan tidak bersalah bergelimpangan. Ia membuatkan Firaz terus mengerah sisa tenaganya untuk membela agama dan negara tercinta. "Sekarang pilih, hidup atau mati?" "Biar sayap patah tak tumbuh, asal jiwa masih berdiri teguh." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN 2. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 23 JUN 2024 END: 25 JANUARI 2025

Start Reading
LASYKAR ILMI 2: FIRAZ UTHMAN [C]

PUTERA YANG TERSINGKIR [C]/1461400824-putera-yang-tersingkir-c-pyt-prolog?utm_source=rss__syhadh / 34 pages
ï·½ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 8th BOOK "Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?" Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah, ibu susuannya, memasuki bilik suram itu. Tengku Muhammad Ayyan Uw...ï·½ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 8th BOOK "Kenapa Ayyan dilahirkan cacat, ibu? Allah tak sayangkan Ayyan ke?" Soalan itulah yang bermain dibibir Ayyan setiap kali Zafirah, ibu susuannya, memasuki bilik suram itu. Tengku Muhammad Ayyan Uwais. Gelarannya sebagai putera mahkota dilucutkan serta-merta sejak lahir kerana kecacatan yang dialami. Malahan, kehadirannya dalam keluarga diraja itu tidak diterima dan dia disisihkan oleh mereka. Dia turut dikurung di dalam bilik yang terpencil jauh di hujung istana. Ayyan tidak pernah melihat wajah adik-adiknya yang lain. Bahkan ayahanda dan bondanya turut jijik melihat wajahnya. Mujurlah ada dayang istana yang mahu menjadi ibu susuan Ayyan sekali gus menceriakan anak malang itu setiap hari. "Tahan sikit ya, sayang. Kejap lagi ibu minta ayah bawakan ubat." "D-Dalam mimpi itu, A-Ayyan dapat b-berjalan, lari-lari! Ayyan tak s-sakit..." "Semoga kita bertemu di syurga." Terimalah, PUTERA YANG TERSINGKIR. START: 12 JULAI 2024 END: 22 SEPTEMBER 2024

Start Reading
PUTERA YANG TERSINGKIR [C]

LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C]/1435933982-lasykar-ilmi-1-firaz-uthman-c-peta-gapura-ilmi-dan?utm_source=rss__syhadh / 91 pages
LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bern...LASYKAR ILMI's series ♡ ﷽ Cover by: @PutraRize_ - SYUHADAH 5th BOOK Tema: Gabungan tema moden dan klasik. Mencari kebebasan yang menghilang asbab perang yang menawan bumi Kutub Khanah dunia. Benua Citra. Tempat terletaknya sebuah negara bernama, Gapura Ilmi, yang dahulunya merupakan sebuah negara aman dan harmoni. Negara penyimpan pelbagai buku-buku ilmiah dan skrol dari seluruh dunia itu akhirnya dijajah oleh kuasa asing, Jentayu Emas. FIRAZ UTHMAN, anak kepada panglima perang Gapura Ilmi, JENERAL FAKHRUL AZHAR, yang ditangkap oleh Jentayu Emas semasa berusia sepuluh tahun. Ketika itulah, ayahnya terbunuh akibat diseksa oleh pihak musuh. Ibunya pula dipaksa menjadi hamba seks kepada pegawai musuh, namun wanita itu menolak ia sekeras-kerasnya lalu diseksa hingga nyawanya dicabut Tuhan. Apabila umurnya mencapai 16 tahun dan waktu itu pihak Pertubuhan Keselamatan dan Ketenteraman Dunia mengenakan gencatan senjata ke atas musuh, dia telah dibebaskan. Mungkin dari segi luaran, dia telah bebas. Tetapi jiwa masih dikongkong rasa amarah yang memuncak ke atas Jentayu Emas kerana parut-parut yang ditinggalkan. Ia menimbulkan satu semangat untuknya hingga dia menyertai pasukan komando perang, Briged Jihad Gapura Ilmi. Tujuannya hanya satu - membebaskan tanah air daripada dipijak musuh. Cabaran dan halangan ditempuh oleh FIRAZ untuk mencari kebebasan itu. Bahkan setiap kali dia bangkit dari lena, bunyi dentuman bom menghiasi halwa telinga. Setiap kali sedang menunaikan solat, bunyi das-das tembakan bergema di ruang udara. Segala yang berlaku ke atasnya bagai kematian yang menghidupkan. "Cukuplah Allah sebagai pelindung dan sebaik-baik penolong." Terimalah, LASYKAR ILMI: FIRAZ UTHMAN. - Watak-watak dan latar tempat di dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. START: 3 JULAI 2023 END: 22 JUN 2024

Start Reading
LASYKAR ILMI 1: FIRAZ UTHMAN [C]

MENANTI KAMU 2 [C]/1408459728-menanti-kamu-2-c-prolog?utm_source=rss__syhadh / 85 pages
ï·½ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa ...ï·½ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 4th BOOK SEKUEL daripada novel MENANTI KAMU "SAYA dah lama tunggu awak, Syahidah." Hilman yang masih menaruh hati terhadap Syahidah, mulai menjauh. Hanya kerana melihat Syahidah bersama lelaki lain tanpa mengetahui apa hubungan lelaki tersebut dengan si gadis. "Aku takkan maafkan kau." Gaduh. Benci. Namun, hati masing-masing masih mencintai antara satu sama lain. "Awak yang tak faham saya!" Dengan satu ayat, segalanya berubah. Ketika itu juga, pelbagai masalah membebani bahu Syahidah. Masalah persahabatan, masalah keluarga lagi. Bermacam-macam perkara sehingga akhirnya, dia jumpa satu jalan yang dapat menghilangkan segala beban. "Abang sayang sangat dekat Idah sampai bila-bila." Terimalah, MENANTI KAMU 2. START: 26 DISEMBER 2023 END: 12 MAC 2024

Start Reading
MENANTI KAMU 2 [C]

E.Z.R.A [C]/1385963509-e-z-r-a-c-prolog?utm_source=rss__syhadh / 97 pages
ï·½ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang. Allah SWT hadirkan ujian sakit ini sebagai penghapus dosa. Tabahkan hati. Jangan seksa diri s...ï·½ - SYUHADAH 3rd BOOK Harapan palsu? Itu sudah menjadi makanannya setiap hari. Diuji dengan kemalangan jalan raya yang hampir meragut nyawa. "Tenang. Allah SWT hadirkan ujian sakit ini sebagai penghapus dosa. Tabahkan hati. Jangan seksa diri sampai macam ini." Dua bulan sebelum kahwin, hubungan pertunangannya pula terputus. "Sebab saya dah tak sempurna, awak sanggup putuskan hubungan kita?" "Terima kasih. Terima kasih sangat-sangat sebab hadir dalam hidup saya sebagai harapan yang takkan jadi kenyataan." Menjadi penunggu asbab sebuah janji, namun akhirnya dia sendiri yang merana kerana insan yang ditunggu itu menjauhkan diri. "Mungkin saya memang ditakdirkan hidup di dunia ini, hanya untuk ditabur janji dan akhirnya dikhianati." Dia menyerah. Dia hanya redha dengan apa yang telah Allah tetapkan. Sebanyak manapun dirinya tersakiti, dia tetap bangkit melawan segalanya. Dia tetap bertahan hinggalah hubungan yang terpisah selepas tamat pengajian itu terjalin dan secara tidak langsung membawa dirinya ke arah kebahagiaan. "Ez akan sentiasa di hati Ra. Remember that." Terimalah, E.Z.R.A. START: 28 SEPTEMBER 2023 END: 20 NOVEMBER 2023 #1 in fakehope

Start Reading
E.Z.R.A [C]

MENANTI KAMU [C]/1364775116-menanti-kamu-c-prolog?utm_source=rss__syhadh / 82 pages
﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada ...﷽ Cover by: @tsweetestrain - SYUHADAH 2nd BOOK SYAHIDAH, yang hanya merasai nikmat kasih sayang seorang abang sepanjang dia membesar. Nak kata dia anak yatim? Tidak. Dia masih ada mak dan ayah. Cuma, tiada kasih sayang yang dia dapat daripada kedua mereka. Sering dimarahi. Sering dibenci. Sering diberi penekanan tetapi tiada setitik pun penghargaan yang didapati. Nasib baiklah ada abang yang memahami. Kerana abangnya itu juga pernah merasai apa yang dia alami. Anak sulung. Pastinya lebih teruk layanan terhadap abangnya itu dahulu. Namun, sang abang menyimpan rahsia yang sangat besar daripadanya. Bukan sengaja dia berbuat demikian. Dia tidak mahu perasaan adiknya itu terganggu. Dia tidak mahu merosakkan sedikit kegembiraan yang dirasai adiknya itu. SYAH tahu, suatu masa nanti, rahsianya akan terbongkar. Jadi, dia berusaha sehabis baik untuk melindungi dan menjaga adiknya walau apa pun yang berlaku. "Saya dah lama tunggu awak, SYAHIDAH." Ketika itu, muncul pula seorang lelaki yang sanggup menunggu cintanya dibalas oleh SYAHIDAH. Lelaki itulah yang selalu ada bersamanya sejak di bangku sekolah lagi. Fikirnya, lelaki itu hanya ingin mempermainkan perasaannya semata-mata. Rupanya tidak. Dia ikhlas menerima segala kekurangan yang ada pada diri seorang SYAHIDAH. Terimalah, MENANTI KAMU. • GENRE: SLICE OF LIFE. START: 21 JULAI 2023 END: 20 NOVEMBER 2023

Start Reading
MENANTI KAMU [C]