抖阴社区 - by cikshazee ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss 抖阴社区 - Discover a World of Unlimited Stories 抖阴社区 - by cikshazee https://static.wattpad.com/be/image/logo.gif?v=1753454312 ?mode=1&language=1&lim=&search=&utm_source=rss Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta)/614500254-prima-facie-terbit-tajuk-lama-mahkamah-cinta-bab-1?utm_source=rsscikshazee / 42 pages
PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang...PRIMA FACIE SHERA ZULGHAFAR Sem. Malaysia RM26.00 Sabah/Sarawak RM29.00 Sinopsis: Agaknya apa yang terjadi apabila dua orang peguam kepala batu bertemu? Takdir menemukan Nur Nadhrah dan Ahmad Raffi sebagai rakan sepejabat di firma guaman yang sama. Sikap Nadhrah yang sambil lewa dan Raffi yang perfectionist membuatkan mereka sering tidak sekepala. "Memang semua graduan luar negara ni tak adab ke?" - NUR NADHRAH "Well, that depends on how we are treated." - AHMAD RAFFI Orang tua pernah berpesan, jangan terlampau benci. Nanti akan jatuh sayang! Bagaikan magnet yang berbeza kutub, mereka akan kembali bercantum. Di mana ada Nadhrah, di situ juga ada Raffi. Kehadiran Sarah, bekas kekasih Raffi, kembali mengeruhkan lagi keadaan. Begitu juga Aiman Suffi yang dalam diam sudah lama menaruh hati dan perasaan pada Nadhrah. Mereka berdua punya matlamat yang sama: masing-masing mahu cinta mereka diterima Nadhrah dan Raffi. "Kalau susah sangat, kau kahwin aje dengan aku, Nad! Habis cerita!" - AIMAN SUFFI "Penting sangat ke Nadhrah dalam hidup you ni, Raffi?" - SARAH AYESHA Namun, ada satu rahsia besar yang disembunyikan Raffi daripada pengetahuan Nadhrah. Tanpa diduga, malang yang menimpa Nadhrah membuatkan dia terpaksa bergantung harap pada lelaki yang pernah dibencinya. Tanpa sedar, timbul satu perasaan yang tidak pernah wujud di dalam hatinya yang selama ini membenci seseorang yang bernama lelaki. Mampukah Nadhrah merendahkan egonya dan berterus-terang pada Raffi akan perasaannya yang sebenar? Atau, patutkah dia tepis rasa rindu dan sayang yang kian mekar di dalam jiwa? Dalam mencari kebenaran, siapakah Nadhrah di dalam hidup Raffi? Apa rahsia yang selama ini Raffi sembunyikan daripada pengetahuan gadis itu? Tidak dicintai memang menyedihkan, tetapi jauh lebih menyedihkan jika kita tidak dapat bersama ketika hati sudah saling mencintai. Jika harus memilih antara nafas dan cinta, maka aku memilih nafas terakhir untuk mengatakan aku cinta padamu.

Start Reading
Prima Facie [TERBIT] (Tajuk Lama: Mahkamah Cinta)

Notis Dua Bulan/1272113350-notis-dua-bulan-bab-1-laura%27s-library?utm_source=rsscikshazee / 15 pages
Laura's Library. Kedai buku itu membawa seribu makna buat seorang Sofia Adrina. Hasil titik peluh arwah ibu dan ayahnya sewaktu dia masih kecil, terciptalah sebuah kedai buku yang menyimpan segala memori manis dan kenangan terindah buatnya. Sete...Laura's Library. Kedai buku itu membawa seribu makna buat seorang Sofia Adrina. Hasil titik peluh arwah ibu dan ayahnya sewaktu dia masih kecil, terciptalah sebuah kedai buku yang menyimpan segala memori manis dan kenangan terindah buatnya. Setelah pemergian arwah ibu dan ayahnya, Sofia bertungkus-lumus cuba untuk menyelamatkan kedai buku itu. Walaupun akur dengan perubahan masa, Sofia masih tidak mahu melepaskan Laura's Library. Tidak mungkin untuk dia tinggalkan segala kenangannya bersama orang tuanya di situ. Tambah mengeruhkan keadaan, dia menerima notis dua bulan daripada pemilik hartanah tempatnya agar semua penyewa mengosongkan kawasan kedai itu secepat mungkin. Semakin berapi Sofia dibuatnya apabila dia disuruh keluar. Pertemuannya dengan Tunku Azhan Mokhtar tidak memberinya tanggapan awal yang baik. Dasar orang kaya sombong! Suka-suka hati aje nak halau orang. Yang Sofia pelik, lelaki itu pula sering datang ke kedai bukunya. Boleh kata hampir setiap minggu Azhan akan datang ke Laura's Library. Bukannya beli apa-apa pun! Sekadar cuci mata? "Awak kalau datang sini nak perli kedai buruk saya ni, baik tak payah datang." -SOFIA "No wonder lah sales tak banyak. Customer service pun ke laut." - AZHAN Di saat dia sedang runsing memikirkan nasib kedai bukunya, datang seorang lelaki misteri yang sering mengirim teks padanya. Patut ke saya lepaskan kedai buku tu? - SOFIA Sometimes, the way forward is to let go and not to look back. - MR MYSTERY Mampukah Sofia menyelamatkan Laura's Library? Satu-satunya kenangan yang dia ada bersama arwah orang tuanya? Atau, adakah Sofia akan menyerah kalah pada Azhan dan memilih untuk teruskan kehidupannya tanpa kedai buku itu? Trope: 1. Enemies to lovers 2. Hate at first sight Hashtag: #5 kategori Love Novel (as of 13.10.2022)

Start Reading
Notis Dua Bulan

Hari Kita Jatuh Cinta [ TERBIT & ADAPTASI JAN 2021 ]/678610447-hari-kita-jatuh-cinta-terbit-adaptasi-jan-2021-bab?utm_source=rsscikshazee / 71 pages
Pertemuan tidak sengaja di antara Mariam Sophia dan Yusuf Farhan membuatkan hati Mariam kembali terbuka. Dia kembali mempersoalkan kehendak hatinya. Adakah dia sudah bersedia hendak menerima seorang lelaki kembali ke dalam hidupnya setelah enam ta...Pertemuan tidak sengaja di antara Mariam Sophia dan Yusuf Farhan membuatkan hati Mariam kembali terbuka. Dia kembali mempersoalkan kehendak hatinya. Adakah dia sudah bersedia hendak menerima seorang lelaki kembali ke dalam hidupnya setelah enam tahun dia menyimpan duka? Adakah Yusuf Farhan jodoh yang tertulis untuknya? Chris Evans sbg Kolonel Yusof Farhan Revalina S. Temat sbg Mariam Sophia SUDAH TERBIT MAC 2020! ADAPTASI DRAMA JAN 2021! #1 Fajar Pakeer (as of 05.07.2020) #1 Turki (as of 08.09.2020)

Start Reading
Hari Kita Jatuh Cinta [ TERBIT & ADAPTASI JAN 2021 ]

Satu Hari Nanti [ TERBIT ]/202485538-satu-hari-nanti-terbit-bab-1-assalamualaikum-cinta?utm_source=rsscikshazee / 49 pages
Marissa Safiyyah dan Noah Lee tidak pernah terfikir akan jatuh cinta. Sehingga takdir kembali menemukan mereka. SUDAH TERBIT JUN 2019! #30 Indonesia (as of 18.09.2020) #1 Islam (16.12.2021)Marissa Safiyyah dan Noah Lee tidak pernah terfikir akan jatuh cinta. Sehingga takdir kembali menemukan mereka. SUDAH TERBIT JUN 2019! #30 Indonesia (as of 18.09.2020) #1 Islam (16.12.2021)

Start Reading
Satu Hari Nanti [ TERBIT ]

Berhenti di Hati Kamu [ TERBIT ]/620808305-berhenti-di-hati-kamu-terbit-bab-1?utm_source=rsscikshazee / 38 pages
Shila "Ezza" Ezzanie cuma gadis biasa berumur 24 tahun. Dia bahagia hidup dengan ayahnya, Tuan Jamal dan abang tirinya, Muhammad Haziq. Tetapi, dia dibenci oleh ibu dan kakak tirinya, Puan Alisa dan Kayla Nafisah, yang menganggap dia seorang ana...Shila "Ezza" Ezzanie cuma gadis biasa berumur 24 tahun. Dia bahagia hidup dengan ayahnya, Tuan Jamal dan abang tirinya, Muhammad Haziq. Tetapi, dia dibenci oleh ibu dan kakak tirinya, Puan Alisa dan Kayla Nafisah, yang menganggap dia seorang anak manja yang perlu sentiasa dibelai. Kebencian Puan Alisa semakin memuncak apabila kehilangan anak perempuan kesayangannya akibat nahas kereta selepas Kayla dan Ezza bergaduh di suatu malam. Tambah merumitkan keadaan, Haziq datang menagih kasih adik tirinya. Lamaran bekas tunang Kayla, Azrul Hakimi, membuatkan Ezza semakin runsing. Semakin hari, Puan Alisa semakin membencinya! Dia kasihkan Haziq seperti adik dan abang. Dan, dia juga tidak kenal dengan lelaki bernama Azrul Hakimi ini! Takdir hidup yang manakah harus Ezza pilih? SUDAH TERBIT OKTOBER 2018! #14 Romantis (as of 10.08.2021) #44 Indonesia (as of 28.08.2020)

Start Reading
Berhenti di Hati Kamu [ TERBIT ]

Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]/827540329-setelah-kita-bertemu-terbit-bab-1-baju-kahwin?utm_source=rsscikshazee / 56 pages
Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap. Kakak kembarnya, Alayna Naira, ...Indah dan bahagia, dua kata itu cukup menggambarkan betapa sempurnanya hidup Airis Qaisya. Namun, satu kejadian yang menimpa telah meragut segala-galanya. Dalam sekelip mata, indah itu lenyap.... bahagia itu ranap. Kakak kembarnya, Alayna Naira, melarikan diri sebelum perkahwinannya bersama Azhar Iskandar. Ayah dan ibunya pula terlibat dalam satu kemalangan yang meragut nyawa. Belum sempat dia menyapu luka di hati, dia dikejutkan dengan kehadiran seorang bayi perempuan, rupa-rupanya bayi itu adalah anak Naira. Sejak kehadiran Hannan, putaran hidupnya berubah, semakin huru-hara. Ada yang mahu mengambil Hannan daripadanya agar kebajikan anak kecil itu lebih terjaga. Dalam keadaan terdesak, dia perlu mencari calon suami agar tiada siapa pun yang mengganggu hidupnya bersama Hannan. Masalahnya sekarang, siapa yang sudi hendak memperisterikan gadis ting tong sepertinya? "Tolong jadi suami Qaisya! Kahwin dengan Qaisya. Tanpa syarat! Boleh?" - AIRIS QAISYA "Ini kerja gila, Qaisya! Mana mungkin kita kahwin tanpa cinta?" - AZHAR ISKANDAR Mustahil untuk dia menatap wajah Qaisya tanpa memikirkan bekas tunangnya. Tetapi, dia bersimpati dengan nasib Qaisya yang sudah jatuh ditimpa tangga. Akhirnya, mereka bersetuju untuk berkahwin hanya kerana ingin membela nasib Hannan. Ingatkan Naira tidak akan muncul kembali, tetapi kepulangan kakak kembarnya mengeruhkan lagi keadaan. "Kakak tahu kakak dah banyak buat salah. Kakak dah banyak berdosa." -ALAYNA NAIRA Apa yang sebenarnya terjadi pada Naira? Adakah Qaisya akan meninggalkan Azhar agar Naira dapat memperoleh peluang kedua bersama lelaki itu? Layakkah status ini dipertahankan bila cinta itu sudah hilang? Seandainya masa dapat diputar kembali, aku tetap memilih kamu. Menerima kamu apa adanya. Membahagiakanmu sebagai syarat utama kerana di sebalik mata itu, wujud sebuah duka yang perlu dihapus air matanya. Tarikh Terbit: 01.03.2021 RM26.00/RM29.00 (SM/SS) #5 Fajar Pakeer (as at 05.10.2022)

Start Reading
Setelah Kita Bertemu [ TERBIT ]

Dear Dahlia/907957384-dear-dahlia-watak-utama-dahlia-inara?utm_source=rsscikshazee / 35 pages
Dua kawan baik yang membawa haluan masing-masing. Seorang detektif yang kematian anak dan kehilangan isteri. Dua jiwa yang sedang berduka. Satu misteri pembunuhan yang perlu diselesaikan. #2 Jenayah (as of 27.08.2020) #5 Malay Novel (as of 12....Dua kawan baik yang membawa haluan masing-masing. Seorang detektif yang kematian anak dan kehilangan isteri. Dua jiwa yang sedang berduka. Satu misteri pembunuhan yang perlu diselesaikan. #2 Jenayah (as of 27.08.2020) #5 Malay Novel (as of 12.10.2020) #1 Misteri (as of 03.12.2021) #9 Romantik (as of 09.12.2020) #25 Malaysia (as of 04.07.20)

Start Reading
Dear Dahlia