20 parts Ongoing Selepas sebuah kemalangan yang mengorbankan dua insan tersayang, hubungan Hanisa dan ayahnya tidak seperti dulu lagi.
Berpindah ke sebuah bandar baharu. Kononnya untuk membuka sebuah kisah dan membina kehidupan yang baharu di sana. Namun, Hanisa langsung tidak berminat.
...
"Selamat datang ke Senjana!"
...
Pada awalnya, semuanya kelihatan baik-baik sahaja. Namun lama-kelamaan, Hanisa dapat rasakan sesuatu yang aneh tentang bandar tersebut.
Penduduk di sini. Mereka seperti sedang menyembunyikan sesuatu.
...
"Kau percayalah kata-kata dia tu. Dusta!"
"Habis, kalau semuanya dusta apa yang benarnya?"
"Budak baru, kat sini kau kena faham satu perkara. Tak semestinya yang baik itu bukannya jahat. Tak semestinya yang jahat itu bukannya baik."
"Maksudnya?"
"Jangan pernah percaya sesiapa. Everyone's a liar."
...
Identiti.
Hanisa seperti terperangkap dalam sebuah permainan. Dia perlu selesaikan tugasannya untuk keluar daripada bandar ini dengan selamat. Namun, Hanisa perlu tahu...
Apa identiti dia di sini?
...
"Humans are unpredictable, so we shouldn't trust anyone because..."
"Everyone's A Liar."