Story cover for BUNGA AZALEA 1 ✅ by kashrinahaider
BUNGA AZALEA 1 ✅
  • Reads 391,384
  • Votes 21,286
  • Parts 71
  • Reads 391,384
  • Votes 21,286
  • Parts 71
Complete, First published Oct 19, 2017
Mature
Hadif Qalish dibesarkan dengan cara yang keji oleh ibunya. Disajikan dengan hubungan jijik mama dengan kekasih gelapnya didepan mata, membuatkan dia tidak mempercayai perempuan. Lagi-lagi apabila mama dan teman lelakinya menderanya dari kecil.

Dia tiada rakan, teman wanita jauh sekali. Hidupnya hanya ada dia dan bapanya sahaja, Qayyum yang lumpuh separuh badan.  

Dalam hatinya membenci wanita, Hadif terpikat pula dengan seorang gadis cantik dan popular di kolejnya. Azalea Afeefa. Afeefa yang tidak henti-henti mendekatinya sehingga dia tidak sedar terjatuh di dalam rancangan busuk Afeefa dan rakannya. 

Afeefa mempermainkan dirinya dan menjatuhkan maruahnya dihadapan semua orang. Disebabkan kejadian itu, hati Hadif sudah tertutup untuk mempercayai kata-kata perempuan. 

4 tahun berlalu, menjadikan dia lelaki seorang yang tegas. Arahannya harus dipatuhi! Tiada perkataan manis yang akan keluar dari bibirnya. Tiada senyuman terlakar dimukanya. Tiada belas kasihan.

"Saya akan tunggu kemaafan dari awak hingga akhir hayat saya" 

"Kau jangan ingat aku akan percaya cakap kau. Kau tu penipu! Penipu memang selalu menipu. Aku tak kisah lah kau nak mati sekalipun." 

Kemunculan Thaqif membuatkan Afeefa tidak tenang. Bagaimana reaksi Hadif jika dia tahu apa yang terjadi antara Thaqif dengannya? Makin bencikah Hadif padanya? 

Sampai bila Afeefa akan bertahan? Sampai bila ego Hadif akan tetap berdiri teguh? Kalau sayang, mengapa menyakiti ? 

"Kau ibarat bunga azalea, cantik tapi beracun"


⚠️TRIGGER WARNING ⚠️ 

CERITA INI MENGANDUNGI ADEGAN PENDERAAN DAN MATANG. TIDAK SESUAI BAWAH UMUR.


START : 1 MEI 2018
END: 10 NOVEMBER 2021
All Rights Reserved
Table of contents
Sign up to add BUNGA AZALEA 1 ✅ to your library and receive updates
or
You may also like
HIS IMPERFECT MEMORY by liyaalyn_
62 parts Ongoing
"Abang cintakan sayang sampai bila-bila. Abang tunggu di syurga ya?" Cinta NURAIN MEDINA untuk QASH ARSYAD IKHTIARI tiada batasannya. Cinta untuk lelaki itu kekal selama-lamanya. Cinta dia terhadap lelaki itu ikhlas kerana Allah. Walaupun lelaki itu terlebih dahulu pergi menghadap ilahi. "Who are you?" - Nurain Medina. "Who am I?" - Aza Qarizh. Munculnya lelaki bernama AZA QARIZH membuatkan perasaan Nurain Medina berbelah bahagi terhadap Qash Arsyad Ikhtiari. Dengan sifat dingin dan melindungi Nurain Medina membuatkan gadis itu merasakan sesuatu di dalam hatinya. "I am Aza Qarizh." Aza Qarizh. Seorang lelaki yang tidak dikenali meminta bantuan Medina untuk pulihkan ingatannya. Tapi, mana mungkin? Mereka langsung saling tidak mengenali apatah lagi memori bersama. "Mustahil kau tak kenal aku. Kalau tak macam mana gambar kau boleh ada dalam phone aku?" -Aza Qarizh "Tapi itu tidak bermaksud yang dulu kita kenal satu sama lain!" -Nurain Medina Bengang dengan Qarizh yang keras kepala, Nurain Medina tekad untuk membantu walaupun dia masih buntu dengan cara apa yang harus dia pakai untuk pulihkan ingatan lelaki itu. Bermula atas dasar niat untuk menolong beralih menjadi sepasang suami isteri yang saling mencintai. Saat hati saling memerlukan, ikatan janji terlakar. "Janji jangan tinggalkan Medina?" "Aku janji." Janji telah dimetrai. Namun siapa sangka sebelum ini sebenarnya lelaki itu telah bekeluarga! Sudah mempunyai seorang isteri yang dia tidak tahu dimana keberadaan isterinya sehingga bertekad untuk tinggalkan Nurain Medina. Dunia kejam? Kerana ini hanya tempat persinggahan sementara kawan. Start: 221222 End: cover by : @tsweetestrain #1 in action - 11/3/2025 #1 in love - 18/3/2025 All right reserved © LiyaaLyn
OG | BUNGA UNTUK NOAH by leanekhann
26 parts Ongoing Mature
Ketika kekosongan membelenggu didalam dirinya, hadirlah bunga yang munculmembawa Bahagia dan sinar didalam hidupnya yang penuh kelam sebelum ini. "Aku cakap, aku nak kahwin dengan kau." - Noah Shezin "Ampun tuan, saya tak minat orang tua." - Halily Adeena "Ibu nak tengok adik bahagia." - Puan Anisah "Adik bahagia bila ibu bahagia. Sebab kebahagiaan adik adalah ibu." - Halily Adeena Kebahagiaan yang dibina hanyalah sementara. Tidak semua berjalan seperti yang rancang. "Eh, berambuslah! Menyampah aku tengok muka kau!" - Halily Adeena "Adik, itukan suami adik. Cakap elok-elok." - Puan Anisah "Adik tak suka dia, bu! Adik benci tengok muka dia!" - Halily Adeena "Apa kau dah buat dekat isteri aku!!!" - Noah Shezin Normal kehidupan dalam perkahwinan, bagai ombak dilaut dan juga dadu yang dibaling. Kadang bahagia dan ada kalanya juga luka datang menyinggah. Sesungguhnya, hati manusia ini dipegang oleh-Nya, jadi ia mudah dibolak-balikkan. Apabila semuanya sudah kembali pulih seperti sedia-kala, mereka mula membina kebahagiaan semula. "Lily ada dengan abang. Sentiasa. Tak kira dimana." - Halily Adeena Dalam bahagia yang mereka bina semula itu, rupanya salah seorang dari mereka masih terbelenggu dengan mimpi. "Ya Allah, kau jadikanlah mimpi itu benar. Aku rindu dia, ya Allah.." "Kau satukanlah kami disana nanti ya Allah... Aku mohon pada-Mu..." ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ start: 09 September 2024 end: ... ⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯⎯ SLOW UPDATE ❗️❗️❗️ ⚠️WARNING! - bahasa kasar - emosi bercampur - plot yang bertukar 'tiba-tiba' - isu sensitif
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  by EmbunMawar
27 parts Complete
TERBIT NOVEL FIZIKAL SEPT 2022 Iris Athiyyah Ahmad Fateh Aryan "Kan aku dah pernah promise, aku dan kau adalah satu. Sakitnya kau dua kali gandanya sakit untuk aku, Iris. Sakitnya aku, maka akan berganda-gandalah sakit kau!" Persahabatan yang terikat sedari mereka kecil telah menghadirkan satu rasa yang luar biasa di antara mereka berdua. Saling melindung dan menjaga antara satu sama lain walau dalam apa jua keadaan yang mendatang. Akibat satu salah faham, segalanya berubah. Iris yang terlalu merendah diri, Fateh yang sudah tersalah sangka telah merubah takdir mereka berdua selamanya. Takdir tidak menyebelahinya apabila jejaka pujaannya itu menyimpan perasaan terhadap adik kandungnya sejak sekian lama dan menyulam cinta berdua tanpa pengetahuan Iris selama ini. "Tahniah Fateh. Penantian kau kembali ke Malaysia tak sia-sia bro. Please take a good care of my sister. Jangan pernah sakitkan hati dia, kalau tak nahas kau." -Iris Athiyyah Fateh bahagia menyulam cinta bersama isteri tercinta. Kebahagian yang disangka akan kekal sampai bila-bila berakhir dengan tragisnya. Kebahagiaannya diragut pergi hanya kerana amanah yang diberi tidak dilaksanakan dengan selayaknya. Fateh kecewa. Kekecewaannya semakin hari semakin memakan diri. Dirinya hilang arah dengan hilangnya si cinta hati. Saat Iris mula menerima takdir, sekali lagi takdir mengheretnya ke lembah derita. "Kau tak pernah rasa hilang orang yang kau cinta Iris. Tak pernah! Jangan tanya kenapa aku tak boleh maafkan kau!" -Fateh Aryan Bagaimana mampu untuk Iris menggantikan tempat mulia itu jika hati Fateh terlalu mencintai Afiyyah? Bagaimana Iris mampu untuk mengubati luka itu jika dia... Kekecewaan lelaki itu?
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] by shafiqhafizi4_
51 parts Complete
[COMPLETED] Nur Fatimah Maisarah. Pertemuan yang tak terduga dengan Haykarl Ashraff telahpun menjerat dirinya dengan lelaki itu. Disebabkan satu kejadian, dia dipaksa berkahwin dengan lelaki itu biarpun di hati tiada nilai cinta. Hidup bersama dengan lelaki itu membuatkan Nur Fatimah Maisarah terpaksa menanggung derita berbanding bahagia. Pernikahan tanpa cinta itu benar benar menjerat dirinya. Haykarl Ashraff juga sudah mengakui bahawa Nur Fatimah Maisarah bukanlah gadis yang mendapat tempat di dalam hatinya. Malah ada perempuan lain yang sudahpun bertakhta didalam hati. "Ya Allah, Jika benarlah dia yang kau ciptakan untukku, maka aku akan terus tabah mengharungi getir kehidupan ini. Aku akan terus menanti rasa cinta daripada dia untukku. Berilah aku kesabaran yang tinggi kerna aku adalah selemah lemah insan, Ya Allah" - Nur Fatimah Maisarah. Disebabkan satu kejadian yang telah menimpa mereka berdua, Nur Fatimah Maisarah pergi membawa diri. Hatinya terus membeku. Kata sayang dan cinta dari lelaki itu sudah tiada makna baginya. "Sayang, Abang mintak maaf. Abang mintak maaf sangat sangat atas segala kesalahan yang abang pernah buat pada sayang. Percayalah sayang, abang sayang dan cintakan sayang sangat sangat. Saat pertama kali kita berjumpa, saat itu lah sayang sudahpun ada dalam hati abang. Tapi abang ego. Abang nafikan apa yang abang rasa terhadap sayang. Tapi, sekarang baru abang sedar yang sebenarnya abang dah lama cintakan sayang" - Haykarl Ashraff. Hati Nur Fatimah Maisarah terus membeku. Rasa cinta dalam hatinya buat lelaki itu sudahpun mati. Kau Hidupkanlah Rasa Ini! "Kalau ada anugerah pelakon terbaik, saya rasa awak layak untuk dapat anugerah tu. Mungkin dulu saya terpedaya dengan lakonan awak. Tapi sekarang, tidak lagi!" - Nur Fatimah Maisarah. Apakah kesudahan kisah mereka? Masihkah ada harapan untuk bahagia? Ataupun derita yang kekal menjadi teman setia? Beautiful Cover by @imhazel_al Start : 20 JUN 2021 End : 19 SEPTEMBER 2021
Psycho Itu Aku Punya  by itsmenurfa
80 parts Complete
SYED AZRIEF siapa saja tak kenal dengannya, lelaki paling handsome dekat sekolah dan juga anak orang kaya yang di pengaruh di Malaysia boleh katanya siapa yang memandangnya akan jatuh hati kepadanya, walaupun mereka tahu Syed Azrief itu seorang yang nakal di sekolah, dia dan 2 orang kawannya itu Ameer dan Hariz suka membuli orang sehingga ramai yang berpindah sekolah kerana mereka bertiga. "weh jalan tu pakai mata lah, ikut suka hati kau je langgar orang, mata letak dekat mana? lutut ke? kalau rasa rabun tu pakai lah cermin mata, takkan itu pun nak kena ajar!!!"-SYED AZRIEF AYRA AMANI seorang anak yatim piatu yang tinggal bersama ibu saudaranya belah mamanya merangkap mummy, Puan Marina lah yang menjaganya selepas kematian ibubapanya, dia seorang yang degil, keras kepala dan akan melawan balik apa yang orang cakap. "kau siapa nak marah-marah aku ha? aku tak kenal kau pun, tiba-tiba nak marah orang, gila ke? kan aku dah minta maaf kan tadi kau pekak ke? heh tak sangka muka handsome tapi pekak"-AYRA AMANI Kerana perjanjian antara arwah ibubapanya dan ibubapa Syed Azrief, mereka terpaksa berkahwin muda sehingga mereka bergaduh hari-hari, pantang berjumpa pasti akan bergaduh ibarat seperti Tom and Jerry. "aku tak ingin pun lah nak kahwin dengan kau! Kau fikir aku ni ada hati ke dekat kau?"-AYRA AMANI "habistu kau ingat aku suka dekat kau lah? minta simpang lah aku nak suka dekat kau. Dah lah pendek tak sedar diri"-SYED AZRIEF "saya Mia Adriana bekas kekasih hati Syed Azrief"-MIA ADRIANA "kau tunggu perempuan akan aku singkirkan kau dari hidup Azrief"SHARIFAH AMELYN [Old Version] - [New Version]
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved © viepixxa
You may also like
Slide 1 of 10
Terima Kasih Derita [TERBIT] cover
HIS IMPERFECT MEMORY cover
OG | BUNGA UNTUK NOAH cover
[TERBIT] Salahkah Aku Menanti  cover
WHEN HE FELL HARDER cover
PENGARANG JANTUNG : TENGKU AIDEEN RIDZHAN  cover
ATHIFA : BIDADARI DUA PENJAGA cover
Kau Hidupkanlah Rasa Ini [✔️] cover
Psycho Itu Aku Punya  cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover

Terima Kasih Derita [TERBIT]

20 parts Complete

BLURB: Afeeya Daniella binti Datuk Ammar, gadis Pan-Asia yang punya segala kelebihan. Namun kerana satu fitnah, Afeeya dibuang oleh bapa kandungnya sendiri pada hari kematian ibunya. Malah kerana fitnah yang sama juga, hubungan Afeeya dan kawan baiknya, Anissa telah musnah. Afeeya akhirnya terpaksa membawa diri dengan identiti yang disembunyikan. Namun takdir Allah, Afeeya terpaksa disatukan dengan lelaki yang begitu membencinya. Dialah Irfan Sufyan Tan Sri Yusuf! "Fan akan kahwin dengan dia, tetapi dengan bersyarat. Fan tak nak sesiapa pun tahu Fan kahwin dengan dia. Lebih-lebih lagi daripada Nisa. Dan kalau Fan dapat tahu yang Nisa tahu hubungan Fan dengan perempuan ni, Fan takkan teragak-agak untuk ceraikan dia! - Irfan Sufyan "Saya sedar diri saya di mata awak, Encik Irfan. Tadi awak ada kata yang awak seribu kali tak ingin dengan saya kan? Tapi awak tak tahu yang saya sejuta kali tak inginlah dengan awak!" - Afeeya Semenjak itu, hubungan mereka tidak pernah berubah dengan saling membenci. Namun tatkala cinta sudah hadir, Afeeya mendapat tahu bahawa Anissa yang pernah disebut-sebut suaminya rupa-rupanya ialah Anissa, bekas kawan baiknya sendiri. Afeeya reda... jika Anissa membongkar kembali fitnahnya di hadapan suaminya. Namun, sehingga bilakah Afeeya mampu merahsiakan identiti dirinya daripada pengetahuan semua? Adakah derita Afeeya akan berakhir juga pada akhirnya?