KALAU SUDAH TERTAKDIR | C
45 parts Complete 饾悋饾悇饾悜饾悁 饾悙饾悎饾悞饾悡饾悎饾悕饾悁. Sejak kecil, dia sedar dirinya bukan darah daging keluarga itu. Dia dan kembarnya hanyalah anak angkat, dijemput masuk ke dalam hidup keluarga Tengku Mokhtar atas dasar simpati. Mujur pasangan suami isteri itu melayan mereka seperti anak sendiri.
Dan sejak itulah, semuanya berubah. Tengku Aydan Iskandar, budak lelaki yang dulu suka berperang mulut dan buat hidup Hera tak tenteram, semakin menjauh. Dingin. Sinis. Tetapi siapa sangka, selepas bertahun membawa diri ke menara gading, si enemy zaman kecik itu pulang dengan pakej yang langsung tak dijangka. Tinggi. Kacak. Cold. Diva kalah perempuan. Dan paling tak boleh terima... dia masih menyakitkan hati. Lagi parah, Tengku Aydan rupanya menyimpan satu identiti rahsia-sisi lain yang langsung tak selari dengan personaliti 'Tengku bossy' yang Hera kenal.
饾悡饾悇饾悕饾悊饾悐饾悢 饾悁饾悩饾悆饾悁饾悕 饾悎饾悞饾悐饾悁饾悕饾悆饾悁饾悜. Dia kembali bukan untuk berdamai. Tetapi untuk 'memiliki'. Demi satu syarat bagi mewarisi legasi bapanya, mereka berdua dikorbankan dalam perkahwinan yang langsung tak diingini. Dia bertekad untuk tak jatuh cinta. Tak akan beri ruang pada 'anak angkat' yang dianggap orang luar. Tapi... dia juga manusia. Dan kebencian yang dulunya membara, perlahan-lahan bertukar menjadi sesuatu yang dia tak mampu dustakan.
"Kau? Pertama kali kau guna panggilan tu. Kau... kau betul-betul dah bencikan aku?"
- TENGKU AYDAN ISKANDAR
"Infinity. Itu sejauh mana aku benci kau."
- HERA QISTINA
Namun takdir itu ikonik. Semakin mereka cuba menjauh, semakin hati mendekat. Dan dalam perang antara ego, dendam dan perasaan, siapa yang akan tersungkur dulu?