ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT)
  • Reads 2,461,926
  • Votes 41,862
  • Parts 26
  • Reads 2,461,926
  • Votes 41,862
  • Parts 26
Complete, First published Dec 24, 2018
"Hoi! Buta ke?"
"Maaf encik. Saya nak cepat. Saya tak sengaja langgar. Maaf sangat-sangat."
"Lain kali mata tu letak jelah kat tapak kaki. Ada kat muka pun tak reti nak guna pandang depan. Main rempuh je. Kalau aku jatuh tadi, macam mana?"
"Apa masalah encik ni ya?"
"Talk to my hand!"

Andri Fedric, seorang jejaka Perancis berusia 30 tahun. Kedatangan dia ke Malaysia adalah atas urusan kerja. Namun siapa sangka dia dipertemukan dengan gadis dua tahun lepas. Di tempat yang sama.

"Pastikan kau tak berjumpa aku lagi lepas ni  Kalau tak, kau tahulah apa nasib kau." - ANDRI

Afya Aileen, gadis Melayu berusia 25 tahun. Disangkakan, pertemuan di KLIA itu adalah yang terakhir. Namun, bagai ada tali yang menarik mereka untuk terus bertemu. Dan ia, membuat hidup Afya huru-hara.

"Kalau bukan awak yang hantar gambar-gambar tu, siapa lagi? Awak je yang memang tak puas hati dengan saya sekarang ni. Buat report konon saya cederakan awak. Eh padahal awak yang bersalah. Yang memulakan. Saya cuma nak lindung diri sendiri je. Tak cukup buat saya kena gantung kerja, buat pula saya bergaduh dengan ibu ayah dengan hantar gambar-gambar tu semua. Manusia jenis apa awak ni? Suka huru harakan hidup orang!" - AFYA

Siapa sangka, orang yang membuat hidupnya huru hara itulah yang menjadi jodohnya. Demi membiayai kos perubatan si ayah, Afya bersetuju dengan syarat yang ditetapkan oleh Andri. Iaitu kahwin.

Namun, satu demi satu dugaan datang daripada sebelum sehinggalah selepas mereka berkahwin. Menguji cinta mereka.

"Ya, aku mengaku aku jahat.  Aku tak sepatutnya berkahwin dengan kau.  Aku silap.  Aku tak fikir tentang kau.  Aku pentingkan diri sendiri je. Aku minta maaf." - ANDRI

"Awak... awak baik sangat. Awak... tak jijik ke dengan saya? Saya kan... dah disentuh lelaki lain." - AFYA

Love is like a war. Easy to start. Difficult to finish. And impossible to forget.
All Rights Reserved
Sign up to add ANDRI FEDRIC: Mr Mafia Miss Inspector (TERBIT) to your library and receive updates
or
#43mafia
You may also like
Perfect Sky by saraimani99
50 parts Complete
Orkid Wardina ialah wanita yang mempunyai segalanya kecuali cinta. Saat orang lain menemui bahagia, Orkid masih sendirian. Bagi Orkid, jodoh bukan segalanya. Sekiranya dia sendirian sehingga ke hari tua, dia redha. Apatah lagi dia sedang menggalas tanggungjawab sebagai penjaga kepada Nawra, anak abang tercinta setelah Ghazi meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kerana kejayaannya, Orkid digilai Ridhwan. Seorang lelaki yang sanggup menceraikan isteri sendiri kerana mahukan Orkid. Hanya satu sahaja cara untuk menyelamatkan diri daripada lelaki itu. Orkid perlu segera berkahwin. Kemunculan Elhan, jiran sebelah rumah merangkap pak cik saudara kepada Nawra dilihat sebagai satu peluang besar kepada Orkid. Saat Elhan berani melamar, Orkid menaruh harap, Elhan kunci penyelesaian untuknya daripada terus dikejar Ridhwan. "Kak Dib ada cakap yang saya perlu berkahwin. Mungkin, Ridhwan takkan berani kacau saya lagi kalau saya dah ada suami. Saya terfikir awak, Elhan......" -Orkid Wardina "Orkid Wardina, sudi tak kahwin dengan saya? Jom kita bercinta selepas kahwin. Boleh?" -Elhan Waqqas- Bagi Elhan Waqqas, Orkid Wardina ialah cinta pertama yang dia yakin, bakal menjadi cinta terakhirnya juga. Tidak kisah apa jua alasan Orkid menerimanya, dia yakin bakal ada cinta di hati Orkid. "Sebagai seorang ayah dan suami, abang janji yang abang akan jaga keluarga kecil kita. Biarlah sebesar mana ujian melanda." - Elhan Waqqas Langit yang indah juga bergulung awan hitam sekali-sekala. Langit yang indah juga menurunkan hujan, simbolik kepada kesedihan. Orkid Dan Elhan diuji. Tatkala Elhan cuba menyelamatkan Orkid, ada sesuatu berlaku kepada Ridhwan sehingga memerangkap Elhan. Jika cinta bersemi di hati Orkid, Elhan akan bertahan. Jika tidak, adakah hukuman dunia pengakhiran perjuangan Elhan buat Orkid Wardina? Elhan masih berdoa langit sempurna yang dia idamkan dapat dipeluk juga.
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED] by itmesopy
79 parts Complete
#1 ENCIK'S SERIES 𝐓𝐇𝐀𝐐𝐈𝐅 𝐉𝐀𝐁𝐀𝐑 𝐗 𝐊𝐀𝐔𝐒𝐀𝐑 𝐔𝐌𝐀𝐈𝐘𝐀𝐇 "Assalamualaikum, cinta." Thaqif Jabar - seorang duda yang kacak, bekerjaya dan memiliki seorang anak. Bekas isterinya langsung tidak mahu bertanggungjawab menjaga Jabir, anak tunggal mereka menyebabkan dia terpaksa mencari babysitter untuk anak mereka. Kausar Umaiyah - seorang gadis yang masih muda tetapi terpaksa korbankan usia mudanya untuk menjaga ibunya yang uzur. Satu peristiwa mempertemukan mereka berdua. Pada awalnya Thaqif sekeras-kerasnya membenci Kausar. Baginya gadis itu mahu mengambil kesempatan pada keluarganya. Kau ingat aku percaya kau?? Entah entah kau nak ambik kesempatan dekat family aku - Thaqif Even pakcik dah jumpa family saya, pakcik still tak percaya saya ke?? - Kausar Namun dia terpaksa mengambil Kausar sebagai babysitter anaknya sementara dia dapat mencari babysitter yang baharu. Cara layanan Kausar terhadap anaknya membuatkan hatinya mula tersentuh. Tanpa diduga, perasaan cinta muncul secara tiba tiba namun dia masih menafikan. Sehingga hatinya mula terdetik untuk meluahkan perasaannya pada gadis itu. Kau dan Jabir separuh nyawa aku. Jika salah seorang hilang, maka tak lengkap la kehidupan Thaqif Jabar - Thaqif Jabar Kemunculan bekas isterinya semula membuatkan fikirannya bercelaru. Bersama dengan bekas isterinya semula atau bersama yang baharu? Masih cintakah dia pada bekas isterinya? START - 22/2/2023 END - 29/4/2023
GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGIN by IkhaZully
12 parts Complete
KARYA KETIGA GENRE : RANDOM (SHORTSTORY + ACTION) COMPLETED Adam Wafie Siapa tak kenal? Gangster sekolahpaling terkenal. Terkenal dengan gelaran 'pemecah rekod' nama terbanyak dalam buku disiplin. Setiap hari muka yang sama keluar dari bilik disiplin itu. Guru disiplin juga sudah muak melihat Adam bersama 3 orang sahabat baiknya yang lain. Jannatul Hawa, nama secantik rupa dan akhlaknya. Namun yang paling terkenal pada dirinya ialah kedinginannya yang seperti ais kebal. Semuanya berlaku atas sebab tertentu. Walaupun dingin dia tetap sopan santun dan berbudi bahasa dengan orang sekelilingnya. Pertemuan pertama dengan Adam Wafie menjadi buah mulut pelajar SM Teluk Intan bila mereka bergaduh besar. Perempuan pertukaran dari UK bergaduh dengan gangster sekolah. Adam Wafie, Aliff Ryan, Aiman Rayyan dan Aizzat Amin, 4 lelaki terkenal dengan kekacakan rupa dan kekayaan harta. Namun mereka lebih di kenali dengan perangai nakal dan gangster mereka. Jannatul Hawa, Raisya Syuhada, Aiqah Azzahra dan Amal Umairah, nama secantik rupa. Perangai yang sopan santun membuatkan ramai yang suka bergaul dengan mereka. Namun kadang mereka juga berubah dingin. Tiada siapa yang tahu tentang mereka sebenarnya. Siapa sebenarnya Jannatul Hawa dan sahabatnya yang lain? Pergaduhan yang muncul membuatkan munculnya satu perasaan yang sukar di tafsirkan. Mampukah mereka bersama? Atau takdir tidak menyelebahi mereka? "Lindungi mereka. Banyak musuh yang bakal mencari mereka." Siapa yang perlu di lindungi? Siapa pula yang akan melindungi? "Dasyat permainan korang. Sekarang tiba masa untuk titik terakhir hidup korang." Siapa yang akan selamat? Siapa pula yang akan pergi? Nantikan dalam Gangster Nakal V.S Mafia Dingin. Start: 1 MARCH 2019 End: 11 MARCH 2020 Beautiful cover from Aizack_Mesle
Dr. Crush: Her Savior (C) by idkwydlr
95 parts Complete
"Aku sayang Eshal sehingga hujung nyawa. Tapi, aku sayang kau buat selamanya" FAREL GIBRAN "The mark of a true crush... is that you fall in love first and grope for reasons afterward" - NATASHYA AMMARA Perkahwinan pertama FAREL GIBRAN merupakan hari kebahagiaannya kerana sudah memiliki wanita pujaan yang didambakan, ESHAL DHAMIRAH. Tetapi, kebahagian yang dikecapi hanya sementara, Farel lupa bahawa siapa pemilik sebenar Eshal yang mutlak. CINTANYA terkubur bersama si isteri. Penguatnya pada saat itu hanyalah amanah peninggalan Eshal iaitu anak kembar mereka, FALIQUE ARMAN dan FALISHA AULIA. Tiada yang lebih penting selain mereka berdua. - - - NATASHYA AMMARA, seorang guru tadika yang masih menunggu dengan setia untuk kekasih hatinya, LUTHFI AMIR datang meminang dirinya walau hakikat sebenar hubungan mereka sudah pun retak menanti belah. Mahu melangkah pergi, tapi sayang akan hubungan yang sudah lama terjalin. Pertemuan tak dijangka pada tahun baru persekolahan, menemukan semula Natashya dengan Farel iaitu seorang 'senior' yang pernah diminatinya dalam diam ketika belajar di UNITAR dahulu. Bagaimanakah perjalanan kisah hidup mereka kelak? Adakah lagi cinta dalam diri Farel untuk wanita lain selain Eshal Dhamirah? Dapatkah Natashya mengecapi kebahagiaan yang dipinta selama ini? Highest Rangking: #5 malaysia #2 kisahcinta #2 duda #4 romance ...... Playlist Dr. Crush: Her Savior : 1. Akhir Cerita by Dalia Farhana x Aziz Harun 2. Jangan Jangan by Wani Kayrie 3. Sebenarnya by Alif Satar x Siti Nordiana
You may also like
Slide 1 of 10
Mr Killer Mrs Mafia✔✔ cover
♡Fakta Kembar♡ cover
Jarak Umur Antara Kita cover
Perfect Sky cover
PEMILIK HATI ENCIK DUDA [COMPLETED] cover
GANGSTER NAKAL V.S MAFIA DINGIN cover
TENGKU AFHAM DAZIEL'S cover
𝐇𝐞𝐥𝐥𝐨 𝐌𝐞𝐢𝐧 𝐀𝐧𝐠𝐞𝐥 | 𝐂 cover
GAVRIEL cover
Dr. Crush: Her Savior (C) cover

Mr Killer Mrs Mafia✔✔

65 parts Complete

Tengku Aryana Sofea dan Tengku Ria Emelea adalah sahabat baik dari kecil lagi begitu juga dengan kedua ibu bapa mereka..tetapi..kehidupan Tengku Aryana dan Tengku Ria tidak lah cerah..malah gelap..Darah,Membunuh dan Peluru..sudah sering berlaku di dalam kehidupan dua gadis tersebut..namun keadaan menjadi kucar-kacir apabila kedua gadis itu didatangi masalah yang harus mereka berdua pilih antara CINTA atau NYAWA..dapatkah mereka berdua menyelesaikan masalah tersebut? Nak tahu..baca lahh...