8 parts Ongoing Valerie akhirnya berjaya menjejakkan kaki ke universiti impiannya. Demi mencapai cita-cita yang telah lama tersemat di hati, dia rela berjauhan dengan keluarga tercinta.
Dia bukan gadis biasa. Valerie dikenali dengan sikapnya yang lantang bersuara, teguh dengan pendirian sendiri, dan tidak gentar menentang sesiapa sahaja, hatta keluarganya sendiri. 'Attitude'-nya tidak mudah ditelan sesiapa, menjadikan dirinya sukar didekati, namun begitu mempesona.
Segalanya berubah saat dia dipertemukan kembali dengan seseorang dari masa silam-Zayn, rakan sekolah lamanya yang kini kembali muncul dalam hidupnya. Walaupun usia mereka berbeza tiga tahun, jurang itu tidak pernah menjadi penghalang pada satu ketika dahulu. Namun pertemuan semula itu bukan lagi tentang persahabatan... tapi takdir yang mula menulis cerita baru.
"Lama tak jumpa... Dear Vale..." - Zayn
"Kau bukan Zayn yang aku kenal." - Valerie
"Aku memang berubah, Vale. Tapi ada satu perkara yang masih sama sejak dulu..." - Zayn
"Apa dia?" - Valerie
"Obsesiku terhadap kau, Vale." - Zayn
Namun... sanggupkah Valerie bertahan dalam dakapan cinta yang penuh bahaya, atau dia akan karam dalam gelora yang dicipta oleh lelaki bernama Zayn ?
TW : AAAAA I GUEES THIS NOVEL ADA CRINGE WARNING AND SO ON EVEN MYSELF CAN'T DESCRIBE IT SOOO GUYSSS IF YOU DON'T LIKE IT, DON'T READ IT OR LEAVING A HATE COMMENT ON MY FIRST NOVEL HUWEEEEE