41 parts Ongoing Puteri Sofea
(Karya keenam)
Si gadis diburu kerana harta. Si jejaka dihantar kerana misi. Tapi siapa sangka cinta yang tertulis?
Puteri Sofea Alana - cantik, bijak, dan berdarah bangsawan. Namun, di sebalik senyumannya, dia tahu dunia sekelilingnya penuh dengan topeng dan niat tersembunyi. Dia tidak percaya cinta... lebih-lebih lagi dari lelaki yang hanya melihat nilai pada gelaran dan warisan.
Tengku Anas Mikael - lelaki kasanova yang tak pernah gagal dalam misi memikat. Tapi kali ini, ayahnya beri satu misi goda dan kahwini Puteri Sofea Alana. Demi keluarga, dia setuju. Demi tanggungjawab, dia nekad.
Namun bila kata-kata manisnya mula membuahkan rasa, hati mula rapuh. Dalam perkahwinan yang awalnya penuh rahsia dan sandiwara, hadirnya kasih sayang yang tak dijangka.
Tapi bila kebenaran terbongkar, mampukah cinta mereka bertahan? Antara darah daging dan cinta hati, yang mana satu harus didahulukan?
鉂孭lagiat tak dibenarkan鉂
Cerita ni hanya rekaan semata-mata.