抖阴社区

Story cover for Misteri Rumah Penunai Hajat by NadhrahHusna1
Misteri Rumah Penunai Hajat
  • Reads 149
  • Votes 5
  • Parts 21
  • Reads 149
  • Votes 5
  • Parts 21
Complete, First published Apr 27, 2021
Kerisauan yang melanda Hanin, Hadif, Zul Waqar dan Nafisah terhadap UPSR membuatkan mereka mencari ikhtiar agar  impian mereka mendapat semua A di dalam peperiksaan itu menjadi kenyataan. Apabila mendengar cerita mengenai sebuah rumah kayu yang dapat menunaikan hajat membuatkan rasa ingin tahu mereka memuncak. Dikatakan, sesiapa yang mengambil air dari sungai berhampiran rumah itu dan memohon hajat, apa yang dipinta akan menjadi kenyataan. Cerita sensasi itu sampai ke pengetahuan Cikgu Salmi, dan mereka dileteri kerana mempercayai khurafat. Sebaliknya, apabila mereka tanyakan mengenai cerita itu kepada seorang guru baru, Ustaz Lutfi  dia mengesahkan kewujudan tempat itu.
All Rights Reserved
Sign up to add Misteri Rumah Penunai Hajat to your library and receive updates
or
#959novel
You may also like
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka by Miss_penguinla
10 parts Ongoing
Di sebalik tawa yang lantang dan senyum yang ceria, tersembunyi jiwa yang letih, Harith Zafriel Bin Nazreen, anak sulung dari tujuh beradik, yang tidak pernah diberi pilihan untuk menjadi 'anak'. Sejak bayi, tubuhnya lemah diserang asma, namun jiwanya dipaksa kuat untuk menanggung retak-retak keluarga yang semakin membesar. Zafriel bukan hanya abang, dia juga pelindung, penghibur, dan peredam api dalam rumah yang selalu bergolak. Ummi dan Abah, dua figura yang disayangi tapi juga menyesakkan. Tegas, bertengkar, saling menyayangi dalam cara yang salah. Ketika hampir bercerai, keputusan seorang adik mengubah haluan keluarga, namun tidak pernah memulihkan trauma Zafriel yang mulai takut akan konflik, dan hidup dalam ketakutan bayangan masa depan yang selalu buruk. Di rumah, dia memaksa dirinya menjadi badut, tertawa lebih kuat daripada luka. Tapi di sekolah, dia jadi senyap, introvert, hanya ingin menjaga air muka Ummi yang juga guru kaunselor di sekolahnya. Dia takut buat silap. Takut merosakkan maruah keluarga. Takut jadi 'beban'. Dan di satu ketika, dia pernah dibuli. Dipermalukan. Dipinggirkan hanya kerana menjalankan tanggungjawab menjaga adik-adiknya ketika ibu bapa tiada. Tapi seperti biasa-dia diam. Dia redha. Kini, Zafriel sudah 18 tahun. Diterima masuk ke sebuah kolej jauh dari kampung halamannya di Kelantan. Jauh dari suara jeritan, dari beban tanpa rehat, dari wajah-wajah yang disayangi tapi melukainya tanpa sedar. Namun, di tempat baru ini, Zafriel tidak hanya akan menemui pelajaran, dia akan menemui dirinya. Temui luka-luka lama yang belum sembuh. Temui manusia yang mahu mendengar tanpa menghakimi. Temui batas antara pengorbanan dan penghapusan diri. Dan yang paling penting, temui keberanian untuk hidup bukan semata-mata untuk mereka, tetapi juga untuk dirinya sendiri. kisah benar emosi seorang remaja yang terlalu awal menjadi dewasa, perjalanan mencari ruang untuk mencintai diri dalam dunia yang sering lupa bahawa anak sulung juga hanya manusia.
HOROR ASRAMA MISTIK  by Tuan_13
13 parts Complete
Penerangan Cerita: Cerita ini berkisarkan tentang Fahirah, seorang pelajar baru di sebuah asrama yang terkenal dengan kisah-kisah misteri dan gangguan supranatural. Pada mulanya, kehidupan Fahirah di asrama tampak seperti kehidupan biasa, namun keadaan mula berubah apabila dia mengalami gangguan dari dunia lain-dimana dia dirasuk oleh jin yang sangat kuat. Kejadian ini mengubah kehidupannya, menyebabkan dia bertindak agresif, mengancam orang di sekelilingnya, dan mempengaruhi suasana di asrama. Fahirah mula menunjukkan perubahan yang ketara dalam tingkah laku, dan ini mencetuskan kekacauan di kalangan penghuni asrama. Mereka mula merasakan ketegangan dan ketakutan apabila Fahirah mula menguasai mereka, mengarah dan memaksa mereka untuk tunduk kepada kekuatannya. Malah, dia mengisytiharkan dirinya sebagai ketua jin, menggugurkan segala nilai-nilai keinsanan dalam dirinya. Watak-watak seperti Ustaz Za'im, Ustaz Adit, dan Hakim muncul sebagai penyelamat untuk membantu mengatasi masalah ini. Mereka berusaha untuk menyelamatkan Fahirah dari gangguan yang merasuk dirinya. Perjalanan untuk membebaskan Fahirah daripada rasukan ini membawa mereka melalui pelbagai cabaran yang penuh ketegangan, konflik batin, dan pertarungan melawan kuasa gelap. Dalam proses ini, watak-watak seperti Aisyah, Hana, Syasya, Syahida, Hazim, Aiman, Amirul, dan Zarif memainkan peranan penting sebagai rakan-rakan yang menyokong Fahirah, memberikan sokongan emosi dan fizikal ketika dia melalui saat-saat sukar.
Merinduimu Bukan Sederhana by karyaseni2u
16 parts Complete
[Cerita akan dikemasikini setiap hari 1 bab sehingga bab 15, jam 8.00 malam] Siapa sangka, jarak dan waktu yang tersingkap menyimpan sebuah kebenaran antara Lutfir Hakimi dan Hazie Tsuraya. Bermula dari insiden yang lalu, Lutfir terus membawa rindu yang terpendam lama. Hanya kerana sebaris nama yang hampir sama di atas selembar warkah, dia tersalah sangka lalu terpaksa dia menanggung malu dan ego tidak bertepi. Namun rindunya kepada Hazie bukan rindu yang sederhana. Jauh di sudut hati dia selalu mengharapkan Hazie memandangnya walaupun sekali. "Lama kita tak berjumpa. Abang Kimi sihat?"- Hazie Tsuraya "Kalau belum nak mati tu... Kira sihatlah."- Lutfir Hakimi Bukan dia tak cuba melupakan tentang wanita itu namun mereka bagai dijodohkan kerana bersua lagi. Takdir yang tertulis membuatkan mereka semakin dekat. Kali ini dia tidak mampu menidakkan rindu yang sudah lama menghuni dalam hatinya. Saat rindu yang disemai semakin bercambah, pelbagai dugaan datang menghimpit. Tidak seinci pun dia berganjak jauh daripada Hazie. Menyayangi wanita itu menuntut kepercayaan, keikhlasan dan pengorbanan.Itulah yang dia lakukan. "Kalau aku tak ucap bukan bererti aku tak sayang. Bukan bererti aku tak peduli. Aku tunjuk semua tu melalui perbuatan tapi kau yang tak nampak. Sibuk ukur nilai kasih sayang tu dengan kata-kata."- Lutfir Hakimi "Kalau manusia mampu melakar sendiri takdirnya, takkan ada lagi manusia yang bersyukur kepada-Nya." - Hazie Tsuraya Merindui seseorang cukup melelahkan.Hanya mereka yang mengusung rindu tahu betapa sakitnya hati dibebankan dengan rasa kosong. "Sejujurnya, aku harap surat cinta tu memang untuk aku dan bukan untuk Hakimi. Kau bagi aku harapan seminit kemudian kau hancurkan sekelip mata. Bukan aku tak cuba lupakan kau tapi kau sentiasa ada dekat. Macam mana aku nak move on?" - Lutfir Hakimi Mampukah kerinduan itu mengikat sebuah cinta? Adakah rindu yang hadir itu sekadar rindu yang sederhana?
JEJAK BAYANG [COMPLETED] by dhimien
37 parts Complete
ini mimpi..atau realiti? --- Hayden Rafiq, seorang remaja lelaki pendiam, disahkan menghidap amnesia disosiatif selepas satu tragedi kebakaran misteri yang berlaku ketika dia berusia 12 tahun. Dia tidak mengingati apa-apa tentang keluarganya, dan hidup berpindah-randah dari satu rumah jagaan ke rumah lain. Kini di sekolah menengah, dia cuba menjalani hidup biasa sambil menyimpan rahsia besar: dia sering bermimpi tentang satu dunia yang berbeza - dunia di mana remaja-remaja lain bercakap bahasa yang dia faham tetapi tidak pernah pelajari, memakai pakaian aneh, dan mengulang-ulang satu frasa: "Kau masih ingat siapa kau sebenarnya?" Dalam dunia itu, dia dikenali sebagai "R.", seorang remaja pembunuh yang diburu oleh pihak berkuasa kerana membunuh lima orang. Rafiq mula takut - adakah dunia itu hanya mimpi? Atau adakah ia kenangan lama yang sedang cuba kembali? Di sekolahnya yang sekarang, dia menyimpan perasaan terhadap seorang pelajar bernama Aira Medina - seorang pelajar pintar yang suka menulis cerpen misteri. Rafiq sering menulis puisi tanpa nama dan menyelitkannya dalam buku Aira. Namun satu hari, Aira menulis cerita pendek yang menggambarkan pembunuhan dalam mimpi Rafiq dengan sangat tepat... terlalu tepat. Apabila pelajar di sekolah mula mati seorang demi seorang - dalam gaya yang sama seperti "dunia mimpi" Rafiq - dia mula percaya bahawa dunia itu bukan hanya dalam kepala dia. Mungkinkah dia sebenarnya seorang pembunuh yang telah dilupakan? Atau ada seseorang yang cuba menjadikan dia kambing hitam? Dan Aira... mungkin tahu lebih daripada yang dia tunjukkan.
You may also like
Slide 1 of 10
Kampung Mati cover
3 BERADIK cover
Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka cover
Karun Maryam cover
HOROR ASRAMA MISTIK  cover
Merinduimu Bukan Sederhana cover
JEJAK BAYANG [COMPLETED] cover
Sir, Saya Cintakan Awak! cover
Bisikan dari Tanah Belakang cover
Rahsia Disebalik Sekolah cover

Kampung Mati

40 parts Complete

Sekumpulan pelajar telah ditugaskan untuk menjalankan kajian di sebuah kampung tertentu. Setiap ahli kumpulan ditentukan oleh pensyarah mereka. Hal itu menyebabkan mereka tidak dapat bergandingan dengan sahabat mereka. "Sekarang aku dah pilih kampung yang kita akan pergi. Nama kampung ni Kampung Songket" -Ameer. "Kampung Songket? Mesti ramai yang pakai songket dekat sana" -Syafiq. "Kau serius ke nak ke sana? Kalau kau tahu pasal kampung ni mesti kau tahu kisah yang berlaku di kampung ni" -Adli. Apakah misteri yang terdapat kampung songket sehingga menimbulkan keraguan pada diri Adli untuk melanjutkan perjalanan mereka. Walaubagaimanapun jua dia tetap perlu pergi untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah mereka.