Tengku Arina, seorang wanita dari keluarga berada, hidup dalam dunia yang penuh dengan kemewahan tetapi kekosongan emosi. Setelah kematian ibunya, hubungannya dengan ayahnya, Tengku Sharifudin, semakin meruncing, terutama setelah ayahnya menikahi Umi Azizah, wanita yang berusaha mengambil hati Arina. Namun, segala usaha Azizah sia-sia, Arina semakin membenci ibu tirinya.
Di tengah konflik keluarga ini, Ammar Daniel muncul sebagai satu-satunya lelaki yang berani menentang sikap angkuh Arina. Dalam situasi yang tidak diingini, Daniel melamar Arina di hadapan orang ramai . Walaupun terpaksa menerima lamaran itu, hubungan mereka dingin dan penuh ketegangan.
Setelah berkahwin, Daniel melayan Arina dengan baik. Dalam proses itu, Arina mula berubah menjadi wanita yang lebih baik dan akhirnya jatuh cinta kepada suaminya. Namun, kebahagiaan mereka tidak bertahan lama apabila Tengku Atiya, kakak kepada Arina, muncul dengan niat membalas dendam dan menuduh Arina berbuat curang.
Daniel yang terpengaruh dengan tuduhan tersebut mula menyiksa Arina, menjadikannya seperti orang gaji dan mencaci isteri yang sedang mengandungkan anaknya sendiri. Ketika kebenaran terbongkar, Daniel menyesali tindakan dan kata-katanya yang menyakitkan.
Kini, dalam perjalanan untuk mencari pengampunan dan cinta semula, Daniel berusaha untuk memenangi hati Arina. Adakah Arina akan membuka pintu hatinya semula kepada Daniel, atau adakah luka yang ditinggalkan terlalu dalam untuk diubati?
Erina adalah seorang gadis cekal yang sering dipinggirkan oleh keluarganya dan dibandingkan dengan adiknya, Erliya. Setelah hubungan mereka semakin renggang, Erina akhirnya meninggalkan rumah dan tinggal bersama neneknya, Nek Tok, dan ibu saudaranya, Puan Zafirah. Di rumah itu, Erina mula menemui ketenangan dan kasih sayang yang lama dia rindukan.
Namun, kehidupan Erina tidaklah semudah yang disangka. Dia bekerja keras untuk menampung diri, sambil cuba melupakan masa lalunya yang penuh luka.
Dalam masa yang sama, muncul seorang lelaki menggunakan nama samarannye sebagai izriy dan nama sebenarnya ialah Tengku Adrin bin Tengku Arman, seorang yang pendiam dan jarang bergaul dengan perempuan. Tanpa dirancang, mereka bertemu beberapa kali
Selepas kejadian itu, hubungan Erina dan Izriy mula berubah. Izriy sering muncul pada waktu-waktu yang tidak dijangka, memberikan sokongan dan perlahan-lahan membawa sinar baru ke dalam hidup Erina. Walaupun begitu, Izriy juga mungkin menyimpan rahsia besar tentang masa lalunya .
Dalam perjalanan mereka, banyak cabaran muncul, termasuk masalah keluarga Erina dan rahsia yang mungkin menggugat hubungan mereka. Namun, Erina dan Izriy mula belajar bahawa cinta sejati memerlukan pengorbanan, kepercayaan, dan kekuatan untuk menghadapi dugaan bersama.
The Story line merupakan hasil karya yang di reka bukan yang sebenar tetapi hanya rekaan semata-mata. Dan suka citer di maklumkan bahawa ini ialah hasil karya ke-dua saya selepas #Takdirsebuahcinta this is my first karya so saya harap awak semua enjoy dengan karya saya segala kesalahan saya meminta maaf jika salah penggunaan bahasa atau apa penanda wacana .馃挴鉂
漏 HAK CIPTA TERPELIHARA