抖阴社区

Story cover for SUAMIKU CIKGUKU by MuhammadAmerul
SUAMIKU CIKGUKU
  • Reads 646
  • Votes 2
  • Parts 21
  • Reads 646
  • Votes 2
  • Parts 21
Complete, First published Oct 21, 2021
Mature
Mengisahkan kehidupan Haider yang bermula sebagai seorang guru dan juga bergelar seorang suami kepada wanita yang bernama Izara, wanita yang panas baran dan tidak menghormati suaminya sendiri.  Aira, merupakan salah satu pelajar sekolah yang popular dan juga meminati Haider dalam diam. Dia juga menghadapi masalah dimana Ibu bapa yang mendesaknya untuk mendapatkan keputusan cemerlang untuk SPM serta masalah Ayahnya seorang penganggur dan panas baran. Sofea, kawan kepada Aira yang selalu anggap dirinya penuh dengan serba kekurangan. 

Konflik bermula apabila rumahtangga Haider dan Izara mulai roboh. Izara yang cuba untuk dapatkan kembali kebahagiaan dalam rumahtangganya selepas diceraikan oleh Haider. Pelbagai masalah yang terjadi dalam hidup Haider sehingga muncul seorang lelaki yang ingin menuntut bela atas peristiwa yang terjadi 20 tahun lepas.

Siapakah lelaki itu? Dan apa kena mengena tujuan dia dengan Haider?
All Rights Reserved
Sign up to add SUAMIKU CIKGUKU to your library and receive updates
or
You may also like
SERIBU RINDU by hanifazuha
15 parts Complete Mature
Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. "Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni." Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. "Eh! mana tahu bilik yang mana satu." Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius. "Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?" Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya. "Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah." - Airel "Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik." - Irfan. Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?
MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG) by Ciktiyaa__
43 parts Ongoing
"Apabila dua hati yang terluka tinggal di bawah satu bumbung, siapa yang akan menyerah terlebih dahulu - dia yang membenci, atau dia yang disakiti?" Hairy Haider pernah mencintai sepenuh jiwa. Namun selepas kematian isterinya dalam satu tragedi, cintanya mati bersama wanita itu. Yang tinggal hanyalah seorang lelaki dingin, angkuh, dan penuh dendam terhadap dunia. Dipaksa berkahwin dengan Hanna Helina bukan sesuatu yang dia mahukan. Bagi Haider, gadis itu hanyalah beban yang dipaksa masuk ke dalam hidupnya. Tidak dialu-alukan. Tidak dihargai. Hanna pula tidak pernah meminta perkahwinan ini. Namun demi keluarga, dia taat. Dia cuba menerima takdir sebagai isteri kepada lelaki yang hanya tahu menyakitkan hati. Walaupun serumah, mereka tidur berasingan. Bertahun pun tidak, Hanna sudah tahu, cinta bukan sesuatu yang akan mudah dia terima dari lelaki itu. Namun dia tetap bertahan. Dia percaya, jika terus ikhlas dan sabar, mungkin tembok es yang membeku itu akan cair juga satu hari nanti. Tapi realitinya tak semudah harapan. Haider terus menyakiti. Terus mencemuh. Terus membandingkan dirinya dengan arwah yang tidak akan pernah dia kalahkan. Sementara Hanna berperang dengan air mata setiap malam, Haider pula berperang dengan bayang silamnya sendiri. Dia nampak segala kebaikan Hanna. Dia tahu dia kejam. Tapi terlalu banyak yang dia pendam. Terlalu takut untuk jatuh cinta lagi. Terlalu ego untuk memulakan. Sehinggalah satu malam yang sunyi, Hanna akhirnya akur pada takdir. "Saya dah penat hidup macam ni, lepaskan saya." Sepi menyambut kata-kata itu. Tiada jeritan. Tiada rayuan. Tiada balasan. Dan keesokan harinya, Hanna menghilangkan diri. Tanpa pesan. Tanpa penjelasan. Tanpa peluang kedua. Yang tinggal hanyalah bilik kosong dan seorang lelaki yang akhirnya sedar - dia sedang mencintai wanita itu dalam diam. Tapi diamnya sudah terlambat. Kini, Haider perlu memilih. Terus tenggelam dalam kesilapan silamnya, atau kejar wanita yang mungkin tak akan kembali lagi.
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA by Arina_Elara
60 parts Complete
Zareef Ilham, anak kedua dalam keluarga Tan Sri Yusof, ditemui mati di apartmennya dalam keadaan mencurigakan. Mayatnya dikelilingi petunjuk-petunjuk yang membingungkan, tetapi hanya satu nama yang tertulis di atas kertas dalam biliknya, Laila Hagia. Hagia, tunangan Ilham terkejut apabila dituduh sebagai suspek utama dalam kematian lelaki itu. Lebih parah, Nael Hayyan, abang Ilham yang selama ini menetap di London pulang ke Malaysia dengan dendam yang membara. Baginya, Hagia adalah penyebab kematian adiknya. Dia berikrar untuk menjatuhkan hukuman kepada perempuan itu dengan caranya sendiri. Namun, sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Mereka terpaksa berkahwin, dan itu memberi peluang kepada Nael untuk menyeksa Hagia tanpa belas kasihan. Tetapi semakin lama Nael hidup bersama Hagia, semakin dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Perlahan-lahan, dia mula menyedari ada kejanggalan dalam bukti-bukti yang membuatkan Hagia kelihatan bersalah. Saat dia menyiasat lebih dalam, Nael mula sedar bahawa dia telah menjadi alat bagi seseorang yang lebih licik, seseorang yang telah lama merancang kehancuran mereka semua. Satu demi satu rahsia mula terbongkar. Ilham bukan mati kerana Hagia, tetapi kerana sebuah dendam lama yang ditanam dalam diam. Di saat Nael menemui kebenaran dan menyedari kesalahannya. Setelah sekian lama Nael membalas dendam kepada Hagia, kini dia ingin menjadikannya sebagai satu-satunya wanita dalam hidupnya. Namun, adakah cinta masih ada untuk Nael, atau segalanya sudah terlalu terlambat? Antara Dendam dan Cinta, manakah pengakhirannya?
Cinta di Bawah Naungan Ilahi  by Mr_Mikha
22 parts Complete
Aira Syafiqah, seorang gadis sederhana yang berani dan gigih, bercita-cita untuk menjadi pendidik serta penyebar dakwah. Dalam kehidupannya yang penuh cabaran, Aira berpegang teguh kepada prinsip agama dan terus berjuang untuk mengejar impiannya. Hidupnya mula berubah apabila dia bertemu dengan Zain Alif, seorang pelakon tampan yang terperangkap dalam dunia hiburan dan kelab malam. Zain, yang berusaha mencari makna hidup, mula tertarik dengan keperibadian Aira yang tenang dan beriman. Perjalanan hidup mereka mula bersilang apabila Zain menghadiri ceramah Ustaz Amir, seorang mentor yang bijaksana, atas ajakan Aira. Melalui ceramah dan bimbingan Ustaz Amir, Zain mula berubah, meninggalkan gaya hidup lamanya untuk menjadi seorang lelaki yang lebih baik dan beriman. Namun, perubahan ini tidak diterima baik oleh ibunya, Datin Rozita, yang mengharapkan Zain meneruskan perniagaan keluarga. Konflik ini semakin rumit apabila Nadia, bekas teman wanita Zain, cuba menghalang perubahan tersebut. Dalam mencari jawapan kepada perasaannya terhadap Aira, Zain berhadapan dengan pelbagai dilema, termasuk tanggungjawabnya sebagai lelaki dan masa depannya. Aira pula terpaksa memikirkan tentang lamaran cinta Zain melalui solat istikharah, meminta petunjuk daripada Allah. Di sebalik tekanan dari keluarga dan dunia hiburan, Zain berusaha memperbaiki diri dan menyumbang kepada masyarakat dengan hasrat membuka rumah kebajikan untuk anak-anak yatim. Kisah ini penuh dengan cabaran, ujian iman, dan perubahan hati, ketika dua jiwa yang berbeza latar belakang cuba bersatu di bawah naungan Ilahi. Mereka bukan sahaja mencari cinta sejati, tetapi juga makna hidup yang diredhai Tuhan. Perjalanan cinta Zain dan Aira berakhir dengan perkahwinan yang diberkati, diiringi dengan redha keluarga, setelah melalui pelbagai dugaan yang menguatkan iman mereka.
Dhia...Cintaku by QuinnCosmos
42 parts Complete
Demi janjinya kepada arwah kakak tercinta, Dhia Humaira sanggup mengetepikan semua impian masa depannya bagi menjadi seorang ibu buat anak saudaranya, bayi comel yang diberikan nama Irfan Haziq. Seluruh perasaan kasihnya tumpah buat bayi yang telah bergelar anak yatim kerana kehilangan ibu sewaktu melahirkannya. Maka sejak dari itu, Dhia Humaira mengambil alih tugas menjaga anak saudaranya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila ibu mertua arwah kakaknya melamar Dhia Humaira untuk menjadi menantunya bagi menggantikan tempat arwah kakaknya, Dhia Sofea. Rela dalam paksa, Dhia Humaira menerima pinangan tersebut kerana dia tidak sanggup berpisah dengan anak kesayangannya, Irfan Haziq. Dhia Humaira sanggup untuk menjadi isteri buat abang iparnya, Izzat Haris yang langsung tidak pernah disangkakan akan menjadi suaminya. Izzat Haris : Seluruh jiwa dan perasaan cintanya hanya tersimpan buat Dhia Sofea. Siapa yang pernah menyangka mereka hanya mampu menyulam bahagia setahun cuma apabila isteri tercinta terlebih dahulu dijemput Ilahi saat melahirkan cinta hati pertama mereka. Lalu Izzat Haris bertekad bahawa dirinya tidak akan mungkin mencari pengganti Dhia Sofea dan mencintai wanita lain kerana arwah isterinya tiada galang gantinya. Namun lain pula yang terjadi apabila dia terpaksa menerima adik iparnya, Dhia Humaira sebagai isteri atas desakan ibunya. Hati dan jiwanya ikut sama memberontak, tidak rela untuk menjadi suami buat gadis yang tidak pernah dicintainya. Dua hati yang tidak pernah saling mencintai, mampukah menemui cinta dan kemanisan di dalam rumahtangga yang dibina? Mampukah Dhia Humaira bertahan dalam ikatan suci walau hakikatnya suaminya tidak pernah langsung mencintai dirinya? Mampukah Izzat Haris untuk membuka kembali ruang kosong di hatinya buat Dhia Humaira dan membina kebahagiaan bersama wanita tersebut? Atau adakah mereka hanya akan menemui kebahagiaan dalam sebuah perpisahan? All copyright reserved. Idea adalah 100% daripada perahan otak penulis.
Ma Ch茅rie - My Dear One by tyracaramel
8 parts Ongoing
Kehilangan isteri tercinta pada lima tahun yang lalu cukup membuatkan Haidar Iskandar terseksa. Perpisahan yang berpunca dari manusia yang cukup toksik di dalam keluarganya sendiri. Rasa nak lari. Rasa nak bunuh diri! Haidar Iskandar hampir berputus asa. Namun, pertemuan semula antara Haidar Iskandar dengan Arabella Isabel memberi cahaya baru dalam hidup mereka. Peluang baru untuk mereka teruskan kehidupan bersama. Melayari bahtera baharu yang dibina lebih kukuh berbanding sebelum ini. "Ara, please. Marry me again!" - Haidar Iskandar "Apa jaminan awak yang saya akan selamat dari kakak awak?" - Ara "Saya sanggup bunuh kakak saya sendiri kalau perlu. Itu yang sepatutnya saya buat dari dulu. Saya gagal lindung awak, Ara. But this time.. Please let me protect you." - Haidar Kasih Haidar dipertaruh. Tujuan Arabella mengahwini Haidar kali ini bukan demi cinta semata, malah demi keadilan untuk ibubapanya yang harus diperjuangkan. Rumahtangga yang bakal dibina, Haidar Iskandar sanggup merisikokan nyawanya sendiri walaupun dikhianati. Tetap utuh melawan dunia yang melarang hubungan mereka. Hanya untuk kepentingan sendiri. "Kalau itu hukuman Ara untuk abang, Ara hukumlah abang. Cuma, Ara jangan minta abang lepaskan Ara. Sakit, sayang. Abang tak nak berpisah lagi dengan Ara.." - Haidar Iskandar "Bunuh saya kalau perlu, Haidar. Itu yang mereka nak selama ni. Kill me, Haidar!" - Arabella Isabel Demi cinta dan keadilan, Arabella sanggup menerima segala cemuhan, hinaan dan penderaan dari keluarga mentuanya. Persoalannya, sampai bila Arabella bakal bertahan? Adakah rumahtangga mereka bakal runtuh seperti sebelumnya? "Kau sentuh isteri aku sekali lagi, aku memang tak akan lepaskan kau. Aku bersumpah!" - Haidar Iskandar "Mungkin ini takdir kita." - Arabella Isabel
You may also like
Slide 1 of 9
SERIBU RINDU cover
MR HAIDER : FORGET OR LET IT GO (OG) cover
LAILA HAGIA: ANTARA DENDAM DAN CINTA cover
MR BODYGUARD cover
Cinta di Bawah Naungan Ilahi  cover
Dhia...Cintaku cover
Ma Ch茅rie - My Dear One cover
MR HAEDAR [C] cover
Jasmin Amira cover

SERIBU RINDU

15 parts Complete Mature

Bagi Maisarah, cinta pertamanya adalah Airel dan kawan sehidup sematinya adalah Irfan. Dia tak boleh buang Irfan hanya kerana Airel tak suka. Tapi apabila kisah keluarganya memaksa dia dan Airel berpisah, Irfan datang bersama lamaran. Tak disangka rupanya selama ini Irfan mencintainya. "Kau pergilah masuk bilik dulu, aku nak siapkan kemas kat dapur ni." Tangannya yang digenggam Irfan ditarik. Mata Maisarah mengecil memandang si suami. "Eh! mana tahu bilik yang mana satu." Irfan simpan senyum. Sengaja buat muka serius. "Kau jangan nak mengada-ngada eh! Tadi kau salin baju kat mana?" Maisarah bercekak pinggang. Bibir diketap geram. Menerima Irfan kerana mahu lari dari Airel dan mahu menukar kebiasaan menjadi sebaliknya memang agak sukar. Tapi sesungguhnya cinta itu tak bersyarat. Kesempurnaan seorang Irfan buatkan Maisarah jatuh cinta kali kedua dan dia tutup kisahnya bersama Airel. Namun, mahligai mereka diuji hebat. Saat Irfan hampir putus asa, Airel muncul sebagai doktor yang berjanji untuk menyembuhkan. Tapi di sebalik janji tersebut, ada cagarannya. "Cinta saya pada awak tak pernah kurang, Sarah." - Airel "Kalau awak rasa sudah penat hidup dengan abang, awak boleh minta untuk dilepaskan, Sarah. Awak layak untuk dapat yang lebih baik." - Irfan. Maisarah jadi keliru, sama ada dia masih kekal bersama Irfan hanya kerana kasih atau kerana kasihan. Rupanya, menjadi kuat itu sangat memenatkan. Adakah Maisarah akan mengalah dan meminta untuk dilepaskan?