20 parts Ongoing Muadh Ayden Devvis x Rose Mirella Ayyaz
Dia cakap dalam grammar. Dia balas dengan gula.
Muadh Ayden Devvis bukan lelaki biasa. Pada umur 27 tahun, dia sudah ada PhD dalam bidang English, dan hidupnya penuh dengan struktur, profesionalisme, dan kata-kata penuh makna. Dia nampak garang, tapi sopan. Nampak tegas, tapi tak pernah kasar.
Rose Mirella binti Ayyaz pula adalah definisi "happy-go-lucky". Seorang HR eksekutif berumur 25 tahun yang juga pemilik kafe pastry sederhana tapi cozy. Hidup dia penuh warna, ketawa, dan manisan.
Mereka bertemu di kafe kecil yang sunyi bukan kerana jodoh, tapi kerana salah duduk meja. Satu teguran, satu senyuman, dan satu scone yang tertukar... mencipta permulaan kisah yang perlahan tapi hangat.
Dalam dunia yang penuh drama, kisah mereka sederhana. Tak ada orang ketiga. Tak ada rahsia besar. Hanya dua hati yang belajar untuk saling faham dan menerima.
Sebab kadang-kadang, cinta tak perlu ribut. Cukup dengan kopi panas, sepotong kek, dan seseorang yang sudi duduk diam di sebelah.