抖阴社区

Story cover for CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya by ziyanaiaqilla
CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya
  • Reads 11,351
  • Votes 321
  • Parts 43
  • Reads 11,351
  • Votes 321
  • Parts 43
Complete, First published Feb 14, 2022
Tanggungjawabnya kepada keluarga dijadikan asas kepada setiap keputusan yang dibuat Ilana Saramaia dalam hidupnya sejak dia berumur 8 tahun lagi. Semuanya dilakukan demi meneruskan legasi keluarga yang dibanggakan selama ini. 

Namun segalanya berubah saat dia mengetahui rancangan orang tuanya untuk menjodohkan dia dengan Awangku Emran Emir. Sikap Awangku Emran Emir yang jauh berbeza dengan prinsipnya membuatkan Ilana Saramaia membuat keputusan drastik untuk lari beberapa hari sebelum majlis pertunangannya. Keputusan yang membuatkan Ilana Saramaia dibuang keluarganya sendiri. 

Bertahun Ilana Saramaia di perantauan, lari membawa diri, mengubat hati yang lara. Dia mahu bina hidup yang baru, walaupun itu bermakna dia tidak akan lagi punya keluarga. Sehinggalah dia berjumpa dengan Ghazi Hardani Strauss. Lelaki yang menjadi sandaran, tempat menumpang kasih sayang yang selama ini hilang. Ghazi Hardani Strauss punya satu janji, untuk selamanya bersama Ilana. 

Tetapi, hidup tidak akan sentiasa indah. Akan ada sahaja aral yang melintang, menjadi penghalang kepada sebuah kisah cinta.

Di saat kebahagiaan menjadi pertaruhan, antara cinta dan tanggungjawab, yang mana satu menjadi pilihan Ilana? Akan kekalkah janji untuk selamanya?


Hak Cipta Terpelihara.
Watak-watak dan cerita hanya rekaan semata-mata.
Disarankan sesuai untuk bacaan 16 tahun ke atas.
All Rights Reserved
Sign up to add CIKLET: Telah Ku Janji Selamanya to your library and receive updates
or
#148malaysia
You may also like
KHAI'S FLOARE 鉁 by mearacle
51 parts Complete
饾悐饾悺饾悮饾悽'饾惉 饾悈饾惀饾惃饾悮饾惈饾悶 | 饾悅饾惃饾惁饾惄饾惀饾悶饾惌饾悶饾悵 饾悞饾惌饾惃饾惈饾惒 AKIF KHAIZURAN. Lelaki jambu yang diminati ramai kerana rupa fizikalnya. Wajahnya tak pernah lekang dengan senyuman. Sifat ramah sudah sebati dengan dirinya. Mulutnya suka menabur kata-kata manis sampai semut pun boleh berkerumun. BUNGA AIYANA. Seorang perempuan yang anti lelaki kerana kisah lampau hidupnya. Hidupnya separuh hancur dek seorang individu yang tak bertanggungjawab. Disebabkan itu dia hilang kepercayaan kepada lelaki. Padanya, hidup bukan berpaksikan lelaki. Dia yakin dia boleh berdiri di atas kaki sendiri. Tapi apakan daya bila takdir menentukan yang dia perlu bertunang dengan lelaki yang tak asing dimata dia meskipun lebih sepuluh tahun mereka tidak bersua muka. Teman sepermainan sewaktu kecil dahulu. Bagaimana penerimaan mereka antara satu sama lain? Fasa pertunangan sudah tamat tempoh. Bagaimana hidup mereka selepas bernikah? Sedangkan sang wanita cukup sensitif dengan sentuhan daripada jantina bertentangan. Manakala sang jejaka sangat gemar dengan sentuhan. Bila hidup berumah tangga, pastinya banyak pasang surut dan asam garam yang perlu dilalui. "Don't force yourself into something that you hate. Tidurlah, Bunga. Kita... penat." -KHAI Hari demi hari, perasaan tidak mahu kehilangan dan sayang hadir antara mereka tanpa dijemput. Cuma bila hati belum cukup pasti, perasaan itu hanya dipendam untuk tidak tahu berapa lama lagi. Mampukah mereka pertahankan rumah tangga yang dibina bukan atas dasar cinta pada pokok pangkalnya? Yang pastinya, banyak dugaan mendatang yang bakal menguji keteguhan hubungan mereka. 鈿狅笍: Contain clich茅, cringe and sexual assault storyline. Start : FEBRUARY 2022 End : APRIL 2022 漏mearacle
SARAH 鉁旓笍 by auspicious_T
75 parts Complete
Kepulangan Sarah Sorfina ke tanah air bukanlah kehendak dia semata melainkan kemahuan Tan Sri Syazwan. Pertemuan dengan Mukhriz Arrayan juga tidak disengajakan tetapi takdir membawa mereka ke alam perkahwinan yang sebenarnya penuh dengan rahsia. "You nak jadi wife I?" - Mukhriz Arrayan "Riz, I bukan tak sudi. Tapi you tak rasa ke semua ni terlalu cepat. Perkara ni bukan perkara main-main Riz, perkara ni tentang masa depan you, masa depan I. Kita tak boleh terus main decide je ." - Sarah Sorfina Ikatan yang awalnya 'baik-baik' sahaja berubah sadis apabila munculnya pihak yang membenci melihat kebahagiaan mereka. Sarah bungkam sendiri apatah lagi apabila rahsia yang selama ini disimpan rapi oleh orang yang selama ini dia 'sanjungi', terbongkar juga. Berbagai ugutan dan 'seksaan' yang dia dan orang disekelilingnya terima. Persoalannya, mampukah Mukhriz untuk melindungi isterinya? "We aren't safe here. We have to move out, and maybe we won't be able to come back here again. Kita perlu tinggalkan semua ni" - Mukhriz Arrayan "Tapi you tipu I selama ni, Riz. Sekarang ni I dah tak tahu I nak percaya siapa. You terlampau banyak berahsia dengan I." - Sarah Sorfina Ps: I wrote this story when I was 16 dan sebenarnya cerita ni tergantung sebab nak focus sekolah. 4 yrs have passed and Alhamdulillah I finally have time to finish this story. So ada bahagian yang saya tukar dan ada yang tidak. Cerita ni akan ada banyak plot twist & ada 'horror' vibe sikit untuk certain chapters. Probably not something that you can find on 抖阴社区. Happy reading! 8/8/2021 - 5/8/2022
Billionaire vs Millionaire 鉁 COMPLETE by CikAiZa243
108 parts Complete
馃弳#1 ranking Romance (29.10.24) 馃弳#1 ranking Novel Melayu (22.2.22)/ (22.2.23) 馃弳#1 ranking Islamik (06.06.23) 馃弳#1 ranking Romantik (20.2.23) Seorang gadis kacukan Inggeris dan Palestin yang diambil menjadi anak susuan oleh sepasang suami isteri warganegara Malaysia yang menetap di Mesir pada ketika itu. Humayraa Syahlaa, langsung tidak pernah mengetahui identiti sebenar ibu bapa kandungnya hatta melihat wajah mereka pun tidak pernah. Sakit rindu itu sangat menyeksakan terutama sekali apabila kita tidak dapat membayangkan wajah mereka. Fahryil Danial, seorang lelaki tampan mempunyai darah Thailand, merupakan anak tunggal kepada Tan Sri Aminuddin dan Puan Sri Jeanne. Dia terikat dalam situasi yang memaksanya untuk berkahwin dengan Humayraa, walaupun hatinya telah dimiliki oleh teman wanitanya, Juvieya Aima. Ada sebab mengapa Fahryil sangat mencintai Juvieya Aima. Fahryil tidak ingin mempertahankan hubungan perkahwinan mereka manakala Humayraa pula tidak ingin menjadi janda pada usia yang sangat muda. Permainan yang dicipta, 'Billionaire vs Millionaire' merupakan cagaran serta taruhan mereka. Tanpa disedari, perkahwinan paksa ini sekadar asbab untuk mereka mencari diri mereka yang sebenar. Satu persatu kisah lama yang 'mindblowing' tersingkap dan menjawab persoalan mereka. Siapakah "Billionaire" dalam kisah ini dan siapakah "Millionaire" itu? "Satu demi satu peristiwa yang berlaku merupakan jawapan sang Tuhan untuk doa hamba-hamba-Nya." ..... "Kita semua ialah watak-watak dalam cerita novel, Humayraa! Kau ialah watak utama dalam novel kau. Aku ialah watak utama dalam novel aku. Cerita kita berbeza tetapi, Penulis yang sama." (Syarha Annisyha) *Amaran: terdapat penggunaan bahasa kesat di dalam novel ini. Diharapkan supaya para pembaca tidak mencontohinya.
Iman Qusyairi (One Night Love) II Complete by clairehyacinth_
33 parts Complete
Iman Qusyairi, seorang pemuda kacukan cina-thai yang mempunyai personaliti yang unik. Dia pendiam dan lebih suka bersendiri atau bersama rakannya Kevin Aedrian. Tiada wanita yang ingin mendekatinya kerana bimbang hasrat mereka bertepuk sebelah tangan. Iman walau bagaimanapun dilahirkan dalam keluarga yang mampu memberikannya segalanya termasuklah didikan agama yang mencukupi. "Iman, kau ni, tegurlah perempuan tu." "Malulah. Tak apa, aku okay je sorang-sorang." "Ishh, nanti orang kata aku dengan kau ni ada hubungan sejenis pulak." "Eee, dengan kau? Aku pun tak nak." Ayena Arissa, gadis yang sangat ceria. Dia mempunyai Mikhail dan Elena sebagai teman rapatnya. Sentiasa ada lelaki yang ingin mendekatinya namun sentiasa ditolak olehnya atas alasan, dia mempunyai lelaki yang disukainya. Ya, Ayena menyukai Iman. Dalam diam, dia menyimpan perasaan pada lelaki itu. "Hah? Iman Qusyairi? Kau biar betul Risa? Banyak-banyak lelaki, Iman Qusyairi jugak." "Ehh, salah ke aku minat dia?" "Tak tapi, banyak lagi lelaki lain yang menepati standard kau. Iman tu, apelah sangat." "Aku tetap dengan pilihan aku Elena. Aku dah jatuh cinta dengan Iman." Tidak ada cerita yang bahagia, tiada manusia yang lepas daripada melakukan dosa begitu juga dengan mereka. Satu peristiwa telah membuatkan Ayena membawa diri jauh dari negara itu. Iman pula terlantar di hospital selama beberapa bulan sebelum dia kemudian tersedar dalam keadaan yang tidak tersangka. Apakah yang akan terjadi kepada mereka berdua? Mampukah Iman dan Ayena mempertahankan cinta mereka? Mula: 23/5/2022 Tamat: 25/6/2022
Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock by Sella_Arsyilla85
52 parts Complete
(Highest Rank: #4) Nuzul Harissya, seorang gadis yang dipinggirkan keluarga tanpa sebab yang pasti. Sementara itu, kembarnya mendapat layanan istimewa. Kenapakah perkara ini terjadi? Apakah rahsia yang menghilangkan hak Nuzul Harissya dalam keluarganya sendiri? Kehadiran Izwan Fadli, lelaki ego yang selalu menyusahkan hidup Nuzul Harissya semakin mengubah hidupnya. Tegakah Nuzul Harissya mencintai Izwan Fadli, lelaki pujaan kembarnya sendiri? Nuzul Harissya tersepit antara kebenaran dan tekanan. Apa yang perlu dilakukan oleh Nuzul Harissya? Adakah dia perlu menjadi pelarian sebuah cinta yang tiada penghujung? Dia berazam untuk membina hidup baru jauh daripada semua orang yang pernah membenci dirinya dulu. Sangkanya dia sudah mampu hidup bebas daripada sejarah silam. Namun, takdir tuhan bagaikan bermain dengan hidupnya. Pertemuan kedua dengan Izwan Fadli membuatkan hidupnya kembali dihantui kenangan silam. Kenapakah Izwan Fadli bertindak sebegitu rupa? Tidak berbaloikah pengorbanan yang dilakukannya selama ini? Kenapa Izwan Fadli masih memburu cinta hatinya yang sudah lama terkubur itu? Adakah lelaki itu ingin menduakan dirinya dengan kembarnya atau Qistina? Apakah status sebenar Izwan Fadli? Masih solo, suami orang atau sudah bergelar abang duda? Nuzul Harissya semakin keliru dengan permainan cinta Izwan Fadli. Perlukah dia merebut kembali peluang kedua untuk mencintai Izwan Fadli? Hatinya semakin keliru. Lamaran teman baiknya, Firdaus bagaikan membuka peluang untuknya melarikan diri daripada cengkaman lelaki ego itu. Namun, sekali lagi takdir umpama mempermainkan dirinya. Dia terperangkap di dalam jerat asmara Izwan Fadli. Sucikah cinta yang dihulurkan oleh Izwan Fadli, atau sudah terpalit dengan dendam dan benci? Mampukah Nuzul Harissya menggapai bahagia di dalam sengketa yang tercipta? Atau peluang kedua itu adalah ilusi yang bakal meracuni seluruh hidupnya?
INARA : His Eternal Love [TERBIT] by irenicmia
17 parts Complete
[COMPLETE] [TERBIT] 1st romance BUKU INI TELAH DITERBITKAN DI BAWAH RUMAH PENERBITAN IDEA KREATIF Known as I N A R A INARA - Satu-satunya anak perempuan Tan Sri Irshad. Shopping? Ratu Gossip? Mulut lepas? Ya, itulah ciri-ciri seorang Inara. Kawan? Dia tidak mempunyai kawan selain Firdaus dan Sarra. Hari-harinya yang ceria kini berubah menjadi semakin berwarna apabila dia dipertemukan dengan lelaki dingin bernama Adrian Khalaf. Peribadi lelaki itu cukup membuatkan hatinya meronta-ronta ingin memiliki lelaki tersebut. "Miss whatever your name is, can you please leave me alone?" -ADRIAN KHALAF Pertemuan pertama mereka cukup membuatkan Adrian rimas dengan perangai si tipikal diva itu. Bagi Adrian, Inara bukanlah seseorang yang layak untuk berdamping dengannya. Perangai wanita itu tidak ubah seperti perigi mencari timba. Namun siapakah dia untuk melawan takdir? Setiap kali dia menidakkan perasaan yang menjentik tangkal hati itu, setiap kali itu jugalah dia mula berasa bingung dengan perasaannya. Dia keliru. Perasaan yang tidak pernah dirasakan olehnya. Dan sehinggalah satu peristiwa berlaku menyebabkan sisi lainnya hadir. Janjinya, Inara akan dijaga dengan sepenuh hati. Itu janjinya. Warning : Some people might love this story and found it cute, but some people will also say this story is so cringe. This is my first attempt in writings so please, cut me some slack. Thank you! 鈿狅笍please note that this story is so cringey 鈿狅笍extremely cliche 鈿狅笍cringe 鈿狅笍sexy storyline 鈿狅笍no censored鈿狅笍 highest ranking - 鉁 1st in #romance 鉁 1st in #novel 鉁 1st in #cinta 鉁 1st in #comedy 鉁 1st in #love 鉁 1st in #romantik 鉁 1st in #melayu
You may also like
Slide 1 of 10
Mrs.Kelvin Adyan[C] cover
Takdir TERCIPTA cover
MY MAFIA ANGEL cover
Bukan Cinta Pertama [鉁旓笌] cover
KHAI'S FLOARE 鉁 cover
SARAH 鉁旓笍 cover
Billionaire vs Millionaire 鉁 COMPLETE cover
Iman Qusyairi (One Night Love) II Complete cover
Sayang...Izinkan Aku Pergi (SUDAH DITERBITKAN) #readystock cover
INARA : His Eternal Love [TERBIT] cover

Mrs.Kelvin Adyan[C]

56 parts Complete

Kelvin Adyan|Arabella Naresha Berkahwin atas dasar keluarga? Tak pernah terlintas di fikiran bahawa dia akan dijodohkan dengan seorang gadis asing.Lebih tepat anak kepada kawan mama.Pada awalnya,Kelvin membantah keras kerana baginya perkahwinan ini adalah satu perkara tidak masuk akal. Namun dek kerana sikap mama yang terlalu memaksa.Kelvin akhirnya turuti permintaan wanita itu. "Saya tak pernah kenal awak dan awak juga tak pernah kenal saya.Tapi,kita boleh cuba bercinta selepas nikah."-Arabella Naresha. Sepertimana di awal perkenalan mereka,Kelvin cuba membuka hati untuk wanita itu.Namun lama-kelamaan,hati yang keras boleh bertukar menjadi taman cinta. "Hanya cinta yang layak berada di hati,abang."-Kelvin Adyan. Akan tetapi,benarkan cinta selepas nikah yang selalu diperkatakan indah belaka? Dan bagaimana pula dengan kisah silam yang pernah dia lupakan tiba-tiba muncul kembali. Start-19.12.2022 End-22.10.2024