41 parts Ongoing UNTUK PEMBACA MATANG
鉂桾RIGGER WARNING鉂
[Suic1de,SA,Harsh Words,Immoral Actions]
馃#2 trauma 馃#3 betrayal 馃#1 angst
Ambil yang positif,buang yang negatif. Semoga menjadi pengajaran buat kita semua.
The world isnt as beautiful as you see.
"岽∈溼磭纱 隃笔溼磭 岽吷礌岽囮湵.."
DIANDRA,hidupnya tidak secerah nama. Hanya kerana satu malam yang ditakuti semua wanita dan gadis,takdir hidupnya berubah. Kesalahan diletakkan di bahunya,beban dalam hidup dipikulnya seorang. Kasih sayang dari keluarga bertukar benci sehingga si ayah sanggup membuangnya dari keluarga. Dia tekad mengubah nasibnya,kekuatan dikumpul semula namun kebencian pada malam hari tidak akan hilang.
Terdesak,dia datangi satu-satunya rakan lelaki yang dia punyai. Dia sedar akan perasaan yang disimpan oleh lelaki itu dan fikirnya,Adam akan menerimanya bulat-bulat.
"Adam,aku perlukan kau untuk buat satu kerja gila."- Noor Iris Diandra
"Kerja gila? Apa pula yang kau nak buat ni,Dian?"- Syed Adam
"Kahwin dengan aku."- Noor Iris Diandra
Alasan dibalik lamaran Dian itu merobek hati seorang Adam. Siapa saja yang mahu buah yang sudah ditebuk tupai? Sekali lagi,Dian dilambung ombak deras. Adam meninggalkannya dan lebih ironi,lelaki itu sudah punya kekasih.
Namun,siapalah mereka ingin melawan takdir? Ombak yang deras di tengah lautan nampaknya takkan surut. Dua insan itu disatukan jua tetapi perkahwinan mereka seakan tidak wujud. Seorang di Timur dan seorang lagi di Barat. Dalam masa yang sama,Dian didedahkan dengan sikap sebenar Adam.
Dalam pada Adam menyesali perbuatannya,semuanya sudah terlambat. Bulan yang bersinar itu sudah dilindungi awan gelap. Dian mengangkat kaki dari kehidupan orang-orang yang mengecewakannya dan berusaha sendiri demi keadilannya.
"Please..return to me,Seleno"
"I'm no longer your moon and you're never my star."
[Karya Pertama,2023]