"Abang...nak kahwin lagi satu"
Rose sangkakan lelaki itu hanya tercipta untuknya seorang, tapi ternyata ia milik wanita lain juga. Dan mulai detik itu, jiwa Rose telah mati.
"Jangan bencikan Daddy, janji dengan Mommy?"
"Iris janji!"
Impian Iris Mikayla untuk memiliki keluarga yang sempurna dan bahagia musnah akibat bapanya sendiri. Membesar tanpa sosok sang ibu yang sudah pergi buat selama-lamanya telah menimbulkan api dendam dalam jiwa Iris. Lantas, Iris nekad, mereka-mereka yang menghancurkan impiannya harus diajar dengan tangannya sendiri!
"Maafkan Daddy"
"Too late"
Dalam episod dendam Iris yang tidak berkesudahan, ada cinta yang tumbuh mekar sejak sekian lama. Zafran Malique, masih seorang pencinta yang setia. Walau dihina, dimaki, diherdik bahkan dijadikan sebagai 'senjata' dendam, rasa cintanya kepada Iris tetap tidak berganjak.
"Zafran, cintakan Iris?"
"Sangat...mama"
Akibat kesalahan lampau sang ibu, ada insan yang tidak bersalah yang harus menerima akibatnya.
"Penderitaan mereka, adalah neraka bagi kau!"
"Kenapa buat Zara macam ni? Apa salah Zara?"
"Simple. Sebab kau anak perempuan tu"
Namun, tanpa Iris sedar, dalam melunaskan dendamnya, dia juga tersungkur di dalam dendamnya sendiri.
Jatuh cinta kepada abang tirinya sendiri tidak termasuk dalam rancangan dendamnya.
"Kenapa aku rasa, kau sedang gali kubur untuk kau sekali, Iris?"
[Pattenson Family vol. 1]
Disaat seorang kapten juruterbang ditimpa insiden hitam yang telah menyatukannya dengan wanita cantik bermata kelabu, semua rancangan perkahwinan dengan si cinta hati kian hancur.
"Sara, jangan macam ni please. We are getting married. Tolonglah, percayakan I Sara. I tak buat apa-apa dengan dia. You pun tahu dia anak perampas. Memang perangai pun ikut mama dia, perempuan jalang!" - ARASH MIKAEL AL-QAWISY
"Astagfirullahalazim, sampai hati you cakap macam tu, Arash." - DELYN FAWARA
Kebencian Arash yang semulajadi wujud terhadap sepupu angkatnya itu akibat kisah silam keluarga mereka kian semakin parah. Hina sungguh Del di matanya.
"Kenapa you tak boleh cinta dan sayangkan I macam mana you cinta dan sayangkan Sara?" - DELYN FAWARA
"Kau dengar sini baik-baik. Dalam mimpi pun belum tentu aku nak cintakan kau, apatah lagi realiti. Kau dengan Sara macam langit dengan bumi. Lagipun cinta aku hanya untuk Sara. Bukan untuk perempuan macam kau." - ARASH MIKAEL AL-QAWIYSH
Del perlu menahan peritnya hidup dibenci walaupun sejak dulu dia sudah menaruh hati pada Arash. Apakan daya, percaturan Tuhan itu sentiasa ada hikmah-Nya, Arash sedar bahawa memiliki Delyn sebagai isteri tidaklah begitu teruk. Cinta mereka kemudian berputik di Kota Rome.
Namun begitu, ujian untuk mereka sepertinya tidak berakhir dengan mudah. Saat pasangan itu hampir mencapai kebahagiaan kemuncak, mereka diuji dengan salah faham yang besar. Sekali lagi Arash telah menyakiti isterinya. Saat kebenaran terbongkar, hati Delyn telah tawar. Tiada lagi rasa cinta itu untuk si suami. Apakah pengakhiran bagi hubungan mereka?