Affan Adry x Afaf Adra
'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.'
Afaf Adra binti Mohd Azhar.
Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki.
Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah.
'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.'
'Fii Amanillah the guy I odore the most'
Affan Adry bin Mohd Fathi.
Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan.
'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa)
Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula.
'Fi hifzillah fi amanillah'
- saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA,
Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa]
Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
Bila mulut gagal mengatakan
namun mata membicarakan segalanya
-
Siapa sangka lelaki yang selalu aku sebut di dalam setiap doaku adalah Haq Nuffaiq aka bos aku sendiri. Perkahwinan kami bukan atas dasar cinta mahupun sayang melainkan perkahwinan sekadar ingin mengambil nama saja.
"Apa yang Tuan Nuf merepek ni? Saya tahu Tuan Nuf masih tak dapat lupakan bekas tunang Tuan Nuf tapi ini bukan caranya. Saya masih ada masa yang panjang lagi untuk saya terokai. Memanglah saya nak kahwin dan itu adalah impian saya tapi bukan dengan cara ini dan bukannya dengan Tuan Nuf. Yes, I admitted Tuan Nuf ni kacak tapi saya tak suka Tuan Nuf."
"Tihani, cuma kau saja yang dapat bantu aku dan cuma kau saja perempuan yang aku percaya dekat dunia ni."
Akan hadirkah bahagia buat kami berdua?
"Kenapa awak nak pertahankan perkahwinan tanpa cinta ni? Kalau dari awal lagi awak masih cintakan Maya kenapa awak kahwin dengan saya, Nuf?"
"Minggu depan aku akan kahwin dengan Maya dan aku nak kau saksikan perkahwinan aku bersama Maya."
Adakah kata-kata cinta Nuf lontarkan pada aku dusta semata-mata?