抖阴社区

Story cover for ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] by Hazelnut_choc
ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C]
  • Reads 2,018
  • Votes 30
  • Parts 63
  • Reads 2,018
  • Votes 30
  • Parts 63
Complete, First published Mar 15
9 new parts
Orang kata cinta itu indah dan mampu membataskan penglihatan kita jika rasa sayang itu benar-benar berakar umbi pada hati pasangan. Namun, kenapa dia rasa itu semua dusta belaka? 

Sejak awal, cinta mereka berkalut kesedihan dan kekecewaan. Yang memamah segala erti bahagia dan kasih sayang. Perpisahan yang seorang wanita bernama Erina Sofea dambakan, ianya terlalu perit. Manakala, Nathan atau nama lainnya Nawaf Arzan, seorang lelaki yang yang baru ingin menjelajahi agama itu cuma akur dengan permintaan Erina. Hati lelakinya tercalar apabila wanita itu membuangnya segitu mudah. Masjid yang mereka bina terlalu goyah. Meninggalkan luka yang dalam pada kedua-duanya. Itukah sebenar-benarnya cinta yang manusia sebutkan? Penuh pengorbanan dan penuh keperitan.

"Yang terbaik itu adalah perpisahan. Dan tiada lagi istilah rujuk untuk kita. Mahupun jika kita kembali bersama, rasa sakit tu akan terus menyinggah hati masing-masing."-Erina Sofea

Nawaf luluh. Perkataan yang terlontar daripada wanita yang dia cintakan amat menyiat hatinya rakus. Puas dia memujuk tetapi dia percaya wanita itu sifatnya lembut. Tampak kukuh walhal rapuh adalah segala makna rasa. Nawaf bersangka baik, jika Erina tidak akan menerimanya sekarang, mungkin nanti dia akan dapat hati Erina sekali lagi setelah dia berusaha gigih.

Malangnya, tidak. Hati Erina lebih keras selepas luka-luka yang telah menjadi parut itu menyinggah. 

"Sayang...apa memang tak ada peluang kedua untuk abang?"-Nawaf Arzan

"Tiga tahun. Beri saya tiga tahun untuk cuba terima awak sekali lagi. Tapi...tanpa awak disisi saya. Ingat. Perpisahan kita dah terjadi. Tiada ikatan untuk kita buat masa sekarang...Kalau saya tak mampu terima balik, awak fahamlah."-Erina Sofea

Erina terlalu keras walaupun tangannya sendiri turut terluka. Dia sesal. Tetapi masih adakah peluang untuknya bagi memenuhi keinginan untuk putarkan masa kembali apabila bayang Nawaf perlahan-lahan menghilang disebalik tirai kecewa?
All Rights Reserved
Sign up to add ANDAI DAPAT KU PUTARKAN MASA[C] to your library and receive updates
or
#5hati
You may also like
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
71 parts Complete
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
20 parts Complete
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!
DIA ADA CINTA by ByCikNorCinta
23 parts Complete
Novel ini telah DITERBITKAN oleh Suara Hati Publication. Blurb: Seseorang telah memusnahkan seluruh jiwa raganya dan menghilang pergi tanpa bayangan. Tanpa berfikir baik buruknya, Alia mencari lelaki yang mampu menjadi galang gantinya. Dia bertemu dahan untuknya berpaut, tetapi bukan itu yang dia mahu. Seluruh jiwanya memberontak mahukan pembelaan, namun tekanan demi tekanan membuatkan dia semakin penasaran. "Apa hal awak nak peluk-peluk cium saya ni? Saya tak suka tahu tak? Berapa kali nak cakap? Tak faham bahasa ke apa? Jangan kerana awak tu suami saya, awak boleh pegang saya sesuka hati awak aje! - Alia Arman, bukan lelaki itu yang akan menentang. Alia sudah tersalah orang untuk dia melepaskan kemarahan. Dan akhirnya Alia tewas kerana sebuah cinta dan ketulusan. "Mungkin sebagai lelaki, kami ada persamaan tu, tapi abang tak kacau sesuatu yang tak halal untuk abang. Itu bezanya kami walaupun kami sama-sama lelaki. Abang sayang dan cintakan Lia. Abang tahu, Lia percaya abang." - Arman Namun, hadirnya Adam telah mencetus api dendam dan kemarahan lelaki itu terhadapnya. "Awak tak layak untuk abang saya. He deserve to get the best and it's not you, Alia." - Adam. Dan wujudnya sebuah cinta yang sekian lama terpendam di hati Sara untuk Arman, telah memusnahkan sebuah kepercayaan, sementara Adam menjadi penambah perisanya. "Saya tahu awak suami orang tapi saya rindukan saat-saat kita dulu and I just want to bring that moment comeback to me. That's all." - Sara "Wow! What a great scene ever. Seorang isteri sedang melihat suaminya bersama perempuan lain. Sadis betul drama ni." - Adam "Ni mesti mama tak tahu kan?" - Adam "Kau sanggup bagitahu mama? Apa yang kau nak bagitahu?" - Arman Siapakah Adam kepada Alia dan apakah rahsia di sebaliknya? Dengan adanya Sara dan Puan Mastura di antara mereka, mampukah Arman dan Alia mempertahankan rumah tangga yang sekian lama dibina? -cnc-
Andaikan Cinta Itu Ada by syafasuha
101 parts Complete Mature
Sejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang kampung. Eryna tertekan dengan apa yang terjadi. Lelaki itu yang sudah sah menjadi suaminya telah merentap maruahnya dalam keadaannya yang tak rela. ELIANA gadis pujaan Harraz dia yang bakal menjadi tunangan Harraz. Hati Eryna semakin terluka dia memutuskan untuk bawa diri dengan izin suaminya. Harraz membenarkan kerana rasa benci yang mendalam terhadap Eryna. Tahun berganti tahun, takdir telah menemukan Eryna dengan Harraz tetapi hati Eryna tertutup buat mana-mana lelaki walaupun suaminya sendiri. Eryna ingin menebus kesalahannya dengan menaja busana pakaian pengantin yang direka khas olehnya. Kebetulan Harraz dan Eliana bakal melangsungkan perkahwinan tak lama lagi. Selepas itu, Eryna mahukan perpisahan dengan cara yang baik. "Kalau betul sekalipun adilkah bagi saya, awak boleh hidup bahagia dengan orang lain sedangkan saya masih terikat dengan hubungan ni? Saya dah penatlah. Niat saya baik, saya cuma nak kita berbaik itu aje. Iyalah, disebabkan saya awak kahwin pun tak macam orang lain. Saya serba salah sebab buat hidup awak hampir hancur dulu." ERYNA SOFIA. "Aku setuju dengan tawaran kau tapi kau kena ingat! Kalau perkahwinan aku dengan Eliana tak terjadi dengan sempurna. Aku takkan lepaskan kau. Bukan boleh percaya pun kau ni nanti kau plan macam-macam nak hancurkan hubungan aku dengan Eliana." ADAM HARRAZ. "Saya sepatutnya sedar diri dari dulu, saya tak layak mencintai dia. Saya yang sepatutnya mengalah dalam hubungan ini. Saya akan undur diri." ELIANA. Namun perancangan Tuhan itu lebih sempurna. Kebenaran telah terbongkar membuatkan hari perkahwinan Harraz menjadi huru-hara. Apakah nasib Eryna setelah perkahwinan Harraz dan Eliana tak jadi?
Beauty Bellarina by fl4weriestales0
8 parts Ongoing
Sheiza di umur 24 tahun Hanis,mengajak Sheiza ke Terengganu untuk menonton perlawanan bola sepak yang melibatkan Hakeem,suami Hanis.Dengan semangat dan senyuman,mereka duduk di tempat yang di tempah dan menyaksikan perlawanan bola itu.Kedengaran sorakan penonton di sekitar padang,perlawanan itu berjalan dengan lancar.Habis perlawanan itu,Hanis membawa Sheiza bersamanya untuk turun ke bawah dan berjumpa Hakeem. Di belakang tubuh Hakeem yang tinggi tegap,ada seseorang yang buat dada Sheiza berasa bergetar hebat.Tiba lelaki itu pusing separuh.Kelihatan wajah itu.Mata beku itu.Nafas Sheiza mula turun naik,antara terkejut,marah,keliru semuanya bercampur.Aariz pusing penuh mata mereka bertentangan.Dunia menjadi senyap seketika. Sheiza dalam panik,berundur.Tapi langkahnya terganggu apabila beg tangannya yang dibawa jatuh ke lantai,meluruhkan segala isi yang ada dalam beg itu.Aariz segera mahu membantu,refleks yang tidak pernah hilang,tapi tindakan itu dibalas dengan tengkingan marah dari Sheiza. "Jangan sentuh barang saya!"bentaknya dengan suara yang bergetar,sarat emosi yang selama ini dikunci rapi. Aariz terpaku. Sheiza segera merampas barang-barangnya dari tangan Aariz,menyumbat masuk ke dalam beg,dan terus melarikan diri dari situ dengan tangisan yang akhirnya pecah,menggambarkan luka yang belum sembuh,rasa yang masih hidup,dan memori yang tak pernah mat1. Pertemuan itu bukan sekadar kebetulan.Mungkin ia adalah titik mula kepada kisah mereka yang belum selesai lagi.
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] by viepixxa
10 parts Complete Mature
BAWA PERGI CINTAKU BY VIEPIXXA Rezeki, jodoh dan maut semua sudah ditetapkan oleh Allah SWT. Namun, hal yang paling Zea nantikan adalah maut. Sungguh, kehilangan dan pengkhianatan orang terdekat membuatkan jiwanya hancur separuh mati. Di saat Zea sudah lelah bertahan hidup, jodoh malah datang mendekat. Allah itu Maha Adil. Setelah puas Zea diuji dengan keluarga yang toksik, Allah mengirimkan seorang lelaki yang faham selok-belok agama sebagai suaminya. "I bukan perempuan yang baik, Aqeel." - ZEA ERYNA "Saya pun bukan lelaki yang baik. Tapi saya akan cuba untuk terus perbaiki diri saya supaya mampu ajak awak untuk jadi baik bersama." - AQEEL RAZIN Berkat doa dan ketulusan hati Aqeel, dia berjaya mengetuk pintu hati keras Zea. Namun apakan daya, hati manusia sifatnya berbolak-balik. Perasaan sayang berubah menjadi benci dalam sekelip mata hanya disebabkan kisah silam. "Daripada kita teruskan hubungan bodoh ni, lebih baik kita hentikan sampai sini saja." - ZEA ERYNA "Saya takkan lepaskan awak. Biarlah maut yang memisahkan kita." - AQEEL RAZIN Semakin Zea menjauh, semakin Aqeel datang mendekat. Namun, setiap kali mereka berdua ingin meraih secebis kebahagiaan, pasti akan terselit penderitaan seakan-akan takdir tak merestui mereka untuk bahagia bersama. Demi cinta, mereka cuba untuk kuatkan diri meskipun waktu mencemburui pasangan itu. Mampukah mereka tetap bersama selamanya atau perpisahan yang menjadi pilihan terakhir? "Meskipun nafas terhenti, bawalah pergi cinta ini bersama." All Rights Reserved 漏 viepixxa
ISTERI TUAN RIYAZ by qashard
16 parts Ongoing Mature
Mencintai, Lara Ezzara tidaklah sekadar lafaz yang terucap di bibir Riyaz Hanzalah. Dia, lelaki yang menjanjikan bulan dan bintang, pernah menjanjikan cinta dan rindu untuk selamanya. "Abang akan buat apa saja untuk jadikan isteri abang, perempuan paling bahagia di dunia. Percayalah, cinta abang pada awak sampai syurga, sayang." 鈥曫潗擆潗旔潗饾悕 饾悜饾悎饾悩饾悁饾悪 Tidak disangka, kebahagiaan Ezzara dan Riyaz sekejap cuma. Ezzara diuji dengan hebat, terseksa menanggung segala bebanan yang menghimpit, sengsaranya dia menepis segala hinaan. Lipatan kisah perih itu terselak atas kekhilafannya sendiri, Ezzara jatuh tersungkur di lantai takdir. "Kenapa setiap kata-kata yang keluar dari mulut abang cuma menyakitkan hati, Zara?" 鈥曫潗嬸潗饾悜饾悁 饾悇饾悪饾悪饾悁饾悜饾悁 Lelaki itu pernah berjanji, tapi janji itu lenyap. Dimamah oleh waktu dan dikhianati oleh lelaki yang pernah bersumpah setia, bersumpah akan menjaganya hingga ke akhir hayat. Kata orang, kalau sayang setinggi langit pasti dugaannya akan sedalam lautan. "Melutut. Melutut dan cium kaki aku. Tunjukkan yang kau masih tahu dimana nilai kau sebagai seorang isteri, isteri yang hina!" 鈥曫潗擆潗旔潗饾悕 饾悜饾悎饾悩饾悁饾悪 Itukah lelaki yang selalu Ezzara inginkan kembali? Ezzara telah terluka untuk kedua kalinya. "Lepaskan saya, Riyaz. Awak anggap jodoh kita sampai setakat ini saja." 鈥曫潗嬸潗饾悜饾悁 饾悇饾悪饾悪饾悁饾悜饾悁 Enam tahun telah berlalu, berbekalkan hati yang terluka, dia pergi menghilang tanpa khabar. Riyaz menjadi seorang yang perindu, menagih simpati, pujuk rayu dan terus menerus menghukum diri. "...abang perlukan isteri abang. Janganlah hukum abang dengan rindu ini. Jiwa abang terseksa menanggung dosa! Abang merayu, abang melutut! Kembalilah, sayang!" 鈥曫潗擆潗旔潗饾悕 饾悜饾悎饾悩饾悁饾悪 START: 1/1/25 END: -
You may also like
Slide 1 of 10
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| cover
Till The Last Breath cover
HUG : THE TRUTH UNTOLD cover
饾悆饾悎饾悁, 饾悅饾悎饾悕饾悡饾悁 饾悓饾悁饾悡饾悎饾悐饾悢 cover
DIA ADA CINTA cover
Andaikan Cinta Itu Ada cover
Beauty Bellarina cover
Bawa Pergi Cintaku [TERBIT] cover
Mr. Headperfect & Ms. Photographer cover
ISTERI TUAN RIYAZ cover

MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|

71 parts Complete

|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.