抖阴社区

SALAHKAN AKU
  • Reads 161
  • Votes 7
  • Parts 10
  • Reads 161
  • Votes 7
  • Parts 10
Ongoing, First published May 29
4 new parts
Kemalangan itu hanya berlaku dalam tiga saat. Tapi kesannya - seumur hidup.

Fayyad kehilangan segalanya dalam dentuman yang sepatutnya tidak berlaku:
Penglihatannya, tunangnya, kerjayanya, harga dirinya.
Dunia yang dulu terang, kini hanya tinggal kelam.
Dan orang yang menyebabkan semua itu... masih hidup.

Hana.
Dia memandu. Dia lalai. Dan dia... selamat.
Cuma luka ringan.
Sedangkan adik bongsunya yang duduk di sebelah, mati dalam pelukannya, mata terbuka tidak berkedip - wajah yang tak sempat diselamatkan.

Kenapa bukan dia?
Kenapa Tuhan tak ambil nyawanya saja?
Kenapa dia yang salah, tapi masih boleh melihat dunia yang tak lagi dia mahu lihat?

Hari-harinya penuh dengan rasa bersalah yang menggigit. Setiap nafas terasa berdosa. Setiap tidur dihantui wajah adiknya.
Tapi lebih menyakitkan ialah - Fayyad masih hidup.
Dan kini, dia benci akan dirinya sendiri, kerana dia masih mahu dekat...
dengan lelaki yang paling membencinya di dunia ini.

Fayyad tak pernah lupa. Tak akan pernah maaf.

"Setiap kali aku dengar suara kau, aku rasa macam nak bunuh kau aja!."
"Tapi lebih teruk... bila aku tak dengar suara kau, aku rasa aku dah gila."

Dia mahu Hana pergi. Tapi dia juga mahu dia kekal - supaya luka itu kekal terbuka, supaya dia tak pernah lupa siapa yang membunuh hidupnya.

"Salahkan Aku" adalah kisah tentang jiwa yang mati sebelum waktunya. Tentang dosa yang tidak boleh diampunkan. Dan tentang cinta...
yang mungkin wujud,
tapi dibina atas kubur rasa bersalah dan kemarahan yang tak pernah padam.
All Rights Reserved
Sign up to add SALAHKAN AKU to your library and receive updates
or
#63dendam
You may also like
Akadku Namamu by izfrwiza
34 parts Complete
"Kita tengok nanti, Faraz. Sama ada aku yang akan bunuh diri sebab bergelar isteri kau atau kau yang akan menyesal separuh mati sebab akad nama aku. Waktu tu kau akan berharap agar masa boleh diputarkan semula supaya kau tak perlu akad nama aku." - Nur Fatimah Audra "Kau jangan berangan aku nak biarkan kau tinggal berasingan dengan aku. Dalam mimpi pun aku tak akan izinkan. Kau kena tinggal bawah satu bumbung dengan aku. Kita akan tidur atas satu katil yang sama, berkongsi selimut yang sama dan makan di meja yang sama. Setiap hari kau perlu rasa terseksa untuk hadap aku, suami kau sendiri." - Safaraz Ali "Kau tahu haram hukumnya bila kita menikahi seorang wanita dengan niat untuk menzalimi dia kan? Jadi aku merayu sangat dekat kau, Faraz. Tolong jangan lukakan bidadari aku. Aku masih sayangkan Audra." - Luth Faeq Kata Faraz, ini adalah nasib aku. Takdir yang aku perlu terima. Tapi bodohlah kalau aku percaya. "Abang tahu kisah kita tak seindah kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah tapi percayalah, demi Allah abang betul-betul sayang dan cintakan Nur. Sikit pun abang tak meragui perasaan abang." "Janji awak dengan Tuhan untuk jaga saya sebelum ni pun awak boleh buat main. Kalau awak fikir yang saya akan percaya dengan sumpah awak ni, awak silap besar. Ijab dan qabul dalam akad pernikahan itu satu perjanjian yang suci antara awak dengan Tuhan. Tapi sanggup awak akad nama seorang wanita dengan niat yang keji. Wanita yang pernah diratukan oleh ayahnya." Aku sedar. Bukannya aku tidak pernah cinta tetapi dia yang sudah terlalu kerap menyakiti. Menjadi punca aku meragui perasaan sendiri. 19/10/24 : 馃 in angst 15/12/24 : 馃 in enemies to lovers 08/02/25 : 馃 in marriage
Married Man I'd Hate! (COMPLETED) by Mysakki_
34 parts Complete
Bermulanya kisah Eryka dan Rayyan ketika mereka berdua bertemu di hari pertama semestar dua di kolejnya.Sejak hari pertama lagi,mereka berdua sudah mula berkelahi,sering kali menyalahi antara satu sama lain dan mereka juga dilantik sebagai ketua dan penolong di dalam kelas mereka.Tetapi dalam pada itu,kadang kala Rayyan melayan Eryka dengan baik dan romantik.Tetapi,dia juga gemar membuli Eryka dan Eryka pula semakin hari semakin geram dengan sikapnya. "Kejap ok,kejap tak.Dia ni nak apa sebenarnya." Rungut Eryka seorang diri. "Bencilah aku selagi kau boleh." Ucap Rayyan sambil wajahnya dan wajah Eryka begitu rapat sekali. Semakin lama membenci semakin bertambah rasa cinta di hati.Lama kelamaan,Rayyan semakin sedar bahawa dia telah jatuh cinta pada Eryka.Dia mengambil keputusan untuk meluahkan perasaannya terhadap Eryka,tetapi Eryka masih lagi berfikir akan jawapan yang hendak dibalas pada Rayyan. Apabila Eryka sudah ada keberanian untuk memberitahu akan perasaannya terhadap Rayyan,dia terlihat Rayyan bersama seorang perempuan dan mereka kelihatan begitu mesra sekali.Keadaan itu menyebabkan hati Eryka bagai ditikam pisau.Sudahlah berita tentang Rayyan mahu pergi ke luar negara juga dia tidak tahu. "Sudahlah...aku ingat kau lain daripada lelaki yang aku pernah kenal sebelum ni.But I was wrong.I don't want to see you anymore." Luah Eryka dan akhirnya air mata mula mengalir.Dia tidak dapat menahan kesedihan itu lagi.Eryka melangkah pergi dari situ tetapi Rayyan sempat menahan Eryka pergi dengan memegang lengan Eryka. ' I'm sorry Eryka. ' Bisik Rayyan dalam hatinya. Enam tahun kemudian,Eryka sudah pun berkerjaya dan dia bercadang untuk menyambung pelajarannya ke peringkat Master,tetapi ibunya menyuruhnya berkahwin dahulu dan dia tidak sangka bahawa orang itu adalah Rayyan. Rayyan adalah orang yang paling dibencinya pada waktu itu. Adakah Rayyan dapat memiliki hati Eryka kembali? *so don't forget to read ok馃槈*
饾棢饾棦饾棓饾棫饾棝饾棙 饾棫饾棝饾棙 饾棢饾棦饾棭饾棙 by fancyfroy
51 parts Ongoing
Prinsip wanita itu satu sahaja. Dia tidak mahu terlibat dengan mana-mana dunia percintaan, berkahwin apatah lagi. Hidup ini sebenarnya mudah, lebih-lebih lagi jika hidup tanpa pasangan. Kan lagi seronok hidup bebas tanpa perlu bergantung pada sesiapa, menunggu mesej daripada seseorang, bahkan menunggu jodoh yang tak kunjung tiba. Itulah kata-kata yang dipegang oleh Falia Inara, wanita yang sudah tidak percaya bahawa lelaki baik itu masih wujud. Namun, siapalah manusia untuk melawan takdir Tuhan? Tuhan itu sebaik-baik perancang. Dalam dia menolak perkenalan dengan semua lelaki, Tuhan pertemukan dia dengan seorang lelaki atau secara spesifiknya, tunangan orang. "Kau biar betul, Falia? Kau dah gila ke?" Bukan niatnya mahu menjadi perampas, hanya mahu mengusik sedikit sahaja hubungan lelaki itu. Lebih-lebih lagi setelah mendapat tahu satu kebenaran. "I tak suka bila you cuba nak buruk-burukkan tunang I!" Lelaki itu tidak tahu apa motif Falia merapati dirinya. Apa yang dia tahu, semakin dia menolak semakin berani wanita itu mengganggu dirinya sehingga hubungannya bersama si tunang mula terjejas. "How could you do this to me, Ihsan? You cakap you takkan sesekali sakitkan I, physical or mental." "You are too much Aira, I'm sorry." Di saat hati jejaka mula terpaut pada si gadis, dia pula yang perlahan-lahan menjauhkan diri. "We're just never meant to be, Ihsan." Sanggupkah Falia melukakan hati lelaki itu? Bagaimana pula dengan prinsip yang dipegang olehnya selama ini? Highest ranking - #01 in Fiction [23/02/2024]
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) by _dahliaseroja
30 parts Complete Mature
"Ira, kau dah tidur ke?" soal Zakhwan yang menjenguk dari bawah ke atas katil untuk melihat Amara yang berada di atas katil. "belum." Jawab Amara dengan mata tertutup. "dari aku balik haritu, aku tak sempat lagi tanya kau satu soalan." Tambah Zakhwan yang teragak -agak ingin bercakap. "ape dia?" soal Amara. "kau ok?" tanya Zakhwan dengan ringkas. Lama Amara terdiam lalu membuka matanya dan terus berfikir. " tak. Ira tak ok , hati Ira sakit sangat, Ira dah tak boleh sembunyikan rasa sakit ni bang. Ira percaya yang benda ni mungkin akan baik seiring dengan berjalannya waktu, tapi sakit sangat bang. Adil ke bang? Adil ke untuk Ira terus rasa sakit sedangkan dia bahagia dengan perempuan tu." Kata Amara panjang lebar dengan nada suara menahan sebak. Zakhwan mula memalingkan badannya ke kiri untuk menghadapkan badanya ke Amara. "Ira, tak semua percintaan berakhir dengan penyatuan, ada yang berakhir dengan kepergian. Lepakan dan ikhlaskan" Kata Zakhwan. "kalau dari awal bukan Ira yang dia nak, kenapa beri kenangan indah, kemudian bagi duri beracun yang musnahkan segalanya?" amara berkata lagi. "Ira tahu tak salah satu kelemahan sesetangah lelaki?" tanya Zakhwan. Amara hanya diam kali ini. "cinta pertama, lelaki boleh jadi orang paling kuat setelah disakiti tapi boleh jadi sebodoh-bodohnya bila cinta pertama datang semula. Dan sehebat apapun kau, kalau dia masih berharap pada masa lalu, kau cuma akan dapat sakit." Kata Zakhwan. "bodoh kan Ira bang, terlanjur cinta dengan orang sikit pon tak cintakan Ira." Tambah Amara. "Ira... siapa kita nak ubah takdir, semua yang jadi atas kehendak Allah bukan sebab untuk melemahkan tapi untuk menguatkan." Kata Zakhwan.
Anugerah Terindah [C] by ainelaaa
60 parts Complete
鈫 KARYA KETIGA Tiada yang lebih menyakitkan melainkan rindu yang kian menggebu terhadap orang yang sudah pergi meninggalkan dunia. Kematian tunang kesayangan membuatkan Khalish Rifqi hilang arah. Dia merasakan hidupnya kelam setelah cintanya turut terkubur bersama si pemegang hati. Tiga tahun telah berlalu, hati masih tetap setia dengan yang satu sehinggalah takdir membawanya ke satu pertemuan dengan seorang gadis bernama Haania Aylin. "By the way, saya nak jadi kawan awak boleh? - Khalish Rifqi Hidup Haania Aylin penuh dengan kesunyian. Membesar di rumah anak yatim tanpa mengetahui siapa keluarganya. Hidupnya hanya berseorangan, merasakan bahawa jika kedua-dua ibu bapanya pun sanggup membuangnya, apatah lagi orang lain? Pertemuan dengan Khalish memberi sinar baharu. Lelaki itu datang mengisi kesunyian yang ada, melenyapkan segala persepsi yang ada. Rumah tangga dibina membuatkan Haania Aylin merasakan dia wanita yang paling bahagia. "Nia rasa hidup Nia macam dah lengkap. Tak macam sebelum ni. Sekarang, Nia dah ada abang dan selamanya pun Nia akan cintakan abang." - Haania Aylin Namun, apa yang terjadi apabila ayat yang pernah diungkap itu mula sirna selepas terbongkarnya satu rahsia yang sudah tentunya merobek jiwa milik Haania Aylin? "Nia pernah anggap abang adalah anugerah terindah dalam hidup Nia, tapi Nia salah. Ternyata abang hanya bawa luka yang lagi dalam dari apa yang Nia pernah rasa sebelum ni..." - Haania Aylin Dia yang disangkakan bahagia, namun ternyata, hanya luka. Akan adakah cahaya kebahagiaan untuk mereka berdua?
Tepat Memiliki  by MySerraa
66 parts Complete Mature
[Book 9] Dua hati yang berpisah, membawa haluan masing-masing demi memperbaiki diri. Pernah berkongsi memori bersama tetapi takdir memaksa mereka berjauhan untuk memyembuhkan luka satu sama lain. Dalam menjalani kehidupan baru, antara mereka, saling berharap untuk bertemu pada waktu yang tepat agar mereka dapat mencipta kebahagiaan yang lebih berpanjangan. "Akhirnya, kita berjumpa semula." -Asyraf "Awak yakin ke kali ini adalah waktu yang tepat?" -Asyrah Pertemuan yang tidak dirancang, meyakinkan Asyraf akan rencana Tuhan. Inilah masa yang dia nantikan selama ini. Tiga tahun tidak saling bertanya khabar, tak pernah dia sangka mereka akan berjumpa semula secepat ini. Sebaik saja dia jejakkan kaki di tanah air sendiri, Tuhan seakan-akan tidak mahu melengahkan masa lagi. Dia dipertemukan semula dengan lelaki yang pernah bertakhta di hati. Lelaki yang menjadi salah satu asbab dia membawa diri ke negara orang. "Saya tak cintakan awak macam dulu lagi." -Asyrah "Baguslah. Awak tak perlu cintakan saya macam dulu lagi. Saya yang dulu tak layak dapat cinta awak." -Asyraf Dia, Fayyad Asyraf. Lelaki kasanova. Lelaki yang pernah digelar 'pecinta wanita'. Dia takkan berputus asa untuk mengambil hati Asyrah semula. Keperibadiannya yang tenang menghadapi ujian, amat sukar diduga. Dia yang sekarang jauh berbeza daripada dulu. Dia terlihat lebih teguh, matang dan berpendirian tetap. Dia tahu apa yang dia mahukan, dan dia akan dapatkan dengan apa cara sekali pun. "Kisah kita baru bermula sekarang, Asyrah. Kisah yang tiada penamat seperti dulu. Antara awak bersama saya, atau saya akan menghantui hidup awak selamanya." -Asyraf "Sebelum tu, saya belum perkenalkan diri. Saya, Fayyad Asyraf. Tapi, awak boleh panggil saya... Asyraf." Benarkah sekarang waktu yang tepat untuk mereka saling memiliki? Adakah Asyraf dapat mengubah kesilapan lalu demi menambat hati Asyrah semula? Bagaimana mereka dapat menempuh ujian seterusnya jika mereka benar ditakdirkan bersatu semula?
HUG : THE TRUTH UNTOLD by miszhann
20 parts Complete
[TELAH TERBIT DI BAWAH PENERBITAN FAJAR PAKEER] Life is short... kerana itu dia inginkan hidup yang tenang. Namun, untuk mewujudkan keinginan itu, akan bermula malapetaka yang dibubuh dengan kebencian, permusuhan dan badai yang tertinggal dari masa silam. Ya, ada orang yang inginkan nyawanya. Disebabkan itu, Naaila sentiasa berjaga-jaga dengan setiap orang yang baru sahaja dia kenal. Biarpun begitu, Naaila masih lagi gadis normal yang sentiasa mendambakan cinta. Bagi dirinya, biarlah cinta hadir ketika dia dan 'dunia kejar-mengejarnya' tamat tanpa ada episod seterusnya. "Cinta tak perlukan masa. Sesaat pun boleh jatuh cinta. Tiga bulan tu, tak cukup lama ke untuk kau?" - Fadh Qayeed "Aku tak boleh terima kau dalam hidup aku. Hidup kita berbeza." - Naaila Natasha Fikir Naaila, Fadh akan menjauh apabila sedar hanya bahaya yang menimpa ketika mereka bersama. Ternyata, sangkaannya meleset. Semakin si gadis itu dikejar oleh musuh, semakin si jejaka mengajar tanpa peduli apa kesannya. Tanpa sedar, kebersamaan mereka membongkarkan satu kisah yang membuatkan jiwa Fadh dirobek kejam. Masa lalu yang saling terikat membuatkan Fadh naik gila. Masa kini yang terhidang, membuatkan Naaila hilang arah. Jalan apa yang harus diputuskan? "Kau rasa, aku boleh hidup macam manusia normal selepas apa yang aku dah tahu? Aku tak sekejam mereka. Aku bukan mereka!" - Naaila Natasha Adakah janji pelukan hangat yang pernah terucap akan terhapus bersama dendam yang ada? Atau mungkin, wujudnya derita sekarang kerana masa lalu yang tidak pernah diketahui? Hakikatnya, masih ada tersembunyi yang tidak pernah dipeduli. Entah siap atau belum, kehilangan akan menjadi sebuah kenyataan kerana ada keberanan yang tidak akan terungkap. "Aku rasa takdir sedang mempermainkan kita." *** Boleh dapatkan novel Hug : The Truth Untold di shopee fajarpakeer!
You may also like
Slide 1 of 10
Ku Tunggu Cintamu cover
Akadku Namamu cover
Sekali Lagi Memiliki cover
Married Man I'd Hate! (COMPLETED) cover
饾棢饾棦饾棓饾棫饾棝饾棙 饾棫饾棝饾棙 饾棢饾棦饾棭饾棙 cover
BUNGA TERAKHIRKU ( salahkah terus berharap?) cover
Anugerah Terindah [C] cover
Tepat Memiliki  cover
HUG : THE TRUTH UNTOLD cover
MY LATINO GUY (TERBIT 2024) cover

Ku Tunggu Cintamu

34 parts Complete

"Tiap hari aku berdoa agar kita dipertemukan. Demi Allah tidak pernah aku mengkhianati cintamu. Walaupun sebelum aku mengenalimu, aku telah mencintaimu. Datanglah padaku kasih. Aku berjanji akan menjagamu. " , kedua-dua mereka merintih agar bisikan doa itu dimakbul Ilahi lalu hilang sepi yang menyelubungi diri. Ana; Cinta? Kahwin? Rimas aku dengan pertanyaan-pertanyaan begitu. Bukannya aku menafikan naluri insan untuk bercinta dan dicintai tapi untuk mencari lelaki sebaik dia, adakah lagi? layakkah aku? Ah, aku menepis jauh-jauh persoalan itu ! Sebentar lagi ada kanak-kanak ribena yang memerlukan perhatiannya. Dia mengeluh lagi. Faris; 'Aku tak minta banyak, aku cuma perlu dia memahami kerjaya aku,tanggungjawab aku pada masyarakat,keluarga dan negara. Kalau dia boleh bertolak ansur, aku akan terima dia sepenuh hati, aku akan jadi yang terbaik buatnya.' Faris termenung sepi di bawah pondok rumahnya sambil mengamati pemandangan sawah padi menghijau di hadapan Gunung Ledang. Sejuk hatinya berada di kampung halaman . Tanggungjawab yang dipikulnya bukanlah semudah yang dikata sekadar memadam api, tapi kerungsingannya melebihi perkara itu. Ku Tunggu Cintamu merupakan perlayaran cinta seorang pegawai bomba dan guru muda dalam mencari pasangan hidup. Adakah benar pepatah 'opposite attracts' ataupun karakter yang sama lebih serasi? Mampukah mereka menggagahi dugaan hidup yang telah tertulis di suratan takdir?