"Aku pun dah jatuh cinta dengan kau, Amirah."
Ah, aku rasa nak nangis. Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku tak bermimpi ke? Jantung aku berdegup macam ia boleh meletup bila-bila masa saja.
"Kalau kau bergurau lagi, aku tolak kau jatuh tangga ni sampai kau mampus. Pastu mayat kau nanti aku heret bagi makan buaya." Aku ugut dia dalam nada serius.
Dia membesarkan mata.
"Kau memang betul-betul suka dekat aku?" Aku tanya dia.
Angguk.
"Bukan sebab kau kesiankan aku? Bukan sebab kau nak aku bagi kau berkat senang ulangkaji?"
Dia menggeleng, "Semuanya ikhlas dari hati aku."
Aku mengecilkan mata, "Macam mana aku nak percayakan kau?"
Dia mengeluh, "Aku dah bagitahu mak aku pasal kau."
Nani? Mak dia?
"Huh?" Aku meminta kepastian.
"Kau pernah jumpa mak aku waktu form 2, kan? Dia masih ingat kat kau."
Ya Allah, kenapa hati aku berbunga ni? Aku minat kat mak Fahri pulak ke?
"Aku... Ceritalah kat mama yang aku ada berkenan—"
"OK, stop." Aku menghentikan gumaman dia. Boleh gila aku kalau dia cerita sampai habis.
Ah, critical ni. Boleh tak sesiapa panggilkan ambulans?
"Ehem, sejak bila kau suka aku?" Aku mahu tahu lebih.
Dia mengangkat bahu, "Entah. Tapi sejak Zikri bagitahu yang dia dah try kau, aku rasa macam... Tak senang duduk... Aku rasa, aku nak aku je dipandang sebagai lelaki istimewa di mata kau." Dia menggumam perlahan.
Sudah. Aku tak boleh tahan dah. Siapa sangka Fahri boleh ungkapkan ayat ala-ala keluar dari novel cinta? Dia fikir dia tengah berlakon dalam movie Ayat-Ayat Cinta ke? Ini bukan Fahri yang aku kenal. Tapi bila terfikirkan akulah yang activate side Fahri yang cheesy ni, aku berdiri lalu meninggalkan dia terpinga-pinga.
Aku berjalan beberapa langkah kemudian berhenti menoleh dia, "OK, Fahri. Kita bercakap dalam jarak ni sebab aku rasa aku tak boleh dekat dengan kau sekarang."
Fahri pandang aku dengan muka expressionless dia.
"So, um, nak try lamar aku lagi tak?" Aku demand.
Dia berdiri dan berjalan mendekati aku. Dia ni tak faham bahasa barangkali. Aku dah suruh jauh dari aku.
Dia berdiri betul-betul di hadapan aku, "Aku kena belajar sekarang. Nanti aku habis final paper, aku bagitahu."
Eh, dia nak tinggalkan aku sekarang?
"Ala." Aku merengek.
Dia tersenyum.
Aku memuncungkan bibir. "Kau ada berapa paper? Bila final?"
"2 je. 2 minggu lagi habislah exam aku. Kau?"
"Aku ada 4 paper."
Fahri membesarkan mata, "Pergi study. Bye." Dia berjalan tinggalkan aku.
Aku mencebik. Camnilah dia. Tantah dia confess kat aku betul-betul sebab dia nak dapat keberkatan ilmu masuk otak?
.
.
.
Dia pelajar tahun terakhir. Tak peliklah dia lagi pentingkan pembelajaran dari aku. Aku ni kenapa?

ANDA SEDANG MEMBACA
C | Flirt
Romance? before marriage story of aku dan crush aku yang introvert Walaupun pernah direject dengan perkataan kasar waktu sekolah dulu, Amirah masih tidak tawar hati apabila dia bertemu semula crush berat mulut dia itu di universiti. Malah, dia masih lagi...