抖阴社区

Chapter 22

41 3 0
                                    

Soo Mi bangun dari tidurnya. Dia terkejut apabila melihat Joshua dalam keadaan begitu lemah.

" Hubby? Hubby! Kenapa ni?! Doktor! Doktor! "

Soo Mi segera memanggil doktor. Doktor pun bergegas ke bilik dengan beberapa orang jururawat.

" Puan, puan kena keluar sekarang. Pesakit dalam keadaan sangat lemah " pinta jururawat itu.

" No! Saya nak duduk sini! " jerit Soo Mi. Kebetulan Puan Hong dan Tuan Hong telah sampai. Puan Hong terus mendapatkan menantunya itu.

" Soo Mi sayang, kita berdiri sini dulu ye. Bagi doktor ruang nak check keadaan Joshua "

" No, mama! Soo Mi nak duduk dekat samping Shua! Sebelum dia pergi "

" Ye mama tahu. Sekarang doktor perlukan ruang. Sabar ye sayang "

" Haa...hubby... "

Setelah doktor dan para jururawat berusaha mengawal keadaan Joshua, akhirnya mereka gagal. Joshua menjadi semakin dan semakin lemah. Sepertinya waktu Joshua untuk pergi semakin hampir. Doktor memanggil ahli keluarga Joshua.

Puan Hong sudah menangis lalu memeluk Tuan Hong, manakala Soo Mi perlahan-lahan menuju ke katil Joshua. Dia duduk di samping suami dengan hati yang penuh kesedihan. Tidak sangka dia akan kehilangan satu satunya lelaki yang amat dia cintai.

" Shua...bangun la... "

" Bangun la...Jangan tinggalkan saya. Saya tak kuat...Please. Bangun lah. Takkan awak nak tinggalkan anak dalam kandungan ni... "

Tangan Joshua digenggam dengan erat. Secara tiba-tiba, genggaman tangannya dibalas. Dia mengangkat kepala.

" Sayang...Sa-saya dah cakap kan. Strong f-for me. Te-te-teruskan hidup tanpa ssa-saya "

" Tak. Saya tak boleh "

Tangan Joshua perlahan-lahan mencapai perut Soo Mi yang di dalamnya ada seseorang yang bernyawa dan tidak lama lagi akan lahir.

" Sayang anak papa, ja-jaga mama tau. Maafkan papa sse-sebab tt-tak dapat jumpa anak papa untuk kali pertama "

Soo Mi menahan sebak. Puan Hong dan Tuan Hong hanya melihat begitu juga Jeonghan yang baru sahaja sampai tadi.

" Sayang, i just want you to-to know th-that i really love you s-so much. Thank you f-for everything. I'm so sorry. Saya terpaksa pergi tinggalkan awak. Jaga anak ni...b-baik-baik tau... "

" It's okay...Thank you too because you always by myside. Take care of me. Thank you so much, Shua. I love you... "

" Erm. I love you too, sayang... "

Tiba-tiba, tangan yang lembut memegang perut Soo Mi perlahan-lahan dilepaskan. Joshua menghembuskan nafasnya yang terakhir.

" Shua? Shua? Tak! Tak mungkin! Shua! Shua, jangan tinggalkan saya "

Menangis teresak-esak Soo Mi. Dia tidak mampu lagi menahan tangisan. Dia melepaskan segalanya.

" Shua!!! Jangan tinggalkan saya... "

" Soo Mi dah. Joshua dah pergi dengan aman. Sabar ye sayang. Mama tahu Soo Mi kuat. Kita kena terima semua ni "

" Mama...Shua...dah takda... "

" Ye mama tahu. Shh...shh... "

🌻

Semua orang telah pun beredar kecuali ahli keluarga terdekat.

" Soo Mi, jom balik " ajak Puan Kang.

" Tak nak. Soo Mi nak duduk sini lama sikit "

" Hmm...Kalau macam tu, mak dengan yang lain balik dulu "

Soo Mi mengangguk sahaja. Dia tidak dapat berkata apa-apa lagi. Dia terlalu sedih dengan pemergian Joshua.

Sudah dekat sejam Soo Mi di hadapan tempat pemakaman Joshua. Dia termenung sahaja.

" Soo Mi...jom balik. Tak elok duduk sini lama lama " ajak Puan Hong. Puan Hong jugalah yang menemani Soo Mi dari sejam tadi.

" Erm "

" Dah jom "

Soo Mi bangun dengan lemah lalu pergi dari situ.

Puan Hong dan Tuan Hong kehilangan satu-satunya anak tunggal mereka. Soo Mi kehilangan suaminya yang sangat dia cintai, manakala Jeonghan pula kehilangan kawan baik yang banyak menolong dan mendengar segala masalahnya.

Setiap manusia akan melalui fasa kehilangan orang tersayang. Harus memerlukan hati yang kuat untuk menerimanya. Sakit tetapi itulah yang harus kita terima dalam kehidupan. Walaupun orangnya telah pergi, hidup tetap harus diteruskan.

Maka, berakhirlah sudah kisah antara dua manusia yang saling mencintai. Bukti kesetiaan cinta mereka yang kukuh sehingga salah seorang pergi dibawa oleh Semesta.

- The End -

















Hi guys. Long time no see hehe. So tamat lah fanfic kali ni. My Mr Gentleman...Ikha type smbil nangis tau. Sorry korg for late update. Sejak dh sklh ni xder idea plus homework byk so memang xder masa. Disbbkn ikha nk cpt hbiskn fanfic ni curi lah masa sikit nk buat. Just wanna say thank you sbb sudi baca second fanfic ikha kali ni ❤ Thank you sbb snggup tunggu walaupun ikha lmbt update. Sayang korg byk byk ❤  Akan ade special chapte yg ikha akan publish

 Sayang korg byk byk ❤  Akan ade special chapte yg ikha akan publish

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

Belanja sikit gambar bf/husband korg 😼

Published: 27/9/2021
Edited: 27/11/2022

My Mr Gentleman [ Editing ]Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang