Mungkin ini adalah pengakhiran hidupku, mungkin tiada lagi cahaya yang akan menyinari hidupku seperti hari-hari kebahagiaan ku,
Tiada lagi bunga-bunga yang berguguran dan deruan angin yang bertiup perlahan menyapa wajahku,
Mungkin segala takdir yang tertulis buatku,sudah pun dilaksanakan dan aku kena terima hakikat tentang diriku sendiri, bersyukur dengan apa adanya dalam kehidupan aku,
Mungkin,mungkin aku bukan lah seseorang yang sempurna di mata seseorang, aku...aku tak ingin sempurna dimata mereka hanya kerana aku berada di atas mereka berada dibawah ku..
Aku hanya ingin menjadi yang terbaik dan memberikan impression yang baik dalam hidup mereka..aku hanya ingin kehidupan yang tenang bersama mereka, bukan dalam kedudukan aku yang tinggi, namun sama seperti mereka, jalani hidup yang penuh dengan kegirangan bersama.
Aku,bukan lah seorang yang mampu membahagiakan mereka sebagaimana mereka membahagiakan aku dengan hanya sebuah senyuman, apa balasan aku untuk tersiksa dengan perasaan seperti ini..
Kehilangan itu,amat sepi..Penyesalan itu,hukuman yang berat untuk seseorang sepertiku, bukan kerana aku terlalu banyak salah dalam kehidupan lalu ku, namun aku berasa bersalah kerana tidak mengucapkan kata-kata yang pantas buatnya..
Inginku kembali,untuk bertemu dengannya,walaupun hanya sekadar di dalam mimpi,mahupun sekadar rama-rama yang terbang di sampingnya..
Perasaan ku terhadapnya hanya lah sebatas rasa manis gula di dalam air, ataupun hanya umpama langit dengan bumi, terlalu berbeza sehinggakan kami tidak akan pernah bersama, walaupun hanya kematian yang memisahkan jarak takdir kami,
Takdir,aku tak pernah faham maksud sesuatu yang berkaitan dengan takdir, takdir hidup? takdir cinta? jodoh? ataupun untuk diri sendiri?
Mungkin keputusan ku untuk pergi meninggalkan mereka,mungkin bukan keputusan yang tepat..tersiksanya seseorang menanggung sepi penantian dengan penuh sabar bukan lah senang, tersiksanya menanggung perasaan yang terpendam bukannya senang,
Kehilangan itu,seperti kematian dalam hidup seseorang, seperti rasa sakit ditusuk kalbu sembilu, hanya kata-kata maaf yang kedengaran, suara,wajah, tetap tak mampu mengubati rindu..
Kerinduan yang mendalam itu, membuat diriku berfikir, apa benar diriku merinduinya? apa benar aku mencintainya? atau hanya menganggapnya sebagai teman,
Talkala kau menjumpaiku kembali,aku mungkin lupa akan tentang mu lagi, namun disebabkan takdir yang tak memisahkan aku dengan kau.. aku akan perlahan-lahan mencintaimu lagi...namun bukan sekarang atau nanti, tapi hatiku tetap bernyawa selagi bersama mu...
"The time when i met you.." gadis berambut blonde itu menutup kembali buku novel ditanggannya, matanya berwarna aqua blue itu sesekali bersinar umpama permata yang mencantikkan lagi wajahnya.
"Yaemin ahh...kajja!" kedengaran suara seorang wanita 40-an memanggilnya untuk turun.
"Ahh arraseo omma...jakaman!" ujarnya dari atas, coat disarungkan dan shawl di balut kemas di lehernya.
"Noona, kenapa selalu lambat, haish" ujar seorang budak lelaki lingkungan berumur 20 an itu.
"Ahh saengie, " seorang namja pula muncul dengan pakaian serba biru dengan coat navy bluenya menunggu di tepi tangga.
"Orabeonie..annyeong.." lemah lembut suaranya menyapa semua ahli keluarganya..
"Cepat lah..kan kita nak balik seoul dah hari ni..appa dah menunggu di luar." ujar ibunya pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
[COMPLETE]The Time When I Met You
FanfictionHighest Story Rankings: Top 10 in #sliceoflife Annyeong, its been a while semenjak Author hiatus entah berapa tahun, so i'm back with my new story...it's kind of random genre but the main genre is fantasy, i hope you guys can support this story than...