抖阴社区

Bab 25

713 30 4
                                        

Zara membuka pintu rumahnya lalu masuk. Salam diberi dan dijawab oleh Puan Sri Insyirah. "Anak mama dah balik." kata Puan Sri Insyirah gembira. Zara tersenyum lalu menyalami tangan milik mamanya. "Mama Zara masuk dulu ye nak mandi then solat." kata Zara. "Pergilah kamu pun nampak penat je." Zara hanya mengangguk apabila mamanya suruh masuk, memang dia penat pun nasib baik esok hujung minggu boleh rest.

Selepas solat Zara membaringkan tubuhnya di atas katil. Pakaian dia letak kat tepi almari dulu nanti nantilah dia kemas, sekarang dia nak rehat je. Beberapa saat kemudian dia terus tertidur. Puan Sri Insyirah masuk ke bilik anaknya untuk memanggil makan, namun apabila terlihat anaknya yang lena itu tidak jadi pula nak kejutkan. Dia menyelimutkan tubuh Zara, diluar hujan takut anaknya sejuk pula.

Sedang dia ingin bergerak ke biliknya, loceng rumah tiba tiba berbunyi. Dia bergerak ke pintu dan mengintai siapakah gerangan tersebut. Apabila kelibat Intan yang kelihatan dia terus membuka pintu. "Sorry aunty kacau, ni coklat Zara termasuk dalam beg Intan." kata Intan. "Tak ganggu pun, masuklah kita makan sekali. Lagipun Zara tengah tidur tu." ujar Puan Sri Insyirah. Intan tersengih ke arah Puan Sri Insyirah. Dia terus masuk ke rumah itu lalu mengikut Puan Sri Insyirah ke dapur. Orang ajak kita join lagipun dia lapar, dia dan Zara breakfast sikit je sebelum naik flight.

Zara tersedar apabila terbunyi suara orang sedang ketawa. Dia bangun dari pembaringan lalu memandang jam di dinding. Dia turun dari katil lalu masuk ke dalam bilik air. Selesai mencuci muka,dia mengambil tuala muka di penyangkut sebelah sinki lalu mengelap wajahnya. Dia perkemaskan ikatan rambutnya lalu melilit rambutnya membentuk sanggul yang kemas tanpa diikat dengan getah rambut sanggulan itu. (Kalau tak faham meh nak cerita, Zara ikat rambut dia terlebih dahulu menjadi pony tail lalu dililit menjadi sanggul. Tapi lepas dia sanggul tu dia tak pakai getah rambut pun sebab dia sanggul kemas jadi sanggulan dia tu tak akan terbuka. Kalau dah faham jom sambung baca.)

Dia keluar dari biliknya menuju ke ruang tamu. Kelihatan mamanya dan Intan sedang berborak di sofa. "Dah bangun." tegur mamanya. Zara tersenyum dan mengangguk lalu bergerak ke sebelah Intan memandangkan Intan duduk di sofa dua. Mamanya duduk di sofa satu. "Aku bawak coklat kau yang termasuk dalam beg aku." kata Intan. "Masuk dalam beg kau eh." tanya Zara. Intan hanya mengangguk. "Kau dah makan ke? Yelah kita kan breakfast sikit je tadi." tanya Zara. "Aku dah makan, aunty yang hidang. Aku datang bawa coklat kau lepastu aunty jemput makan sekali." kata Intan. Zara sekadar mengangguk.

"Zara nak makan ke? Kalau nak mama panaskan." kata Puan Sri Insyirah. Zara tersenyum lalu berkata "tak apa mama kejap lagi Zara makan,pandai pandailah Zara panaskan sendiri." Puan Sri Insyirah tersenyum dan mengangguk. Mereka mula berborak sehinggalah waktu asar. Intan meminta diri untuk pulang ke rumahnya, Zara masuk ke dalam biliknya untuk solat. Selesai solat dia keluar dan menuju ke dapur. Zara memanaskan lauk. Selesai semuanya dia menghidang dan makan. Mamanya masih di dalam bilik.

Setelah Zara dan Intan masuk ke dalam pejabat, mereka diminta ke bilik Tan Sri Razali. Di dalam bilik Tan Sri Razali mereka diminta untuk memberitahu perkembangan tentang projek di Sabah. Mereka menerima ucapan tahniah di atas kejayaan mereka dari Tan Sri Razali. Mereka keluar dari bilik Tan Sri Razali lalu bergerak ke bilik mereka. Mereka menyambung kerja yang ada di atas meja.

Hujung bulan Zara,Intan,Laura,Diana dan Puan Sri Insyirah keluar berjalan jalan. Mereka bershopping dan jalan jalan sekitar bandar Kuala Lumpur. Di saat mereka sedang makan di Jaslyn Cakes di Jalan Telawi 2, Bangsar,Kuala Lumpur mereka dihadiri oleh 3 orang manusia. Apa yang mengejutkan, 2 orang dari mereka merupakan orang yang pernah kena sembur dengan Zara beberapa tahun lalu.

3 orang tadi ialah seorang lelaki seorang perempuan dan seorang kanak kanak perempuan yang berumur dalam lingkungan 7 tahun. Lelaki tadi mengambil tangan Puan Sri Insyirah lalu dikucupnya sambil mengalirkan air mata. Nasib baik mereka duduk di hujung kedai jadi tak adalah penonton yang melihatnya. Lagipun pelanggan kurang di dalam kedai itu. Yang lain hanya menjadi penonton setia.

"Mama Amir minta maaf sangat sangat di atas segala dosa Amir pada mama. Mama tolong maafkan Amir ma, Amir nak restu mama. Amir rasa tak lengkap keluarga Amir tanpa mama. Mama tolong maafkan Amir ma, diatas segala kata kata kesat Amir pada mama, hinaan Amir,cacian Amir dan segalanya yang pernah Amir buat pada mama. Tolong ma." kata lelaki itu teresak esak.


Here update setelah lama author mendiamkan diri. Sebenarnya author tengah mencari idea. Nanti author sambung lagi. Jangan lupa share, vote and comment. Selamat malam. Bye guys.

Pengorbanan Sang Isteri Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang