抖阴社区

BAB 4

127 9 2
                                        

"Assalamualaikum. Mia..." Sunyi sahaja salam dan panggilannya tidak berbalas. Dameer mengerutkan sedikit dahinya. Dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu beg bimbit di tangannya diletakkan di atas meja. Matanya melilau melihat sekeliling.

"Damia!" panggilannya masih tidak bersahut. Eh, mana pula perempuan ni pergi? Kasut ada je dekat luar.

"Damia Nurnasifa!" Dameer melangkah ke arah dapur namun tiada sesiapa di situ.

"Nasifa!" Dia mula melangkah ke arah tingkat dua. Melihat di ruang tamu tingkat dua, tiada. Dameer melangkah ke arah bilik tidur Damia yang pintunya separa terbuka.

"Ooo perempuan!" Sambil itu mulutnya memanggil Damia dengan pelbagai panggilan.

"Nasipaprikkkkk!"

"Ada, hidup lagi dekat sini!" Lantang kedengaran suara Damia dari dalam bilik air di bilik tidur gadis itu. Tetapi pintu bilik air itu juga tidak ditutup, oleh itu laju sahaja Dameer melangkah ke arah bilik air. Kedengaran bunyi air mengalir secara berterusan.

"Kau buat ap- YA ALLAH KAU BUAT APA?" Mata Dameer terbeliak apabila melihat Damia yang sedang memegang spanar di sebelah tangannya dan sebelah lagi memegang kepala paip. Damia sekadar mengerling ke arah lelaki itu sebelum meneruskan kerjanya semula

"Kepala paip ni rosak. Aku nak betulkan lah," ringkas sahaja dia menjawab.

"Rosak? Bila dia rosak? Sebelum ni elok je," Dameer hairan. Kepala paip yang ada di rumah ini kesemuanya berkualiti tinggi.

Damia memandang wajah Dameer, agak serba salah untuk menjawab. "Aku terlebih pusing, lepas tu dia tercabut. Lemah betul benda ni,"

Mulut Dameer sudah separa ternganga. Matanya terkebil-kebil melihat gadis cantik yang berdiri di hadapannya dengan tangan yang cuba menutup aliran air yang keluar. Perempuan ni... Hulk ke? 

"Dah tu kau cuba buat apa?"

"Baikilah! Itu pun nak tanya,"

"Kau pandai baiki ke?" Dahi licin lelaki itu berkerut sedikit.

"Do I have any choice? Tak reti tapi kenalah buat,"

"Dah tak reti tu, mintalah tolong orang." Dameer melangkah masuk ke dalam bilik air yang lantainya sudah basah dek air yang mengalir. Lelaki itu mendekati isterinya. Damia mengerutkan sedikit dahinya.

"Nak minta tolong siapa? Dah aku yang buat masalah, akulah yang kena baiki sendiri." Damia memandang Dameer dengan pandangan pelik apabila melihat lelaki itu seakan mahu mengambil alih tugasnya.

"Minta tolong aku!"

"Kau reti ke?"

"Tak!" Dameer memusingkan kepala paip kecil yang merupakan sumber aliran utama air untuk bilik air itu lalu menutup paip tersebut. Kepala paip itu berada di kedudukan yang agak tinggi.

Damia merasakan air yang tadinya mengalir keluar di celahan jari-jemarinya sudah tidak keluar lagi. Dia melihat Dameer dan kemudiannya melihat kepala paip kecil yang ada di bahagian atas dinding bilik airnya itu. Sungguh dia terlupa akan hal itu.

Dameer mencapai tuala kecil bersih lalu memberikannya kepada Damia untuk dia mengelap tangannya yang basah. Muka lelaki itu seperti biasa, kontang dengan senyuman.

"Haihh... I'm not marrying a plumber. Normal lah kalau kau tak tahu macam mana nak baiki, cik akak oi. Jangan risau, aku tak harapkan lebih-lebih pun kahwin dengan kau. Aku bukan expect aku kahwin dengan Kapten Boleh pun."

Damia mencebik. Hatinya mula terasa panas. Mereka kini sudah melangkah keluar dari bilik air.

"Hello, Encik Ameer. Motif kau datang sini memang untuk memerli dan menyakitkan hati aku ke? Orang tengah tak ada mood ni,"

Aku + Kau = Syntax Error! ?? COMPLETETempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang