"Jumpa aku dekat lorong biasa sekarang."
Jasmin mengangguk perlahan mendengar bisikan di telinga kirinya. Bahu gadis itu ditepuk berkali - kali dan berlalu pergi. Begitu sahaja.
Jasmin masih mengangguk walaupun 'si dia' sudah berlalu pergi. Gadis itu terlalu takut untuk memandang si empunya tubuh.
Jasmin mengeluh kasar. Tangan dikepal sekuat hati. Dia mengetap bibir. Gadis itu merutuki diri sendiri yang tidak boleh melawan balik.
Bukannya dia lemah. Tidak. Tidak sama sekali tapi ada sesuatu yang menghalangnya untuk bertindak.
Kalau orang lain memang sudah lama bengkak ditumbuk oleh buku limanya tetapi ini bukan orang lain. Ini 'si dia'.
Jasmin berjalan perlahan sehingga sampai ke lorong yang disebutkan. Kelibat 'si dia' dapat dilihat membelakanginya. Jasmin melangkah senyap - senyap. Sehingga betul - betul sampai, Jasmin tanpa segan - silu memberikan jari tengah. Ingat dia takut.
"What the fuck you give a fuck at me!" Suara keras yang melengking membuatkan Jasmin terkejut.
"Lari," Jerit Jasmin sambil berlari kencang. Dalam hati dia merutuki diri sendiri. 'Si dia' juga turut mengejarnya. Mereka berdua berlari menyusup di celah - celah lorong. Laungan daripada si dia tidak diendahkan.
Dia menoleh kepala ke belakang. Ini tak boleh jadi. Dia perlukan strategi. Jasmin ke kiri si dia ke kiri. Jasmin ke kanan si dia juga ke kanan. Sudah berapa meter Jasmin tidak tahu. Tetapi yang pasti dia perlu nyahkan si dia itu.
Hilang. Si dia hilang.
" Hei, watch out." Suara seseorang membuatkan Jasmin menoleh ke depan.
Ada tiang di depannya. Oh shit! Jasmin tak mampu henti.
"Pang."
Jasmin terduduk di atas jalan. Kepalanya pening. Otaknya bergegar.
"Bodoh. Kalau lari jangan tengok belakang kan dah kena. Sakit dapat malu pun dapat. Anyway, say cheese." Bunyi kamera kedengaran diselang seli oleh gelak seseorang.
Jasmin menunduk ke bawah. Hatinya sebal. Gadis itu terasa cecair panas di hidungnya. Pantas dia mengelap menggunakan belakang tangan. Cecair berwarna merah.
"Oh my gosh, girl. You punya hidung dah berdarah. Poor you. Sakit eh. " Suara si dia kedengaran mengejek. Jasmin hanya mampu menggulingkan mata.
Jasmin berdiri sambil memegang tiang. Dia sedikit pening. Serasa hidungnya hampir patah.
Mata Jasmin tajam menjeling si dia. Senyuman sinis tercetak di bibir 'si dia'.
"What?" Sinis 'si dia' berkata. Seolah - olah tiada rasa bersalah.Darah yang meleleh dikesat menggunakan telapak tangan. Jasmin menstabilkan pernafasannya. Sebab dia akan buat sesuatu yang gila selepas ini.
Dia berlari ke arah 'si dia' lalu mengesat tangan yang dipenuhi darah ke muka si dia. Kemudian ssup.
Jasmin melarikan diri manakala 'si dia' terkebil - kebil mencerna situasi.
Sehingga beberapa saat, 'si dia' tergelak seketika sebelum memandang ke arah gambar yang diambil tadi.
"Clumsy di*khead."

ANDA SEDANG MEMBACA
FORGIVE BUT NOT FORGET
Short StoryForgive but not forget. 600 - 700 patah perkataan (Tw: blood & bully)