Kau akan mati dengan cara yang paling hina dan menyeksakan, sayang.
Memang benar aku sudah mati. Tapi cinta, ianya masih mekar mengisi hati. Mungkin kali ini rasa cinta itu bakal berubah menjadi mimpi ngeri.
cover by McNugget Graphic @cocokies
? bae...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
Hari ini, aku gagahkan diri untuk keluar mencari kerja kosong yang berdekatan area kawasan rumahku.
Sambil itu, aku juga bertungkus-lumus mencari rumah sewa yang baru.
Aku tak kira, lagi cepat aku dapat rumah baru, lagi bagus.
"Ark!" Rasa seperti dicucuk terasa di bahagian bawah perut. Minyak angin yang aku sapukan tadi kini kian terasa hangat.
"Sakitnya.." Malang sungguh, dalam keadaan senggugut aku gagahkan diri juga untuk keluar.
Tapi, ianya bagiku adalah satu nasib baik juga kerana tempoh hari aku sudah diperkosa oleh 'sesuatu' itu.
Jadi ini petanda yang aku tidak mengandung. Syukur.
Selepas ini aku harus berhati-hati.
━━━━━ ◦ ❖ ◦ ━━━━━
"Kau fikir, kau akan terlepas dari aku ke sayang?" Bangkai tikus yang membusuk serta terdapat ulat sampah yang gemuk-gemuk badannya dijilat.
Kemudian ditelan.
"Yeon, kalau kau terima aku pada malam tu dengan ikhlas, pasti keadaan takkan jadi macam ini."
"Tapi, tak apa. Aku suka cara kau." Elevator kini sudah dipenuhi darah, bangkai serta kesan contengan vandalisme terukir comot di dinding.
"Aku cintakan kau sayang. Sangat cintakan kau."
"Ya, aku memang sudah mati. Dah lama aku mati." Kepala direhatkan, matanya terpejam namun bibir berdarahnya mula mengukir senyuman sinis.
"Tapi, cinta aku pada kau takkan pernah mati. "
"Bahkan ianya bertambah manis. Cukup untuk membuatkan kau cair dengan perlahan-lahan." Bangkai yang tersisa dia picit lalu isi yang bernanah mula keluar meleleh.