author’s
Semester pertama bagi Yebin berlalu, dan kini hanya tinggal 6 bulan sebelum final test. Latihan demi latihan diberikan, kelas kuliah juga tidak pernah ditinggalkan. Memori tentang muzik yang kelam sebelum ini sedikit demi sedikit dapat diingati semula. Sehinggalah satu hari, hati Kevin terdetik untuk menyoal sesuatu.
“ Yebin, awak sepatutnya masuk jurusan apa? ”
“ Pastry arts. ” Tanpa mengalihkan pandangannya daripada kertas yang berada di hadapannya, Yebin menjawab pertanyaan Kevin ringkas. Terlalu ralit dia meneliti not muzik sambil tangannya lincah menulis sesuatu. Tidak mahu berhenti, dia nekad untuk selesaikan kerjanya hari ini juga.
“ Kalau awak lulus test ni, jadi awak akan masuk jurusan yang awak nak tu? ” Sekali lagi Kevin bertanya.
Kali ini Yebin tidak menjawab, tidak sepantas jawapan untuk soalan tadi. Tangannya juga berhenti daripada menulis, kini menyedari hakikat keadaannya sekarang ini. Sudah hampir terlupa tentang perkara itu. Misinya yang sekadar ingin lulus final test jurusan muzik untuk setahun sebelum dirinya bakal ditukarkan ke jurusan yang sepatutnya dia masuk dulu.
“ Yebin? ”
“ Uh? Um, entahlah. I don't know. Maybe yes, since itu perjanjian yang saya pernah buat dengan professor dulu. ” Yebin teragak-agak untuk meneruskan ayat, keliru barangkali. Selama 6 bulan yang lepas, tiada satu pun masalah yang dia hadapi sepanjang berada dalam jurusan muzik. Bukanlah langsung tiada, tapi adalah juga beberapa kali dia tidak cukup tidur semata-mata untuk menyiapkan assignments yang menggunung.
“ Oh, okay. I wish you all the best, Yebin. Goodluck. 6 months to go, saya tahu awak boleh buat. ”
Ayat Kevin tadi terngiang-ngiang di dalam kepala Yebin. Lagi 6 bulan dia bakal hadap final test. Begitu juga dengan Kevin. Kalau dia berjaya, itu bermaksud dia akan tinggalkan jurusan muzik. Tinggalkan Kevin? Dia tak boleh jumpa Kevin lagi?
▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄

ANDA SEDANG MEMBACA
healing. kevin
Fanfiction? complete ! ? let's show everyone the healing power of music ft. kevin moon. #O9. theboyz's malay fanfiction series ? -sarahee :: 2021