抖阴社区

× 26 ×

361 91 47
                                        

        "Tadaima (saya dah balik)," kata Kaori sambil meletakkan payung di dalam bekas payung

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

        "Tadaima (saya dah balik)," kata Kaori sambil meletakkan payung di dalam bekas payung. Dia membuka kasut lalu menyarung selipar yang dipakai dalam rumah.

          "Yeay oneechan (kakak)  dah balik!" Yuri berlari ke muka pintu untuk menyambut kepulangan kakaknya yang baru balik dari kerja. Dia terkinja-kinja suka, mana taknya tadi dia hanya keseorangan di rumah.

          "Yuri, janganlah lompat-lompat macam ni. Nanti penat macam mana?" Kaori mengusap lembut ubun adiknya yang tersayang itu. Risaunya itu bukan dibuat main, dia tak mahu adiknya itu masuk hospital lagi. Anak sekecil itu tidak sepatutnya menghabiskan sisa hidup di hospital.

             Yuri hanya tersengih-sengih, tahu sangat yang kakaknya itu tak boleh sikit tengok dia aktif. Sedangkan dia rasa biasa je.

             "Meh Yuri tolong angkatkan beg oneechan." Yuri mengambil beg tangan kakaknya lalu terkedek-kedek berjalan ke meja makan. Kaori hanya menggeleng tengok adiknya itu.

            "Yuri duduk elok-elok ya kat ruang tamu, oneechan nak pergi mandi. Hi-kun tak balik lagi eh?" Yuri menggeleng. Abangnya yang berkerja di kedai aiskrim Abang Sally masih lagi tidak pulang.

            "Hi-kun bawa payung tak?" tanya Kaori, risau adiknya balik dalam keadaan basah kuyup. Tadi pun sudah hujan rintik-rintik ketika dia pulang ke rumah.

            "Rasanya oniichan bawa tadi," kata Yuri sambil meletakkan jari telunjuknya di dagu, seakan berfikir.

             Kaori hanya mengangguk sebelum dia masuk ke dalam biliknya. Badannya terasa melekit. Penat dia bekerja seharian di restoran Mak Cik Shin.

             Selepas hampir 10 minit, dia keluar dari bilik lalu ke dapur. Perutnya sudah berkeroncong hebat.

            "Eh spageti? Siapa yang buat ni?" kata Kaori sendirian apabila melihat baki spageti di dalam bekas tupperware berwarna ungu. Di sebelahnya ada kuah tomato.

             "Takkanlah Hi-kun yang buat? Diakan tak boleh makan tomato? Yuri yang buat? Lagilah pelik mmm." Daripada dia berteka-teki macam ni, lebih baik dia tanya Yuri yang memang setia berada di rumah.

             "Yuri! Yuri!"

             "Ya oneechan, kenapa? Terkejut Yuri yang tengah tengok tv tadi!" Muncul kelibat Yuri yang kecil tu sambil berpeluk tubuh. Dia berasa terganggu sebab tadi dia tengah syok layan rancangan kartun kegemaran dia di tv.

             "Siapa yang buat spageti ni? Hi-kun ke yang makan ni?" tanya Kaori.

              Yuri yang tadinya memuncung tiba-tiba tersengih. Dia cepat-cepat berdiri di sebelah kakaknya lalu memeluk kaki kakaknya yang tinggi itu.

              "Oneechan ingat tak Nari unnie?" tanyanya dengan nada yang manja dan mendayu-dayu. Matanya terkelip-kelip, sengaja nak mencomelkan lagi wajahnya yang memang sedia comel.

              "Yang tolong Yuri tu kan? Kawan Hi-kun?" tanya Kaori, pelik pula apabila tiba-tiba nama gadis yang pernah menolong adiknya itu menjadi topik utama perbualan mereka.

               "Dia yang masak untuk Hi-kun!" jawab Yuri sambil tepuk-tepuk tangan. Apa yang seronok tak tahulah. Seronok ship orang agaknya.

               Kaori terkejut, dia mengusap-usap dada. Terasa pelik pula. Setahunya adik lelakinya yang tu memang liat sungguh kalau nak makan benda-benda yang ada kaitan dengan tomato, lagi-lagi sebab dia ada alahan.

             Jadi, apakah sebab Asahi makan spageti yang dibawa oleh Nari ni?

             "Hi-kun makan ke? Bukan dia tak suka ke?" tanya Kaori, sangsi mendengar cerita Yuri tu. Manalah tahu budak ni main-main je.

               "TAK SUKA? DIA TAMBAH ADALAH!" kata Yuri tersengih-sengih lagi.

              "Lepastu, dia okay tak?" Risau Kaori, bukan dia tak tahu adiknya tu kalau alahan memang teruk betul.

              "Okay je." Yuri angkat bahu.

              "Pelik." Kaori menghidu kuah tomato tersebut. Memang bau tomato pun.

               "Oneechan makanlah! Sedap, tadi kitaorang tinggal sikit untuk oneechan sebab nak bagi oneechan rasa."

              Kaori pun mencapai pinggan dan garfu sebelum meletakkan baki spageti dan kuah ke dalam pinggan. Dia merasa sedikit, memang sedap pun.

              Yuri duduk di sebelahnya, tersengih-sengih lagi. Dia menepuk lengan kakaknya yang kelihatan khusyuk menghadap spageti.

               "Oneechan!"

               "Hmm?" tanya Kaori sambil mengunyah spageti dalam mulut.

               "Yuri rasakan, Nari unnie tu suka kat oniichan!" kata Yuri lalu menepuk-nepuk meja. Suka benar dia ship dua orang tu.

               Dalam otaknya dia sudah terbayang-bayang abangnya itu keluar dating bersama Nari unnie. Hehehheh

              Kaori hanya menggeleng-geleng melihat perangai Yuri itu.

              "Kalau Nari unnie suka kat Hi-kun, Yuri suka ke?" tanya Kaori, sengaja.

               "Suka, suka sangat-sangat!" katanya kuat sebelum dia tergelak-gelak kerana digeletek kakak kesayangannya.

-----

Pendek je kan hahahahahah aku semakin nak habis cerita ni semakin takde idea pulak so korang bertabahlah eh

Oh incase korang lupa, Kaori tu kakak Asahi manalah tahu kan, lagipun watak dia jarang muncul dalam fanfic ni.

Okay aku nak ajar macam mana nak sebut oniichan dengan oneechan. Kalau oniichan, bunyi ii macam kau sebut huruf e tapi panjangkan. Boleh bayangkan?

Kalau oneechan pula, bunyi (ee) tu bunyi macam huruf e dalam perkataan neigh. Boleh sebut kan?

Haa satu lagi, kalau chan tu pulak, bila sebut bunyi dia macam chang (yang ni aku tak pasti pun hshshs aku dengar kawan² aku yang belajar jepun dia sebut macam ni)

Panggilan chan ni selalunya digunakan untuk perempuan atau kanak-kanak, tapi kalau macam panggil abang pun boleh sebab dia macam panggilan mesra gitu.

Panggilan kun pula untuk lelaki, selalunya untuk kanak-kanak lelaki.

Okay tu je hohohoho aku tak pandai pun sebenarnya hshshshs

Vote and comment gaisssss ♥️
              

    

? tomato ? hamada asahi Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang