Boleh ke dalam hidup ni ada suami dalam masa yang sama juga ada teman lelaki?
? takyah putus, teruskan je lah ?
???? ?
? antara aku dengan dia, pilih ?
P/s: kalau u rasa cringe boleh pergi jauh jauh, no hating and diam diam je. Thanks. Strictly not...
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
"suami puan bernasib baik kerana tiada cedera parah yang berlaku. Dikatakan dia memandu dalam keadaan pening kepala sebab demam panas.
Tangan kanan dia patah sebab tersepit yelah kereta berlanggaran dengan penghadang jalan kan? jadi itu saja lah, puan dah boleh tengok suami puan" terang doktor itu panjang lebar.
Tanpa melengahkan masa, dia pun melangkah masuk ke dalam wad tersebut dan mendekati katil Mark.
Tangannya mengalih rambut yang melindung dahi Mark, dia meletakkan tapak tangannya pada dahi Mark.
"makin panas lah demam dia" kata Yoora perlahan.
Dia juga membelek muka dan tangan Mark kalau kalau ada calar balar di muka. Muka suaminya itu diusap lembut.
Tanpa sedar, perbuatannya itu diperhati seseorang.
"sayang?" panggil seseorang. Badan Yoora terhincut, laju dia menarik tangannya dari muka Mark. Dia menoleh.
"eo, Echan"
"sayang.. buat apa tu?"
"oh tengok Mark, kesian dia kemalangan" kata Yoora. Haechan menyebik.
"yahh, boyfriend awak ni tak kesian ke? dia pun kemalangan tau" beritahu Haechan.
Haechan juga menaiki kereta dengan Mark kerana Mark sudah janji untuk menumpang Haechan pergi ke studio.
Haechan tahu yang Mark masih belum sihat, dia sudah cuba memujuk Mark agar bagi dia memandu. Tetapi Mark tetap berdegil.
Tanpa sedar, tiba-tiba kereta pun dah senget ke mana. Terbabas berlanggar dengan penghadang jalan. Kepala Haechan terhantuk sedikit.
"alolo sian dia meh nak tengok sikit. Berbalut eh kepala dia"
"kenapa tengok Mark? dah tak sayang kita ke?" tanya Haechan.
"mana ada lah, tadi saya masuk wad tengok awak takde. Nampak Mark je, tu yang tengok dia dulu" bohong Yoora.
Dalam hatinya, dia sedang menyumpah seranah dirinya kerana lebih risaukan Mark berbanding Haechan. Sumpah tadi dalam kepala otaknya hanya fikir tentang nyawa suaminya.
Taktahu kenapa, jantungnya turut berdegup laju. It's not like she likes him, secebis perasaan pun tak ada...
Tapi yelah kan, siapa je tak risau dapat tahu berlanggar dengan penghadang jalan? Silap-silap boleh tertusuk badan dengan benda tu woi.
Haechan tersenyum pahit.
"lepas ni jangan dekat dengan Mark lagi tau?" pesan Haechan sambil mengusap perlahan rambut Yoora.
"hm? kenapa?" tanya Yoora.
"Echan tak suka"
"cemburu?"
"cemburu tu untuk orang tak matang je sayang"
"and..?"
"saya tengah tak matang lah sekarang ni" kata Haechan sambil tersenyum.