Untuk yang terbaik dirinya harus menjadi yang lebih baik.
Pilihan antara sahabat dan orang tersayang. Dirinya mahu memilih kedua-duanya tetapi terhalang akibat perbuatannya.
if memories made me , then with time i'll make today.
I hope you like it where I'm now | nctu-yestoday.
◇◇◇
Jaemin dan Areum , mereka berdua sudah berada dicafe. Hampir 2jam mereka berdua belajar bersama , dan selama 2 jam juga Jaemin menahan dirinya daripada hempuk kepala Areum .
Boleh tahan mencabar juga dirinya kena mengajar Areum.
" T H E M E ! THEME! BUKAN TEAM !?" ujar Jaemin dengan geram. Nafasnya ditarik dan dihembuskan , menahan sabar daripada tadi.
Sekarang mereka sedang membuat latihan spelling.
"APA BETULLAH! KAU SENDIRI YANG SEBUT TEAM ! " balas Areum dengan geramnya. Kedua dua mereka menunjukkan perasaan tidak ingin mengalah.
Nasib sahaja ruangan Cafe harini santai , tidak ramai sangat orang walaupun hari minggu. Mungkin disebabkan masih awal? Tapi jam dah menunjukkan 12 tengahari-
Sah semua membuta dekat rumah lagi. Astagfirullah tak baik suudzon :).
" THEME BUKAN TEAM !"
"HA TENGOK TU KAU SEBUT TEAM!"
"T H E M E ! BUKAN T E A M !" balas Jaemin dengan tidak mengalah. Dirinya ingin menangis menghadap gadis dihadapannya itu.
Someone , tukar tempat dengan dia boleh. Dia sudah tidak kuat berhadapan dengan murid begini-
"Cakaplah theme..ni team" ujar Areum sambil membetulkan spellingnya didalam buku nota tersebut.
"............."
Tahan Jaemin tahan. Anak orang tu Jaemin.
"Lantak kaulah , letih aku" balas Jaemin , ais americanonya yang dioder itu disisip. Tekaknya mula kering setelah bertekak dengan Areum.
Nasib perempuan , kalau lelaki. Kena slepet dah kepala Areum ni dengan dia :).
" okey seterusnya later" sambung Jaemin. Areum yang mendengar itu hanya menulis apa yang disebut oleh Jaemin.
"Tengok apa kau tulis" ujar Jaemin , Areum terus menghulur buku notanya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
Baru 4 ke ngab- kenapa dia punya letih rasa macam dah ajar 100 spelling...
"Okey kit-" tanpa sempat Jaemin sambung tiba tiba bunyi perut Areum berkeroncang.
~ krukk~
"Kau lapar?" Tanya Jaemin. Areum hanya tersengih malu , hehe dia dari tadi tahan lapar. Ni perut dia berbunyi sah tak boleh tahan lagi.
"Nak makan apa? Aku oderkan" ujar Jaemin , Dompetnya yang tersimpan didalam beg itu dikeluarkan.
"Eh takyah , biar aku je yang pergi oder" balas Areum , dirinya terus bangkit daripada duduk tetapi dihalang oleh Jaemin.
Tangan Areum dipegang olehnya.
"Duduk. Biar aku je yang oder , alang alang aku pun nak oder makanan aku sekali. Cepat nak makan apa?" Potong Jaemin. Areum terus kembali duduk ditempatnya tadi.
"Spaghetti carbonara jelah" kata Areum , Jaemin menganggukkan kepalanya . Terus dia bergerak ke kaunter Cafe tersebut.
Setelah beberapa minit menunggu , akhirnya makanan yang dioder oleh mereka itu sudah Siap. Jaemin dirinya pergi semula ke kaunter untuk mengambil makanan mereka berdua.
Sampai sahaja dimeja mereka. Kakinya berhenti melangkah.
"Jeno?" Tegur Jaemin. Jeno yang sedang berborak dengan Areum itu memandang kearah Jaemin.
"Yow" tegur Jeno.
Pinggan yang berisi makanan itu diletakkan diatas meja.
"Tak cakap nak datang , kalau tak aku oderkan makanan kau sekali " ujar Jaemin , tempatnya diduduk kembali.
"Taklah , aku pun tak tahu korang ada dekat sini. Kau ajar budak kecik ni apa tadi ?" Tanya Jeno. Areum yang mendengar itu memandang Jeno tajam.
Budak kecik ? Suka hati dia je panggil orang budak kecik.
"Spelling..kau tahu tak , aku hampir putus asa tadi :)" balas Jaemin dengan muka redhanya.
Jeno hanya tertawa kecil. Dah agak dah , confirm Jaemin pening kepala.
"Ni korang dah habis belajar ke apa?" Tanya Jeno , Jaemin menganggukkan kepalanya. Tak rela juga dia hadap lama lama benda ni , boleh pecah kepala.