抖阴社区

38; ?

5 2 0
                                    

    
[☕️]

"Hyera kami semua dah sepakat untuk adik resign dekat situ. Eonnie taknak Hyera ada kaitan langsung dengan Yeonjun so dengan cara ini adik kena berhenti kerja dekat situ. And adik tak perlu risau sebab kitorang dah pun dapatkan adik kerja lain." Tegas Rynn sambil menyuap masakannya ke mulut adiknya.

Rynn bukan cuba untuk menghalang adiknya kerja di situ tetapi dia tidak yakin dengan Yeonjun kalau Hyera masih berada di situ.

"Adik jangan risau dengan kerja baru adik. Cause adik still boleh sambung buat novel adik. Tiada siapa halang." Sambung Rynn apabila melihat Hyera memandangnya tidak berluas hati.

"Then adik nak kerja apa, eonnie? Alahh– Eyqa, Fasha pujuklah eonnie aku please." Rungut Hyera kepada dua sahabatnya.

Dia bantah dengan cadangan kakaknya itu, jika dia berhenti kerja di situ dia mahu kerja apa? Pasal Yeonjun, sejujurnya dia masih ragu untuk menghadap lelaki itu. Dia masih lagi trauma dan takut untuk bertemu dengan Yeonjun sekarang, takut jikalau Yeonjun cuba mengapakan dirinya lagi.

"Aku dengan Fasha takkan tolong kali ini sebab ini adalah jalan yang terbaik untuk kau, Hyera." Ujar Eyqa.

"Yes, that's right. Aku dengan Eyqa serahkan semuanya pada eonnie Rynn sebab kami tahu dia nakkan yang terbaik untuk kau. Arrassseo? Lagipula kerja tu senang je, Hyera." Pujuk Fasha.

"Alahh– kejap 'kerja itu' maksud kau kerja apa?" Soala Hyera pelik.

"P.A Yoongi." Serentak mereka berempat termasuk Lynqis menjawab.

"Bwo? PP.A??? P.A Yoongi? Min Yoongi?" Terkejut hingga nak tercabut jantung apabila mendengarkan mereka berempat. Matanya membulat.

"Apa dah takde kerja lain ke nak bagi dekat aku? Kalau jadi P.A Yoongi mahu tiap hari aku akan pengsan dengar ayat gula-gula getah Yoongi. Boleh potong kaki lah macam ini. Arghhh– apa nasib aku?" Gumam Hyera sendiri.

"Iyer lah, P.A Yoongi kenapa? Takde bantahan." Ujar Rynn tegas. Dia kenal adiknya ini, pasti Hyera mahu membuat alasan untuk lari daripada jadi P.A Yoongi.

Jhope memerhati Hyera yang sedang merajuk dengan kakaknya membuatkannya tergelak kecil melihat gelagat mereka berlima.

"Arghh- Jhope oppa tolong Hyera, pujuk eonnie please!" Merayu Hyera apabila melihat Jhope berdiri di situ meminta pertolongan.

"Kenapa Hyera taknak jadi P.A Yoongi? Best apa." Ujar Jhope memberi semangat kepada Hyera. Dia tahu Hyera akan cair dengan hyungnya apabila mereka berdua. Dan itu adalah jalan yang terbaik untuk Hyera dan Yoongi.

"Yoongi nak ke kalau Hyera jadi P.A dia? Korang dah tanya ke? Haa." Ujar Hyera cuba mengelak.

"Eii budak ni. Kalau orang cakap itu maksudnya Yoongi dah setuju lah. Sebab itulah eonnie bagitahu adik dan adik takde pilihan lain, arrasseo? Biar Yoongi pula jagakan adik. Lagipula nanti eonnie dengan Lynqis nak balik Malaysia so eonnie tugaskan Yoongi untuk jagakan adik dekat sini bila eonnie balik Malaysia." Terang Rynn.

"Wae? Ahhh– kenapa tiba-tiba nak balik Malaysia pula, eonnie dah janji nak stay sini lama kan? Kenapa nak balik pula? Eiii– Qiss pujuklah eonnie suruh stay sini lama lagi, please." Pinta Hyera.

"Papa mama rindu. That's why eonnie kena balik." Pujuk Rynn. Adiknya ini terlalu manja apabila berdua dengannya, al maklumlah Hyera adalah anak bongsu keluarga mereka.

"Macam lah papa mama tak rindu adik! Nak merajuk dengan eonnie 30 minit ahh gini. Taknak kawan!" Ujar Hyera merajuk, menarik selimut katilnya menutupi selurug badannya tanda protes dengan Rynn.

Mereka yang memerhati gelagat dua beradik ini tertawa kecil, manja betul Hyera apabila bersama kakaknya. Yoongi melangkah masuk ke ruangan milik Hyera dan memerhati Hyera pelik.

"Kenapa dengan Hyera?" Soalnya sendiri, pelik. Rynn yang perasan kehadiran Yoongi memberitahunya bahwa Hyera sedang merajuk dengan bahasa isyarat. Yoongi tersenyum melihat gelagat Hyera, syukurlah Hyera sudah sihat seperti sedia kala.

To be continued... ≡^∇^≡

 ≡^∇^≡

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.
?????? ???? ???? -  ??????? ??? ???????Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang