抖阴社区

?14

16 4 0
                                        

💚 Life is still going on~

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

💚 Life is still going on~

"Selamat sejahtera cikgu Victoria dan cikgu Haziq.Maaf mengganggu,"
Victoria dan Haziq melihat ke arah Angel.

"Ye kenapa Angel ?,"soal Haziq.

"Sebenarnya saya datang sini nak khabarkan bahawa salah seorang daripada pelajar kelas kami tak datang sekolah,"Haziq dan Victoria memandang Angel pelik.

"Baru sehari dia tak datang.Biasalah tu,"jawab cikgu Haziq.

"Tak cikgu.Masalahnya dia ni jenis yang susah nak ponteng sekolah bukan macam saya.Kalau dia ponteng pun mesti dia bagitahu cikgu,"jelas Angel.

"Sedar pun yang diri tu suka ponteng kelas saya,"jawab cikgu Victoria.

"Heheh...Alah cikgu sekarang ni bukan pasal saya tapi pasal classmates saya,"Angel cuba untuk menukar topik supaya dia tidak di ceramah oleh cikgu Victoria.

"Parents dia tak report polis?,"Angel menggeleng.

"Parents dia pergi oversea,"Victoria dan Haziq mengangguk faham.

"Awak tahu siapa orang terakhir yang bersama dengan classmates awak tu,"
Angel menggeleng.

"Apa nama classmates awak tu?,"soal Haziq.

"Lily Allen,"

"Dia ada boyfriend?,"Angel mengangguk.

"Johnny Suh,"

"Johnny pun tak tahu ke dia kat mana?,"Angel menggeleng dengan soalan Haziq.

"Baiklah.Terima kasih sebab bagitahu kami.Kamu boleh pergi,"Angel meminta diri untuk pulang ke kelas semula.

"Benda ni ada kaitan dengan budak lelaki kelas 4-1 tu ke?,"soal Haziq kepada Victoria.

"Budak tu dah banyak kali kena tukar sekolah.Saya pun pelik sebab apa dia kena tukar.Kat file sekolah dia tak tulis pun masalah yang dia buat kat sekolah-sekolah dia sebelum ni.Semua rekod dia bersih.Dia juga seorang atlet,"Haziq mendengar dengan teliti setiap kata yang keluar daripada mulut Victoria.

"Ataupun dia buat kerja dengan senyap tanpa bantuan sesiapa,"Haziq cuba membuat definisi sendiri.

"Mungkin juga,"sambung Victoria.

🌸🌸🌸

"Kau pergi mana semalam?,"soal Yuta kepada Jungwoo.

"Aku ada je kat rumah asal?,"balas Jungwoo.

"Kau jangan nak mengbongak dekat aku.Kau cakap betul-betul.Asal Lily tak datang sekolah hari ni?,"Jungwoo mengangkat bahu.

"Kim Jungwoo!,"Yuta menengking Jungwoo.Anak mata tajam menikam pandangan Jungwoo.

"Aku cakap aku tak tahu!Aku tak tahulah!,"tengking Jungwoo.

Yuta melepaskan tumbukan padu ke arah pipi sebelah kanan Jungwoo.
Terbaring terus Jungwoo di atas lantai.Darah yang mengalir pada celahan bibir di biarkan.

"Kau apa hal!,"Jungwoo menolak Yuta dengan kuat.

"LILY MANA!,"

"AKU TAK TAHU!,"satu lagi tumbukan hinggap di pipi sebelah kiri Jungwoo.

"Kalau aku dapat tahu kau termasuk dalam kes kehilangan Lily aku akan pastikan kau tak jejak tanah dah,"
Jungwoo memandang Yuta dengan senyuman sinis.

"I doesn't care about that,"Jungwoo berlalu pergi daripada Yuta.

"Aku kena bunuh Johnny hari ni,"

Tbc...🌸

Wednesday
1 December 2021
02:12 a.m.

P/S:🥀Johor kalah🥀 Author sedih.
Kepada penyokong Johor kuatkan hati anda.Bukan rezeki kita.
Insyaallah kalau ada rezeki tahun depan Piala Malaysia kita menang💚💚

????????? ?? [???????] ?Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang