抖阴社区

Bab 47 - ????? ??????

197 19 1
                                        

Zaiful menarik kasar lengan Amani.

"A-abang!"

"Masuk!"

Amani menggeleng laju. Dia tidak mahu dibawa ke balai polis.

"Masuklah,pembunuh!" Suara Zaiful naik seoktaf.

"Bukan Amani yang bunuh Melly! Kenapa abang nak bawa Amani ke balai polis?!" Amani meninggikan suaranya.

"Kalau kau rasa kau bukan pembunuh,kau ikut je lah aku pergi balai polis."

"Amani tak buat benda tu! Kenapa Amani nak serah diri kat polis?! Kenapa abang percayakan Rayyan?!"

BANG!

Tiba-tiba,kedengaran bunyi tembakan. Amani menundukkan kepalanya dan memejamkan matanya.

Tidak lama kemudian,dia mengangkat wajahnya.

"A-abang..."

Zaiful sudah rebah. Belakang badannya sudah mengalirkan darah yang banyak.

Amani mendekati Zaiful. Seluruh badannya terketar-ketar.

"Mak Senah!!"

AMANI duduk bersebelahan Zaiful yang sedang terbaring di atas katil wad ICU itu.

Zaiful terkena tembakan di tulang belakangnya. Jadi,doktor mengesahkan bahawa Zaiful lumpuh dan koma.

Amani hanya merenung wajah Zaiful dengan renungan kosong.

Siapa yang tembak Zaiful?

Soalan itu terus berlegar di dalam fikiran Amani.

Tanpa Amani sedari,air matanya jatuh menitis. Mengapa semuanya menjadi kucar kacir seperti ini?

Dia mengurut pelipisnya lalu memejamkan matanya. Dia menghela nafas panjang. Bilakah semua ini akan berakhir?

Atau dia sendiri yang harus akhirkan semua ini?

"Semua orang takkan dapat lari daripada masalah."

Amani tersentak. Kelihatan Mak Senah sudah berdiri di sebelahnya.

"Mak Senah sebenarnya tahu. Amani ni bekas isteri Encik Zaiful."

Amani tersenyum kecil. Mak Senah memegang bahu Amani.

"Ini baru permulaan. Amani kena kuat."

"Tapi,Zaiful dah bencikan Amani. Dia ingat Amani yang bunuh Melly." Amani menunduk.

"Amani kena pulihkan kesalahfahaman ni. Amani tak boleh biarkan Zaiful bergantung tak bertali sekali lagi."

Amani memandang Mak Senah.

"Mak Senah tahu semua benda ke?"

Mak Senah mengangguk.

"Dulu,dia bukan hilang Amani je tapi dia juga kehilangan ibu dan kakaknya."

Amani tersentak.

"Jadi,Mama dengan Kak Ris..."

Mak Senah menganggukkan kepalanya. Ya,Puan Maznah dan Arissa sudah tiada.

"Mereka mati di hadapan mata Zaiful. Rayyan kelar mereka di hadapan Zaiful."

Amani menekup mulutnya. Dia terlampau terkejut. Air matanya semakin melebat. Begitu tragis hidup Zaiful semasa dia meninggalkan Zaiful dahulu.

Ya Allah,kejamnya aku. Aku biarkan dia hadap semuanya seorang diri manakala aku melarikan diri kerana aku berfikir jika aku tiada,semuanya akan selesai. Padahal,masalah menjadi semakin rumit. Desis hati Amani.

"Nasib baik Rayyan tak sempat bunuh Zaiful kerana polis telah berjaya mengepung dan menemukan Zaiful."

"T-tapi bukan ke Rayyan dah masuk penjara lima tahun lepas?"

Mak Senah menggeleng.

"Rayyan rasuah hakim mahkamah. Jadi,dia dapat dibebaskan daripada hukuman."

Amani menghela nafas kesal. Semakin besar rasa bersalahnya terhadap Zaiful.

"Zaiful pernah kemurungan sehingga dia hampir bunuh diri. Mujur,masa tu arwah Melly dapat pujuk Zaiful. Arwah Melly lah yang sentiasa berada di sisi Zaiful dulu."

"Tapi,sekarang arwah dah tak ada. Jadi,dia kehilangan sumber kekuatan dia."

"Amani." Mak Senah memanggil Amani.

Amani menoleh ke arah Mak Senah. Mak Senah memegang kedua-dua tangan Amani.

"Mak Senah harap sangat yang Amani dapat menjadi sumber kekuatan Zaiful macam arwah Melly pernah buat."

Amani menunduk lalu menggeleng.

"Amani tak boleh,Mak Senah. Amani tak yakin. Amani sendiri tak kuat untuk hadap masalah yang bakal menimpa selepas ini. Zaiful pun dah semakin bencikan Amani."

Mak Senah menghela nafas panjang.

"Zaiful tak pernah bencikan Amani."

"Kalau Zaiful pernah cakap dekat Amani yang dia bencikan Amani,percayalah itu semua bohong."

"Kalau betul lah Zaiful bencikan Amani,dia dah lama tandatangan surat penceraian yang Amani bagi kat dia."

Amani terkejut. Dia mengerutkan dahinya.

Mak Senah pula mengangguk.

"Dia suruh Mak Senah bakar surat tu."

Maknanya mereka berdua masih lagi suami isteri yang sah? Maknanya selama ni Zaiful menipu? Tetapi,mengapa Zaiful menipu?

Kejutan ini sangat mengejutkan Amani. Perlahan-lahan,pandangannya kabur. Panggilan Mak Senah tidak dapat disahut kembali. Kemudian,dia pengsan.














Vote and comment!










Cinta Kita??Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang