抖阴社区

Kolej Kediaman Perempuan

2 0 0
                                    

Dang Afizah menuruni anak tangga dari pejabat Dr. Faisal dengan hati yang riang. Dia terus berjalan dan dia mematikan langkah di hadapan lori yang menjual pisang goreng.

"mak cik, saya mau teh ais cincau satu dan pisang goreng 3 ringgit", Dang Afizah memesan minum petang dengan senyuman gembira masih tersisa di bibir nipisnya.

"jangan lupa sambal ya makcik", tambahnya. pisang goreng yang dijual di sini tidak akan lengkap kalau tidak dicecah dengan sambal merah yg rasanya sedikit manis dan pedas.

"nak, semuanya 5 ringgit", makcik itu menghulurkan pesanan Dang Afizah. belum sempat Dang Afizah menghulurkan wangnya, dia tersedar yang plastik di tangannya ada 3 bukannya 2 seperti yg dipesannya.

"makcik, nasi bungkus ni berapa?" Dang Afizah malu-malu bertanya.

"tak apalah nak. ambil lah. makcik dah nak balik ni". suasana petang itu tidak seperti biasa. mungkin disebabkan telah ramai pelajar yang pulang ke kampung masing-masing sejak pagi tadi.

"mak cik... terima kasih!". Dang Afizah bersuara sedikit terharu dan syukur.

Ketika dia hendak meneruskan langkah ke kolej kediaman dia ternampak kelibat Dr. Faisal sedang menuju ke arah lori makanan itu. Dang Afizah yang segan dengan kehadiran pensyarah itu cepat-cepat menghayunkan langkahnya. Dia merasa segan untuk menegur pensyarah tersebut. selalunya jika dia bertembung dengan Dr. Faisal di luar pejabat, dia akan tertunduk sementara kawan baiknya tasha yg akan menyapa Dr. Faisal.

Apabila Dang Afizah sampai ke kolej kediaman, dia bertembung dengan beberapa orang pelajar yang mengheret bagasi. keadaan kolej kediaman juga mulai sunyi. biasanya kawasan kolej ini tidak pernah sunyi dengan hiruk piruk suara mahasiswi. ada yang melalak menyanyikan lagu, ada yang ketawa dan macam-macam ragam mahasiswi di sini.

selangkah demi selangkah Dang Afizah melangkah menaiki tangga dan melebarkan senyuman apabila bertembung mahasiswi yang menuruni tangga. langkahnya terhenti di aras 3. sunyi sepi. dia terus melangkah menuju rumahnya yang tertulis di pintu G3.

kosong. keadaan rumah telah kosong. tiba-tiba terbayang wajah kawan serumah Dang Afizah satu-satu. dia segera membuang rasa sedih itu. dia meletakkan plastik yang dibawanya di atas meja belajar dan segera mengambil air sembahyang. dia belum menunaikan solat fardhu asar kerana apabila masuk waktu solat dia masih berada di pejabat Dr. Faisal.

selesai menunaikan solat, dia mengambil sebuah buku kecil diatas meja belajanya. sebuah zikir (ma'surat) yang disusun oleh Asy-syahid Imam Hasan Al-Bana yang mengandungi zikir-zikir yang diajarkan oleh rasulullah saw. Dang Afizah membaca dengan suara kuat. seakan-akan suaranya memenuhi ruang rumah yang kosong itu.

selesai membaca zikir petang, Dang Afizah membuka plastik yang berisi pisang goreng yang dibelinya tadi. kemudian dia menebuk cawan plastik yg berisi teh ais cincau. dihirupnya air teh ais cincau yang masih sejuk. sedap dan manis walaupun aisnya sudah cair. dia menikmati minum petang dengan dada yang lapang. hampir sebulan dia tidak sempat minum petang dan rutin makan dan tidurnya juga agak terganggu disebabkan membetulkan proposal thesis dan menyelesaikan beberapa assignment akhir sebelum minggu ke 14.

jam dinding telah menunjukkan pukul 5:45 petang. Dang Afizah perlu segera mengemas bagasi dan barang-barang yang akan dihantar ke rumah sewa kawannya memandangkan pihak kolej tidak membenarkan pelajar meninggalkan apapun barang peribadi untuk memudahkan urusan kemasukkan pelajar baru pada semester hadapan.

Dang Afizah mengemas meja belajarnya dan membuang plastik makanan dan minuman tadi ke dalam tong sampah. seterusnya dia menuju ke beranda untuk mengangkat pakaian dan mengemaskan ampaian agar tiada pakaian lain yang tersidai. dia masuk ke bilik dan melipat tilam.

"macam apam balik gergasi" dia tertawa kecil melihat tilam yang dilipat dua itu.

selesai mengemas bagasi dan barang-barang yang akan dihantar ke rumah sewa kawannya, Dang Afizah masuk ke bilik air untuk mandi. sebentar lagi azan maghrib akan berkumandang menandakan masuk waktu solat maghrib di kawasan Kuala Lumpur.

walaupun kesemua rakan serumahnya telah balik bercuti, namun ada beberapa barang mereka yang tidak dibawa balik bersama. Dang Afizah menghantar gambar barangan tersebut satu demi satu ke dalam group whatsapp rumah mereka "Siapa punya barang? mau dibuang atau saya tolong simpan?" tulisnya.

seorang demi seorang membalas pesanan tersebut dengan kata maaf kerana tidak sempat membawa balik. ada yang beralasan terlupa. mereka semua meminta tolong Dang Afizah agar membuang barang-barang tadi.

sebotol-sebotol digoncang Dang Afizah. banyak yang masih berisi penuh. ada yang separuh. Dia membawa keluar barang-barang tadi dan menulis;

"siapa memerlukan boleh ambik" dan menyusun kemas kesemua barang tadi di atas meja belajarnya. Selepas dia keluar akan ada makcik cleaner yang akan datang membersihkan rumah. dalam hatinya merasa bersalah tidak membuang barang tadi kerasa risau menyusahkan makcik cleaner yang akan membersihkan rumah itu. tapi disudut hati kecilnya dia berharap agar barang-barang yang masih berisi itu akan dimanfaatkan dan tidak dibazirkan.

Azan maghrib berkumandang dan Dang Afizah menunaikan solat fardhu maghrib. Sementara menunggu azan isya' berkumandang, dia membaca beberapa helai ayat Al-Quran seperti kebiasaan. Barang-barangnya telah tersusun kemas seperti bersedia untuk diangkat keluar.

Default Title - 抖阴社区 Your OwnTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang